seonghwa membentang tikar yang dibawanya dan kemudian meletakkan bakul diisi dengan pelbagai manisan.
minji sekadar memerhati tingkah laku seonghwa sehingga lelaki itu mengambil tempat disebelahnya.
"okay.. siap! cupcake lapar?" soal seonghwa dibalas dengan gelengan minji.
"button nak cakap apa pagi tadi? nak membawang ke?" soal seonghwa bersama dengan sengihannya. minji mengeluh perlahan.
"janji dulu, kalau min cakap, jangan marah" kata minji. seonghwa menggangguk perlahan dan tersenyum.
"janji ke tak?" soal minji lagi.
"ye, janji."
minji menarik nafas sedalam-dalamnya dan cuba bertentang mata dengan seonghwa.
"min taktahu nak mula dari mana, tapi min nak jujur dengan hwa, min pernah ada ex boyfriend, nama dia.. taeyong. dia satu sekolah dengan min sebelum min kenal hwa." kata minji ketakutan. kelihatan seonghwa tidak berkelip mendengar ceritanya dan mengangguk perlahan.
"it's okay sayang, teruskan, hwa dengar" kata seonghwa selepas menyedari minji berhenti bercakap.
"one day, dia confess dekat min. dia kata dia sayang min, dia janji dia setia dengan min. tapi dia tipu. d-dia tinggalkan min. m-min taktahu apa salah min masatu, min cuba contact dia dari semua account yang dia ada tapi gagal. dia tukar nombor phone dia supaya min takboleh call atau mesej dia lagi. dalam beberapa minggu selepas tu, jungha bagitahu dia dah bertunang dengan orang disana. tapi semalam, jungha kata lagi yang dia dah putus tunang." jelas minji panjang lebar membuatkan seonghwa mengangguk kecil.
"dia tinggalkan min.. dia pindah?" teka seonghwa, minji mengangguk. tanpa sedar air matanya mengalir di pipi. seonghwa perlahan-lahan membawa minji ke dalam pelukkannya.
"min minta maaf.." ucap minji perlahan. walaupun perkataan maaf itu jarang diungkap olehnya, tetapi malam ini dia memang memaksudkan ayat itu dari hati.
"it's okay butterfly. I'm here for you" pujuk seonghwa lembut sambil mengusap rambut minji.
"hwa pun ada story nak bagitahu min. nak dengar?"
minji mengangguk dan mengelap airmatanya di baju seonghwa. dia membiarkan lelaki itu memeluknya sambil bercerita.
"hwa pun ada ex girlfriend juga tapi dia takde kat sini" seonghwa memulakan ceritanya, cuba memasang wajah ceria di hadapan minji.
"habistu dia dekat mana?" soal minji. seonghwa memuncung ke atas langit. menandakan bekas teman wanitanya kini berada di'sana'. minji terdiam dan memandang seonghwa.
"dia dulu kan, sebijik macam minji. perangai, muka, semua sama. hwa confess kat dia dulu, hwa ingat dia reject tapi dia terima. hwa happy sangat masatu tapi lama-lama, hwa dapat tahu dia sakit. hwa dah tak happy, setiap hari hwa suruh dia makan ubat tapi dia taknak. end up, dia tinggalkan hwa." kata seonghwa, cuba menahan diri dari menangis.
"boleh.. min tahu dia sakit apa?" soal minji. seonghwa mengangguk dan tersenyum kecil.
"dia.. leukemia." kata seonghwa perlahan.
minji mengangguk kecil, dia taktahu bagaimana ingin menenangkan seonghwa. dia mampu menepuk belakang seonghwa tanpa melepaskan pelukan.
"hwa fikir, selepas kehilangan dia, hwa putus asa, tapi tak, tiba tiba tuhan temukan hwa dengan min. magic kan?" kata seonghwa, tangannya mengusap kepala minji. minji menyengetkan bibirnya dan melepaskan pelukan.
"tapi hwa selalu kacau min! min masih ada dendam dengan hwa tau!" kata minji kuat. seonghwa membulatkan matanya kemudian tergelak besar.
"dendam apa?"
"ohhhh hwa tak ingat ke hwa bukan main kutuk min cakap min ni ganas lah, tomboy lah apa lah?" kata minji kuat. seonghwa tergelak besar dan memegang perutnya.
"sorrylah, dah masa tu sayang pun kutuk hwa, hwa kutuk la balik. ohh patutlah merajuk datang prom lambat ya??" usik seonghwa dan sekali lagi cuba mencubit pipi minji, pantas minji menepis tangannya dan memuncung seperti itik.
"dah dah takmahu lah merajuk, tak cantik. jom kita makan jom, hwa ad buatkan something untuk min" kata seonghwa, kemudian mencapai bakul yang dibawanya tadi dan mengeluarkan beberapa bekas makanan.
"hwa masak ke?" soal minji. seonghwa mengangguk dan menyerahkan satu bekas nasi kepadanya.
"rasa dulu, ni chef seonghwa park masak!" kata seonghwa bangga.
"mhm.. taksedap" usik minji, seonghwa memuncungkan bibirnya. melihatkan seonghwa sudah membuat muka seperti itik serati, minji tergelak dan mengangguk kecil.
"guraulah, sedap sangat!" katanya. automatik seonghwa meng'flip' rambutnya tanda bangga.
-
"aku rasa.. macam ada benda yang tak kena" kata cherry, dia meletakkan pennya di atas meja dan memusingkan kerusi menhadap jungha dan yera yang sedang belajar di atas katil.
"apa cherry? kau ni tak habis habis lah fikir negatif, cuba positif sikit" bebel yera. cherry menggeleng dan menarik kerusinya mendekati jungha dan yera.
"jung, kau kata si mamat mata boba tu dah putus tunang kan?"
jungha mengangguk tanpa memandang wajah cherry, dia sedang khusyuk membaca teori sains.
"ha, kau nak kata mamat mata boba tu nanti datang balik rampas minji ke? bapak clinche" kata yera. cherry mengangguk, akhirnya ada juga kawan sekepala otak dengannya.
"clinche tak clinche. aku dah tengok banyak drama macam tu" balas cherry kemudian menjeling yera. yera berdecit dan membaling pemadamnya pada cherry.
"kau ni makan sangat hasutan drama. cuba positif, minji kan tengah happy dengan seonghwa, taksukalah gaduh gaduh ni. lagipun mamat mata boba tu hensem, ada je lagi kan banyak perempuan nak kat dia? apa kau risau ni?" bebel yera.
"aku risaukan minjilah bebal! aku tahulah dia dengan seonghwa!" bidas cherry semula. jungha akhirnya menepuk muka yera dan cherry supaya diam
"diam lah setan, gaduh tepi telinga aku kenapa? pijak kang baru tahu"
akhirnya jungha berjaya membuat yera dan cherry terdiam.
"tapi ada betulnya jugak kata cherry tadi" jungha bersuara selepas diam beberapa saat.
"BODOH POSITIF SIKITLAH!" marah yera.
"YELA BODO TAPI BENDA BOLEH JADI KAN? KITA PREDICT JE KAU EMO ASAL?" lawan cherry semula.
"DIAMLAH! DIAM DIAM JANGAN CAKAP DENGAN AKU DAH!"
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"