7

56 10 0
                                    

"aku dah kata, demam kau tak kebah, kau degil! nasib baik ada si seonghwa tu teman kau balik" bebel sunghee sambil menggoyang-goyangkan senduk kayunya. minji menutup telinganya dan terus masuk ke dalam bilik.

"pokpekpokpek macam apa je, seonghwa pun semak hantarkan aku balik kenapa? jantan ni tak kenal erti putus asa langsunglah!" ujar minji geram. sempat pula seonghwa mempelawa dirinya untuk menghantar minji pulang. makin dihalau, makin dekat dia mengikut. mana tidaknya abangnya sudah membuat kesimpulan sendiri.

"kau nak makan tak?" jerit abangnya dari luar bilik.

"taknaklah! shuh shuh takyah semak gi masak sana!" halau minji kasar kemudian dia terus mengambil tuala dan membersihkan diri.

-

sebaik sahaja habis membersihkan diri, minji terus mengeringkan rambutnya di hadapan cermin.

"kalau demam kenapa kau datang sekolah?"

"nanti balik rumah jangan lupa makan ubat"

"jangan lupa accept follow aku sekali"

"bye butterfly!"

minji menggelengkan kepalanya dan terus mengeringkan rambut. seonghwa ni menyeramkan. tidak! dia tidak akan sesekali jatuh ditangan seonghwa!

tidak!

lelaki macam seonghwa takboleh dipercayai, tambah pula ramai peminat. tidak!

"jangan buat kerja gila minji.."

-

"kau balik lambat asal?" soal hongjoong yang baru keluar dari dapur bersama hot chocolate ditangan.

"hantar minji balik rumah, dia kan demam" balas seonghwa kemudian mencampakkan begnya ke atas sofa. hongjoong hampir-hampir tersedak air mendengar jawapan dari mulut seonghwa, dia memandang seonghwa dengan tatapan tidak percaya.

"kau hantar dia balik?" soal hongjoong lagi disambut dengan anggukan seonghwa. sah! seonghwa sudah dilamun cinta. seumur hidupnya membesar dengan seonghwa, tidak pernah lagi lelaki ini menghantar mana mana perempuan pulang ke rumah.

"kau biar betul.." kata hongjoong lagi.

"dahlah, aku nak mandi" potong seonghwa dan terus mencapai begnya kemudian melangkah naik ke bilik.

"aku dah kata kan takpayah hantar aku balik, nanti orang tengoklah. aku taksuka, semak tau semak"

seonghwa senyum sendirian dan bersandar pada pintu kemudian mencapai tualanya dan membersihkan diri.

-

"kau balik dengan siapa tadi?" soal cherry sambil menggigit pennya. minji yang sedang fokus membuat latihan matematik terus mengeluh perlahan, dia bersandar pada kerusinya

"jantan tulah" jawab minji menyampah.

"jantan mana?"

"seonghwa lah!"

cherry ternganga luas dan membulatkan matanya.

"kau balik dengan dia?" tanya cherry lagi. minji memutarkan mata dan sambung membuat latihan matematik. malas mahu menjawab soalan itu.

"dia yang gedik macam ulat bulu nak hantar aku balik, aku dah kata takpayah" balas minji sambil menekan kalkulatornya ganas.

"ada baiknya juga kalau dia teman, kalau kau pengsan tengah jalan macam mana?" balas cherry.

"bukan mati pun"

cherry mengeluh kecil. benci betul dia kalau bergaduh dengan minji dalam hal begini. nanti ada sahaja yang nak menang. baik dia berdiam diri.

"mana jungha dengan yera?" soal minji, cuba memecahkan kesunyian mereka berdua.

"yera teman jungha, katanya nangis nangis, tak tahu sebab apa" balas cherry. pulang sahaja dari sekolah, dia tidak langsung nampak kelibat yera dan jungha, terpaksalah balik sendirian. kalau changbin tiada latihan bola keranjang, sudah tentu dia boleh balik bersama changbin.

"dah kenapa nangis?" soal minji. cherry sekadar mengangkat bahunya. mungkin berpunca dari cerita netflix yang baru sahaja yera share semalam. ye lah kot?

takpe, husnudzon dan berfikir ke arah lebih positif.

-

"huwaaa, yera.. tak sangka pulak dia macamtu!!! brokennya akuu yeraaa" jerit jungha, dia mencapai kotak tisu yang ke 23 kemudian membukanya dengan kasar dan mengambil sehelai tisu.

yera mendiamkan diri dan mampu mengusap belakang jungha supaya bertenang.

"sampai hati dia yera!! dia taktahu ke aku tunggu dia 2 tahun yera!! huwaaa lelaki semua sama!" ujar jungha lagi.

"yela jungha ye, sabar ya sabar, aku faham takpe nangis lah sepuas hati kau, aku teman malam ni, nak bagitahu minji dengan cherry tak?" soal yera. jungha menggeleng laju. dia tidak mahu cherry dan minji merisaukan keadaannya. bila sudah bersedia, dia bagitahu nanti.

"dah dah, biarlah jungha, banyak lagi lelaki lain ada" ujar yera, mengusap rambut jungha lembut.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now