24

44 8 3
                                    

"juju kenapa ni? muram je muka, okay ke tak?" soal hyunjin, mendagu memandang jungha yang dari tadi mengeluh tanpa henti.

"takde papelah" kata jungha, kembali membuat kerjanya semula. hyunjin pantas memegang tangan jungha, memberhentikan tindakannya dan memandang mata jungha.

"bagitahu hyunjin, kan kita dah janji, takboleh sorok apa apa kan? meh cepat, hyunjin dengar" kata hyunjin, dia meletakkan pennya dan memusingkan badan menghadap jungha.

"cherry" kata jungha perlahan.

"kenapa dengan cherry?"

"changbin pukul cherry" beritahu jungha. hyunjin membulatkan matanya dan bersandar pada kerusi. benarkah changbin memukul cherry?

"macam mana juju tahu? juju nampak?" soal hyunjin. jungha menggeleng dan memberitahu bahawa cherry yang mengadu padanya dan yera.

"cherry yang cakap dekat yera dan juju. juju pun terkejut changbin buat macam tu dekat cherry." kata jungha.

"abistu?"

"yera nak serang changbin tadi tapi.. cherry larang, dia kata biarkan je. juju rasa serba salah sangat sebab tak bagitahu motif sebenar changbin buat macamtu dekat cherry. kalau juju bagitahu, cherry takkan percaya juju dan juju takde bukti untuk benda tu" jelas jungha.

hyunjin mengeluh perlahan.

"takpe macam ni, nanti hyunjin cuba jumpa changbin. hyunjin cakap dengan dia baik-baik. juju jangan risau okay?" kata hyunjin kemudian mengusap rambut jungha lembut.

"yelah, terima kasih" kata jungha 

"sama sama sayang"

-

"kau buat apa dekat dia?" soal sonhee, menyilangkan tangannya. changbin tersenyum sinis dan berdecit.

"dia jumpa yeosang, kau expect aku nak diam?" kata changbin, menjeling sonhee.

"kau buat apa dekat dia?"

"kau rasa?" soal changbin semula. lama kelamaan, sonhee memahami apa yang dimaksudkan changbin kemudian menutup mulutnya sambil tergelak kecil.

"hei, jangan cakap dengan aku kau pukul dia changbin? wah, berani kau ya?" sonhee menyiku lengan changbin dan tersenyum, begitu juga changbin.

"abistu dia duduk dengan siapa? kau?"

changbin mengangguk kecil dan menghembus asap rokoknya.

"paling senang kerja aku, cherry tak ada parents, siblings apatah lagi." kata changbin lagi. sonhee mengangguk perlahan.

"kau pulak macam mana?" soal changbin. sonhee membetulkan posisinya dan menghadap changbin sambil tersenyum sinis.

"disebabkan aku ketua untuk unit cheerleader under football team seonghwa, cuba teka aku akan buat apa dekat dia?" sonhee mengangkat keningnya dan tersenyum nakal pada changbin.

changbin mengerutkan dahinya dan berdecit.

"eh, aku takde masalah nak teka teka benda bodoh yang kau nak buat dekat seonghwa tu, cakaplah" marah changbin.

sonhee mendekatkan mulutnya pada telinga changbin, membisikkan sesuatu. kemudian changbin tersenyum dan mengangguk.

"so.. bila kau nak jumpa dia?" soal changbin.

"esok."

"pandai kau kan, dulu kau rampas wooyoung dari jungha, sekarang minji pula? hebat perempuan macam kau ni. heh" kata changbin, sinis. sonhee tersengih bangga.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now