"ouch!"
"sorry sorry, saya tak sengaja"
"it's okay"
lelaki tersebut menolong jungha mengangkat beberapa buah buku yang berselerakkan di atas lantai. kemudian mereka bertatapan mata untuk beberapa saat.
"um.. sorry, by the way, nama saya hyunjin. hwang hyunjin" hyunjin tersenyum manis sambil memperkenalkan dirinya kepada jungha.
jungha yang seperti baru tersedar dari lamunan hanya tersenyum kecil dan mengangguk.
"yoo jungha.." katanya
hyunjin mengangguk dan meminta diri untuk berlalu pergi, sempat lagi dia menunduk dan meminta maaf untuk kali terakhir.
"astaghfirullah jungha.. ingat wooyoung! jangan curang!" jungha mengingatkan dirinya sendiri kemudian terus melangkah laju ke bilik guru.
-
"asal minji tak datang harini?" soal yera perlahan. jungha mengangkat bahu, cherry pula masih khusyuk menyalin nota yang diberi oleh guru.
yera menyiku lengan cherry perlahan
"apa?" sahut cherry
"asal minji tak datang?" soal yera lagi.
"mana aku tahu, dia kata dia demam" balas cherry kemudian menolak yera ke tempatnya semula
"demam? kenapa demam?"
"ishhh balik nanti kau tanya lah dia!"
-
"makan ubat ni, takde angin takde ribut tiba tiba demam, kau nampak hantu ke semalam hah?" bebel abang minji, lee sunghee. minji sekadar menjeling dan menghalau abangnya keluar.
semua salah seonghwa semalam, kalau dia tak puji minji begitu, dia takkan demam harini. tapi ada baiknya juga kalau dia demam harini, tidaklah dia terserempak dengan mamat emo tu lagi.
minji mencapai telefonnya dan membuka aplikasi Instagram.
seong.park is following you
minji masih lagi tidak 'accept' following seonghwa malah dia merejectnya secara mentah-mentah.
apa juga lah tujuan mamat ini follow sampai ke instagram.
apabila memikirkan semula, minji menjadi seram sejuk tatkala mengingati situasi dimata seonghwa memujinya cantik
you're so pretty
minji mencapai cermin dan memandang wajahnya. cantik ke? atau seonghwa sengaja mengatakan begitu untuk mengusiknya sahaja?
"aku memang cantik, kau je macam karipap basi" ujar minji seolah-olah memarahi seonghwa.
-
"jomlah san.. aku penatlah mintak banyak kali, aku suruh teman je bukan keluar duit pun.." pujuk wooyoung lagi. dia menggoyangkan tangan san perlahan.
"tak boleh!" kata san.
wooyoung mencebik perlahan.
san memandang wooyoung yang sudah mencebik seperti budak kecil yang tak dapat gula gula, san memegang tangan wooyoung dan tersenyum manis.
"woo, tunggu sikit je lagi, aku tengah kumpul duit ni, nanti kita pergi sama sama, aku janji" tutur san perlahan.
"okay.. aku tunggu, jangan lama, aku teringin nak pergi tempat tu dengan kau" ujar wooyoung. cuba memahami situasi san yang sedang mengumpul duit deminya.
-
"min.. kawan kau sampai" ujar sunghee kemudian menapak turun ke ruang tamu, selepas beberapa minit, jungha melangkah masuk diikuti cherry dan yera.
"cane demam? dah kebah?" soal yera. minji menggeleng kecil dan menyelimutkan dirinya.
"lain macam kau demam, selalu kuat je, kenapa semalam, ada apa apa jadi ke?" soal jungha pula. minji menggeleng lagi, dia memilih untuk tidak memberitahu rakannya tentang apa yang terjadi antaranya dengan seonghwa.
apa apa pun, punca dia demam adalah salah park seonghwa.
-
"jungha.."
"hm?"
"kau okay tak?"
"dia dah tak lama, biasalah tu"
cherry menyiku lengan yera kasar sehingga dia tergolek ke tepi, ada ke patut cakap begitu pada jungha yang cantik lagi kan manis
#ew
"aku.. aku terfikir kat seseorang ni" kata jungha. matanya masih merenung sudut bilik minji tanpa berkedip
"siapa? wooyoung ke?" teka yera. jungha menggeleng, bukan wooyoung tetapi lelaki yang melanggarnya tadi.
"abistu siapa? wah, jarang jarang kau nak fikir lelaki lain selain wooyoung" ujar cherry dengan senyuman sinisnya. jungha mencebik perlahan.
"cakapla, siapa?" paksa minji.
"nama dia...hwang.. hyu- jap hyu apa eh.." jungha merapatkan matanya, cuba mengingati nama lelaki tadi.
"hyunseo!" teka cherry kuat.
"itu song hyunseo bodoh! ni hwang" kalini yera membalas dendam dengan menyiku cherry jauh lebih kasar dan kuat.
"tak payahlah siku aku kuat kuat!"
"kau yang siku aku dulu!"
"TAKPAYAHLA GADUH!" jerit minji kuat. akhirnya barulah yera dan cherry berhenti bergaduh dan merenung satu sama lain.
"kau jumpa dia dekat mana?" soal minji, setelah berjaya mendiamkan cherry dan yera.
"hm.. tadi masa aku nak ke bilik guru aku terlanggar dia, eh? dia langgar aku? eh? kiteorang berlanggar? eh? ha ye.. lepastu.. dia kata sorry and dia kata nama dia.. hwang.. HAAA HWANG HYUNJIN!" jerit jungha kuat sambil menepuk tangan. minji menekup telinganya.
bodoh punya kawan, orang tengah sakit boleh pula menjerit jerit.
"takpayah jeritlah aku bukan pekak lagi" kata minji.
"so.. kau suka dia ke?" soal minji lagi. jungha mencebik kemudian menggeleng. setianya hanya pada jung wooyoung.
"nope, wooyoung forever!" kata jungha semangat.
"imagine wooyoung sebenarnya gay.." ujar cherry, sengaja menakutkan jungha. yera disebelah hanya mengangguk, setuju dengan pernyataan cherry tadi, padahal dia sendiri pun mahu mengusik jungha.
"HISH APA CAKAP MACAMTU! TAKLA WOOYOUNG STRAIGHT" kata jungha
"mana kau tahu dia straight? dia dahlah berkepit dengan san je" ujar yera.
"ISH DAHLAH! TAKNAK KAWAN!"
"taknak kawan sudah"
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"