disebabkan harini cuti, minji mengambil keputusan untuk ke kedai serbaneka berdekatan di rumahnya.
"hello minji" sapa hoseok yang sedang menjaga kaunter sambil tersenyum manis ke arahnya. minji membalas senyuman itu dan terus ke rak makanan ringan.
"hi minji" tegur seseorang. minji menoleh dan taeyong tersenyum ke arahnya. minji terus memutarkan mata dan ingin beredar dari situ.
"min.." panggil taeyong lagi. minji mengendahkan panggilan taeyong dan terus memilih makanan yang ada di rak, dia ingin cepat-cepat pulang ke rumah. mahu mengelak dari taeyong.
"min, tunggu dulu lah" desak taeyong, cuba mencapai tangan minji tetapi minji lagi pantas menjauhkan tangannya dari taeyong.
"nak apa lagi?" soal minji dengan nada menyampah, dia tidak mahu bertatapan mata dengan taeyong.
"min, dengar dulu, tae boleh explain apa yang-"
"stop, aku taknak dengar kau nak explain itu ini. kau tinggalkan aku dan benda dah muktamad, im not yours" ujar minji dan segera meninggalkan taeyong untuk ke kaunter pembayaran.
selepas membuat pembayaran, minji menolak pintu kaca itu dan terus keluar. tiba tiba tangan taeyong merentap lengannya kasar membuatkan minji mengaduh sakit.
"lepaslah!"
taeyong menatap minji tajam, dia mencengkam lengan minji dengan kuat.
"t-tae.. lepas sakit.." minji cuba melepaskan tangannya dari cengkaman taeyong tapi gagal.
"kau berubah lepas kau jumpa jantan tu kan?" kata taeyong dengan nada yang serius dan tatapan tajam. minji mengangkat wajahnya dan memandang taeyong. dia tahu siapa yang taeyong maksudkan.
"so, apa masalah kau? kau yang buat aku macam ni" balas minji semula. taeyong perlahan-lahan melepaskan tangan minji dan menatapnya tajam.
"minji, remember this. aku masih ada hak untuk ambil kau semula dari jantan tak guna tu. sebab aku hanya tinggalkan kau, aku tak cakap aku nak break dengan kau" ujar taeyong.
"oh ya? tinggalkan aku dah tunang dengan orang lain? now, tunang kau lari dan kau kata kau ada hak untuk ambil aku semula dari seonghwa?" lawan minji semula, berani. taeyong mengangguk dan tersenyum sinis.
"aku tak tahu apa yang kau pandang sangat kat jantan tu" kata taeyong perlahan tapi mampu didengari minji.
"dan aku tak tahu apa yang kau pandang pada bekas tunang kau tu sampai kau tinggalkan aku. aku bukan mainan patung kau taeyong. seonghwa layan aku better dari kau." kata minji. taeyong tergelak kecil dan menolak lidahnya ke pipi.
"oh? so, kau letak kepercayaan kau pada jantan tu macam kau letak kepercayaan kau kat aku dulu hah? bodoh, bodoh." kata taeyong sinis.
minji menarik nafasnya dan menghembus perlahan, kalau bergaduh dengan taeyong disini, sampai esok subuh pun takkan selesai. baik dia pulang.
"remember minji, kalau aku takboleh miliki kau, dia pun takkan boleh miliki kau." ujar taeyong kemudian dia beredar pergi meninggalkan minji.
minji kaku. apa maksud taeyong?
-
"cherry? kenapa tangan kau lebam lebam ni?" soal yera, membelek tangan cherry yang penuh dengan kesan lebam.
jungha seperti sudah dapat mengagak sesuatu, dia merapatkan dirinya dengan yera.
"changbin pukul kau ke?" soal jungha, serius. yera memandang jungha kemudian beralih pada cherry yang menunduk.
"cherry, cakap" desak jungha. cherry menggeleng kecil dan menarik tangannya dari yera.
"cherry, aku tengok kau ni tak macam dulu. kau makin diam, kau tak seaktif dulu, apa changbin buat kat kau cherry?" soal yera lembut. cherry menggeleng lagi, dia menahan air matanya dari jatuh.
jungha perlahan-lahan memeluk cherry, begitu juga yera.
"cherry, jangan paksa diri kau macamni, aku tahu kau sayang changbin tapi ada orang yang lain sayangkan kau cherry." ujar jungha, mengusap belakang cherry lembut.
"yeosang jumpa aku semalam.." cherry akhirnya membuka ceritanya kepada yera dan jungha.
"c-changbin nampak aku jumpa yeosang" sambung cherry lagi, suaranya diperlahankan.
"lepastu?"
"a-aku tak tahu changbin ikut aku.. lepas aku k-keluar dari kafe.. c-changbin rentap tangan aku, d-dia.. d-dia..."
jungha terus memeluk cherry lagi. menenangkan sahabatnya yang tidak berhenti menangis.
"jantan tu memang nak kena dengan aku" kata yera, dia sudah bangun dari duduknya dan mencapai hoodie di sofa tetapi cherry menghentikan tindakannya.
"yera.. j-jangan.. please.." pujuk cherry perlahan.
"jangan apa cherry? kau nak suruh aku diam jeke bila dia pukul kau macamni? dahlah lebam sana sini. ah takde takde"
cherry menarik lengan yera, menghentikan tindakannya dan menatap wajah yera.
"yera.. kalau kau sayang aku.. jangan.. aku minta sangat.." kata cherry lembut.
yera akhirnya mengalah dan memeluk cherry erat.
"cherry, kalau ada apa apa please bagitahu kiteorang. takpun, kau break jelah dengan changbin tu." kata jungha.
cherry menggeleng dan tersenyum nipis ke arah jungha
"it's okay jungha, aku still sayang dia. dia boleh berubah, cuma ambil masa" kata cherry.
jungha mengeluh perlahan
'kalau lah kau tahu sebenarnya changbin sengaja nak main-mainkan perasaan kau, cherry..' detik hati jungha sedih. dia tidak berani memberitahu cherry tentang apa yang didengarinya kelmarin, dia masih tiada bukti yang kukuh.
"aku sayang kau tau cherry" ujar yera dan jungha serentak. cherry mengangguk.
"hey, aku pun sayang korang dua juga" balasnya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"