"wei asal mata kau sembab ni? kau tengok kdrama apa lagi ni?" soal yera, memegang kedua pipi cherry dan menatap mata cherry yang sembab.
cherry mengalihkan tangannya dan menggeleng kecil.
"t-takde pape lah, aku emo semalam. aku nangis sikit je" bohong cherry. yera mengangguk kecil. beberapa minit kemudian, minji tiba bersama jungha.
"cherry, asal mata kau sembab ni?" soal jungha juga. cherry menggeleng, cuba mengukir senyuman manis supaya rakannya tidak merisaukan keadaannya.
"korang ada apa apa plan ke nanti?" soal cherry perlahan. minji, yera dan jungha serentak mengangguk.
"jeno ajak aku main bowling petang ni" kata yera.
"seonghwa ajak aku teman dia beli kasut bola baru"
"hyunjin ajak aku pergi taman petang ni"
cherry mengangguk dan masih tersenyum. ada sedikit rasa cemburu dalam hatinya kerana kebelakangan ini changbin sibuk tentang urusan pengawasnya sehingga tiada masa untuk dirinya.
"sorry cherry, tapi apa kata kau spend time dengan changbin? dia dah tak busy kan minggu ni? trylah" ujar jungha sambil memegang tangan cherry. cherry mengangguk dan tersenyum.
"it's okay, nanti aku ajak dia spend time dengan aku" bohong cherry.
'spend time'
-
"macam mana? jadi tak petang ni?" soal hyunjin gembira. jungha menyusun bukunya di dalam locker dan mengangguk perlahan.
"ye, jadi. pukul berapa awak nak amik saya nanti?" soal jungha, menutup pintu lockernya dan menoleh ke arah hyunjin yang bersandar di locker sebelah.
"pukul 7!" kata hyunjin semangat.
KRINGGG!
hyunjin mengerling ke arah jam tangannya dan memuncung.
"jungha, jumpa nanti ya? saya ada kelas bio dengan chan hyung! byebye love you!" jerit hyunjin kuat dan membuat flying kiss kepada jungha. jungha tergelak kecil dan terus berlalu ke kelas.
dalam perjalanan jungha ke kelas, dia sengaja lalu di hadapan sebuah kelas kosong. tiba tiba dia mendengar seperti ada dua pelajar sedang berbicara, jungha mengintai sedikit dan mendapati pelajar itu ialah changbin dan sonhee.
"aku rasa serba salah okay? aku jerit dekat dia macamtu"
jungha mengerutkan dahinya
'itu macam suara changbin.. apa dia buat dengan sonhee?' detik hati jungha perlahan, dia masih memasang telinga untuk mendengar perbualan mereka berdua.
"oh wake up changbin, jangan jadi bodoh, she's nothing to you right? kau sendiri cakap dengan aku yang kau just nak main main dengan dia kan? apa yang kau nak serba salah? please jangan cakap dengan aku yang kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan dia" kata sonhee sambil bercekak pinggang.
changbin mengeluh perlahan.
"okay fine, yes aku memang nak main mainkan dia tapi dah sampai terjerit macamtu, aku rasa serba salah" balas changbin. sonhee berdecit.
"terjerit je, bukannya kau bunuh dia pun kan? lembab lah otak kau ni." kata sonhee.
jungha mengerutkan dahinya dan menggeleng.
'c-changbin.. changbin mainkan perasaan cherry?' detik hati jungha perlahan. perlahan-lahan dia beredar dari situ dan menyeka air matanya. walaupun bukan dirinya yang berada di tempat cherry, tapi sebagai kawan baik, dia sedih cherry diperlakukan sebegitu oleh changbin.
-
"cherry.." panggil changbin. cherry menoleh dan melihat changbin memegang dua beg plastik berisi makanan dan menyerahkan satu kepadanya.
"cherry, changbin minta maaf pasal semalam, changbin takde niat nak jerti, changbin letih sangat, changbinnie is sorry" ujar changbin sambil membuat wajah comelnya dihadapan cherry. cherry tersenyum lebar dan mengangguk.
"takpe, cherry maafkan"
changbin tersenyum lebar dan mencapai tangan cherry, diusapnya lembut.
"petang ni dating jom? changbin belanja" ujarnya. cherry sekadar mengangguk perlahan.
tanpa mereka dua sedar, ada sepasang mata yang menatap cherry dengan penuh rasa simpati.
"hold on, cherry. saya cuba selamatkan awak dari dia" ujarnya perlahan dan terus pergi dari situ apabila melihat changbin mengusap rambut cherry lembut dan senyuman yang penuh dengan kepalsuan.
-
hyunjin mengambil tempat disebelah jungha kemudian meletakkan kepalanya di atas peha jungha.
"jungha.."
"hm?"
"jungha sayang hyunjin tak?" soal hyunjin sambil bermain dengan jari jungha. jungha mengangguk dan tersenyum.
"sayang." balas jungha.
"sayang sebab apa?"
"sayang sebab hyunjin hensem." seloroh jungha, hyunjin berdecit kecil.
"itu semua orang tahu. lain lah lain lain. hyunjin nak tahu benda yang hyunjin taktahu dari jungha" kata hyunjin. jungha memuncung dan menoleh ke tempat lain.
"cepatlah" desak hyunjin. jungha menggeleng kecil membuatkan hyunjin pula memuncung seperti itik.
"jungha malu nak bagitahu" kata jungha akhirnya. hyunjin bangun dari baringannya dan menghadap jungha.
"kalau jungha malu, biar hyunjin teka" kata hyunjin. jungha mendiamkan diri dan membiarkan hyunjin meneka isi hatinya.
"jungha.. suka hyunjin kan?" teka hyunjin, menatap sepasang mata bulat jungha yang bersinar-sinar.
jungha kaku, wajahnya membahang kerana tekaan hyunjin sama sekali benar. ya, dia memang menyimpan perasaan kepada hyunjin.
"diam tandanya betul" ujar hyunjin, tersengih nakal. jungha memukul lengannya kuat, cuba menyorok rasa malu.
"jadi kalau macamtu.."
hyunjin mencapai sesuatu dari poket jaketnya dan mengeluarkan sebuah kotak kecil berwarna putih.
"here, you're officially mine" kata hyunjin seraya menyarungkan sebentuk cincin pada jari jungha.
"h-hyun.."
"ye?"
jungha memandang cincin dijarinya kemudian beralih pada hyunjin.
"j-jungha.."
"shh, jangan nangis, nanti kita bagitahu mama dengan papa pasal ni okay?" kata hyunjin sambil menyeka air mata jungha. jungha tersenyum dan tiba tiba memeluk hyunjin erat.
"childhood best friend to lover.." ujar hyunjin perlahan, mengeratkan lagi pelukan.
"i love you"
"i love you too"
jungha melepaskan pelukan dan mencubit hidung hyunjin lembut.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"