"sayang.." panggil hyunjin dan meletakkan tualanya yang basah di ampaian, dia menghampiri si isteri dan memeluknya dari belakang.
"dah habis dah pergi swimming?" soal jungha, meletakkan tangannya di atas tangan hyunjin. hyunjin mengangguk kecil dan mengucup pipi jungha tiba-tiba.
"hei!" marah jungha, menepuk tangan hyunjin perlahan. hyunjin tergelak kecil dan memusingkan badan jungha supaya memandangnya.
"thankyou sayang" ucap hyunjin, menatap sepasang mata indah si isteri bersama senyuman yang manis. jungha memegang kedua-dua tangan hyunjin dan tersenyum.
"sama sama" katanya perlahan. hyunjin merapatkan dirinya dan mengucup ubun-ubun jungha untuk beberapa saat. jungha memegang pipi hyunjin dan mengusapnya perlahan.
"awak adalah hadiah terbaik yang pernah saya miliki." kata jungha lembut. hyunjin mengangguk tanda setuju, begitu juga dengan dirinya. jungha juga ibarat hadiah terbesar dan terindah yang pernah dimiliki.
"terima kasih kepada wooyoung, kalau tak, saya tak kahwin dengan bidadari macam sayang" kata hyunjin, sempat pula dia berseloroh waktu-waktu begini. jungha menepuk dada hyunjin perlahan.
"lupakan perkara lama, lagipun wooyoung pun dah kahwin kan?" kata jungha disambut dengan anggukan hyunjin.
"sayang.." panggil hyunjin lagi.
"hm?"
"minji dengan seonghwa dah ada baby, kita bila lagi?" soal hyunjin tiba-tiba. jungha mendongak terkejut dan menjauhkan dirinya sedikit dari hyunjin.
"H-HAH?"
hyunjin memasang senyuman nakal dan menghampiri jungha perlahan-lahan.
"h-hyunie kita baru kahwin lah!" jerit jungha, berlari mengelilingi bilik besar itu sementara hyunjin mengejarnya sambil tergelak besar.
jungha rasa ingin menangis sekarang ini walaupun yang mengejarnya itu adalah suaminya sendiri.
"ya tuhan! minji selamatkan aku! suami kalau baru kahwin memang macam ni ke?" soal jungha, dia memanjat sofa yang berada di sudut bilik. hyunjin sudah menatapnya dengan senyuman nakal. melihatkan jungha sudah ketakutan, hyunjin menghentikan tindakannya dan menghampiri jungha.
"sayang.. sinilah sini, tak saya tak buat apa-apa" kata hyunjin, cuba memujuk si isteri. akhirnya jungha membalas pelukan hyunjin.
ha, fikir peperangan hyunjin sudah berakhir? tidak.
"GOTCHA!" kata hyunjin, memeluk jungha erat. jungha membulatkan matanya apabila hyunjin seperti mendukungnya dan membawa ke katil.
"W-WEI N-NO NO NOOOOOOOO!!!! HWANG HYUNJINNNNNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!"
-
"jungha dengan hyunjin honeymoon dekat mana?" soal minji, melipat pakaian di ruang tamu sementara seonghwa menghirup kopinya.
"Maldives tak silap saya" balas seonghwa. jarinya lincah menaip sesuatu di laptop.
ting! tong!
seonghwa menoleh ke arah pintu dan beralih pada minji. minji baru sahaja ingin bangun tapi dihalang oleh seonghwa.
"biar saya bukak kan." kata seonghwa.
seonghwa menghampiri pintu dan membukanya perlahan, kelihatan cherry dan changbin datang bersama beberapa beg plastik sambil tersenyum lebar.
"lah, ingatkan siapa lah tadi. meh masuk" kata seonghwa, memberi ruang kepada cherry dan changbin untuk masuk ke dalam.
"MINJIIIII!" cherry terus menerpa minji yang sudah mendepakan tangannya.
"asal datang tak cakap?" soal seonghwa, menutup pintu. changbin tersengih dan meletakkan beg plastik di atas kaunter dapur.
"sengaja, nak lawat mak bunting." kata changbin.
minji menjelingnya tajam dan membaling selipar getah, malangnya selipar itu terkena seonghwa bukan changbin.
"sakitlah sayang" kata seonghwa, mengurut lengannya.
"cherry cadang nak buat bbq malam ni dengan korang." kata changbin. seonghwa mengangguk kecil dan mengeluarkan bahan-bahan yang ada di dalam beg plastik.
"jeno dengan yera?" soal seonghwa.
"dorang honeymoon la apa lagi, eh dengar cerita si hyunjin bawa jungha ke Maldives?" soal changbin disambut dengan anggukan seonghwa.
"asal datang tiba-tiba ni? dah tak lama ke?" soal minji, walaupun kedengaran kasar, tapi itulah tabiat baru minji sejak sejak mengandung ni. kerja nak roasted orang je.
"ish, ada pulak cakap macam tu. aku datang ni nak buat bbq dengan kau, dengan baby!" kata cherry, mengusap perlahan perut minji sambil tersenyum.
"HWA! LETAK BAHAN DEKAT SITU! SAYA BUATKAN!" laung minji kuat.
"ha, bini kau suruh letak je situ" kata changbin. seonghwa menggeleng dan menyarungkan apronnya. walaupun minji kata 'letak disitu atau biar saya buat', seonghwa tetap tidak membenarkan isterinya melakukan kerja kerja berat.
"no,tu maknanya dia nak aku buat. kau jangan salah faham, bin. nanti kau dah ada anak kau tahula" kata seonghwa, mengeluarkan peralatan memasak dan menyediakan beberapa bahan untuk membuat bbq.
"hwa.." panggil changbin.
"hm?"
"cane kau lamar si minji? ramai nak tahu ni, bukan aku sorang je" kata changbin. seonghwa memandang changbin dan mengangkat keningnya.
"oh.. nak tahu ke?"
changbin mengangguk laju.
"sekejap, bagi aku siapkan kuah bbq ni, kejaplagi aku cerita" kata seonghwa. changbin berdecit dan memuncung sementara seonghwa sudah tergelak besar.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"