29

51 8 4
                                    

tangan kecil cherry memegang tangan changbin sambil tersenyum. mereka berjalan beriringan ke sekolah.

"cherry?"

"ye"

"changbin minta maaf sebab takbagi cherry ke sekolah sebelum ni, changbin-"

cherry mendiamkan changbin dengan meletakkan jarinya di bibir changbin kemudian menggeleng perlahan.

"takpe, sekarang changbin dah okay kan?" kata cherry. changbin mengangguk kecil. dia memandang tangannya yang disulami dengan tangan kecil cherry. entah kenapa tiba-tiba dia berubah begini, cherry nampak gembira disampingnya walaupun luka di bibir dan pipi belum pulih sebaiknya.

"jungha!" cherry menjerit ke arah jungha yang bersama dengan yera dan hyunjin.

"c-cherry??? CHERRY!" jungha meletakkan bukunya dan terus berlari ke arah cherry. dia memeluk cherry erat, begitu juga yera.

"cherryyy!!! rinduuu!" kata jungha. cherry tergelak kecil dalam pelukan mereka.

"hey, bila masa changbin bagi pergi sekolah ni?" soal yera, berbisik. cherry memandang changbin yang sedang berbual dengan hyunjin kemudian beralih semula pada mereka berdua.

"taktahu, tapi aku happy dapat jumpa korang!" kata cherry lagi.

"jung- CHERRY?" minji membulatkan matanya memandang cherry yang tersengih

"hello minji! rindunya! nak peluk!" kata cherry kemudian terus memeluk minji yang masih terkebil-kebil.

"nanti nanti nanti, kenapa bibir dengan pipi kau luka-luka ni?" soal minji, membelek kasar pipi dan bibir cherry yang luka. cherry mengaduh sakit dan mengalibkan tangan minji.

"sakitlah!"

"sape buat kau macamni? oh patutlah lama tak pergi sekolah, changbin buat kau macam ni ke? cakap cepat!" kata minji separuh geram. cherry sudah ketakutan. disebabkan itu, minji terus meluru ke arah changbin dan menolaknya kasar.

"kau pukul cherry ke? oh patutlah selama ni aku tak nampak cherry kat sekolah. kau buat apa dengan dia sampai luka-luka lebam-lebam kat bibir tu hah!?" kata minji. changbin mengangkat kedua belah tangannya tanda menyerah manakala cherry sudah menolak minji untuk menjauhkannya dari changbin.

"minji, sabar jangan pukul dia!" kata cherry.

"jangan pukul apa? aku nak pulas kepala mamat ni! sini kau seo changbin!"

"minji! minji! sabar minji!" kata changbin, cuba menenangkan minji yang sudah mengamuk seperti harimau kelaparan itu.

"minji sabar! aku explain! please" pujuk changbin. cherry sudah memegang lengan minji untuk mengelakkan tangan minji melempang wajah changbin. changbin menarik nafasnya dan menghembus perlahan.

dia menjelaskan semuanya kepada minji. sekali-sekala, jungha juga menyampuk tentang rancangan changbin dan sonhee. akhirnya changbin meminta maaf kepada cherry dan minji.

"sumpah cherry, saya minta maaf. dulu saya memang ikut cakap sonhee tapi sekarang tak dah, saya janji saya akan jaga awak" kata changbin sungguh-sungguh.

"so kau tak buat lebih dari pukul dekat cherry? hah?" soal minji lagi. sudahlah kepercayaannya runtuh pada seonghwa, inikan pula pada changbin. ada juga nanti dia pulas kepala dua dua lelaki ni sia sia sahaja hidup.

"tak tak! aku tak buat lebih dari tu! aku minta maaf minji, aku tak tahu kenapa aku ikut cakap sonhee tapi percayalah aku sayang cherry sangat-sangat sekarang." kata changbin lagi. minji memutarkan matanya

"kau memang bodoh pun ikut cakap perempuan tu." ujar minji perlahan. 

-

"minji!" seonghwa berlari kecil ke arah minji diikuti dengan juyeon dibelakangnya. minji sekadar menjeling dan menunggu penjelasan seonghwa yang kononnya ingin membuktikan kesnya dan sonhee itu palsu semata-mata.

"apa?"

"juyeon, explain." kata seonghwa. juyeon menarik nafasnya dan menghembus perlahan.

"minji, dengar dulu elok-elok apa aku nak explain. seonghwa tak salah sebenarnya, dia memang ajak aku masa jumpa sonhee tapi kebetulan mak aku call aku time tu, adik aku jatuh tandas, so aku kena rush pergi hospital. aku taktahu sonhee ada rancangan jahat dengan seonghwa masa tu. please jangan marah seonghwa lagi, minji. kesian dia. kau tak kesiankan seonghwa? kalau dia sayang kau, dia takkan usaha cari bukti yang dia tak bersalah. sekarang ni, sonhee yang nak khianat kau" kata juyeon. minji menghela nafasnya dan memandang mata seonghwa yang sudah berkaca. juyeon menjarakkan dirinya dengan minji, memberi ruang kepada seonghwa untuk mendekatinya.

"min.."

minji tidak menjawab sebaliknya memandang ke tempat lain. seonghwa perlahan-lahan memegang tangan minji dan akhirnya memeluk minji erat.

"seonghwa minta maaf, min." ucap seonghwa lagi, mengusap rambut minji lembut. minji membalas pelukan seonghwa dan mengangguk perlahan.

"ye, minji maafkan seonghwa. cuma kepercayaan minji kat seonghwa tu-"

"it's okay, asalkan minji dah maafkan seonghwa. seonghwa faham minji takka percaya seonghwa lagi tapi seonghwa cuba untuk tanamkan balik kepercayaan minji dekat seonghwa." kata seonghwa, menyeka airmata dipipi minji.

"seonghwa sayang minji, selama-lamanya" ujar seonghwa perlahan.

-

"minji? buat apa lagi dengan lelaki ni? jom balik dengan tae" kata taeyong, pandangannya tidak puas hati apabila melihat seonghwa memegang tangan minji erat. seonghwa tersenyum manis.

"it's okay, taeyong boleh balik. minji balik dengan seonghwa harini. thanks" kata minji. cuba menjauhkan dirinya dari taeyong. seonghwa tersenyum bangga dan menjeling taeyong.

"sebelum ni sayang balik dengan dia ke?" soal seonghwa, berbisik. minji menggeleng.

"min balik sorang tapi dia yang gatal nak hantar." kata minji sambil memutarkan matanya. seonghwa sekadar meng'oh'kan sahaja dan menarik tangan minji lembut supaya memandangnya.

"kenapa ni?" soal minji pelik, dia menatap wajah bersih seonghwa yang ceria dari pagi tadi. seonghwa menggeleng kecil, matanya tidak lepas memandang minji.

"hwa rindduuuuuu min sangat-sangat. hwa nak tenung muka min sampai min suruh hwa kahwin dengan min" seloroh seonghwa sambil tersengih. dalam diam, muka minji memerah dan memandang ke tempat lain.

"sayang malu?" usik seonghwa. minji menolaknya perlahan. semakin lebar senyuman seonghwa.

"sayang malu ke?" soal seonghwa lagi.

"soal lagi tu saya cubit awak sampai lebam" kata minji. seonghwa tergelak besar dan memeluk minji erat.

"i love you sayang!" kata seonghwa. seperti biasa, minji tidak membalas.

"balaslah sayang"

"taknak"

"balaslah please"

"please"

"sayang elok eloklah"

"eloklah ni"

minji menahan ketawanya, suka betul dia menyakat seongha begini.

"balaslah sayang" rayu seonghwa lagi, memuncung.

"okay, i love you too" bisik minji perlahan. seonghwa mengukirkan senyumannya.

"YEAYY SWEETNYA SAYANG REPLY MACAMTU!" kata seonghwa.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now