"hey hey! minji bidadari syurga! apa khabar kau pagi ni?" tegur wooyoung sambil menadahkan tangannya tinggi dan bersama senyuman yang lebar.
"min.." tegur wooyoung lagi, suaranya lebih perlahan. tiba tiba, minji menarik tie wooyoung kasar membuatkan wooyoung terkejut.
"M-MIN.. A-APA KAU NAK BUAT!" kata wooyoung menggigil. minji menatap mata wooyoung tajam, setajam pedang samurai.
"kau bagitahu seonghwa ke tentang instagram aku?" soal minji bersama dengan suara yang sedikit deep dan serius. wooyoung menelan airliurnya perlahan dan menggeleng.
"t-tak min.. aku.. aku tak bagitahu apa apa.. tolong min, kita baru chapter 4, aku taknak mati awal lagi, aku ada janji dengan san" kata wooyoung ketakutan.
"habis kalau bukan kau, siapa?" soal minji. wooyoung menggeleng laju dan menepuk tangan minji supaya melepaskan tienya.
"aku tak tahu min.. semalam aku dengan san.. kau tanyalah yeosang dengan mingi ke.. hongjoong ke.. sumpah, aku ni nakal memang nakal, rahsia kau aku pegang woi" kata wooyoung sungguh-sungguh. minji mengangguk kecil dan menjauhkan dirinya dari wooyoung.
"kalau aku tahu kau yang bagitahu, aku kerat kau lepastu aku bagi jerung makan" minji menjeling wooyoung tajam.
-
"changbin.."
"oh.. seonghwa? kenapa?"
tanpa banyak cakap, seonghwa terus menunjuk skrin phonenya dan terpapar account instagram milik minji. changbin memandang seonghwa dengan pandangan pelik.
"kenapa hwa?" soal changbin
"ni.. account kawan cherry kan?"
changbin menyepetkan matanya dan mengangguk.
"ye, ni account dia, kenapa hwa?" soal changbin lagi. seonghwa menghela nafas lega dan menepuk bahu changbin kemudian berlalu pergi.
"kenapa tu?" soal chan. changbin mengangkat bahunya tanda tidak tahu. seonghwa ada kena mengena dengan minji ke?
-
"LEE MINJI!"
minji menoleh ke arah suara itu dan mendapati park seonghwa sedang berdiri tidak jauh darinya. ekspresi wajah minji terus bertukar serius.
seonghwa perlahan-lahan melangkah ke arah minji dengan senyuman sinis.
"kenapa kau follow aku? buat semak dalam follower aku kenapa?" soal minji kasar. seonghwa masih mendiamkan diri dan menatap mata minji.
"kenapa kau block aku?" soal seonghwa, perlahan seolah-olah berbisik. minji menjeling seonghwa.
"memang kau layak kena block" balas minji. dia ingin berlalu pergi tetapi tangan seonghwa lebih pantas mencapai lengannya dan mendekatkan wajahnya dengan minji.
"kau nak buat apa ni? lepas sebelum aku jerit." ugut minji, cuba melepaskan pegangan seonghwa tapi gagal. lelaki ini lebih kuat darinya.
"you're so pretty" puji seonghwa perlahan. minji menatap mata seonghwa dalam beberapa minit. cuba menyorokkan pipinya yang merah.
"SEONG- OH MY GOD!" yeosang menutup mata jongho menggunakan buku amali sainsnya. seonghwa dan minji terus menjarakkan diri masing masing.
"fuck you" carut minji dan terus meninggalkan seonghwa. seonghwa sikit pun tidak terasa apabila minji mencarut begitu padanya malah dia tergelak kecil.
"wei apa kau buat ni hwa? kalau cikgu nampak macam mana?" soal yeosang, mata jongho masih lagi ditutup oleh buku amali sainsnya tanpa sedar.
"um.. bukaklah mata aku dulu setan" kata jongho. yeosang terus tersengeh dan mengalihkan bukunya dari pandangan jongho.
"sengaja aku nak kacau dia, balasan dia rosakkan locker aku" kata seonghwa. yeosang memutarkan mata. balik balik tajuk locker, apa kali ini akan diterbitkan love tropes 'Cinta Pandang Pertama Di Locker Sekolah' ke?
"apa apa jelah seonghwa.." ujar yeosang.
-
minji menyentuh pipinya dan mencarut perlahan.
"ish! bodoh betul lah dia ni! apa dia nak lagi sebenarnya!" rungut minji dan menampar pipinya kuat.
"min.. kau sihat tak ni? asal tampar pipi kau ni?" soal heesung yang baru turun dari bilik guru sambil memegang beberapa buah buku. minji mengangguk kecil dan tergelak.
"ha? haha, ye aku okay takpe jangan risau" ujar minji. heesung mengangguk dan terus berjalan ke kelas.
"bodoh aku harap dia jatuh longkang!"
-
di dalam kelas, seonghwa tidak dapat fokus dengan pelajarannya, beberapa kali ditegur oleh cikgu han langsung tidak diendahkan olehnya.
dia masih memikirkan wajah merah minji sebentar tadi, baru sahaja menyakat sedikit, sudah memerah muka. comel!
"SEONGHWA PARK!" jerkah cikgu han mematikan lamunan seonghwa. dia terus duduk dengan tegak.
"nak berangan jangan di kelas saya, fokus!" kata cikgu han. seonghwa sekadar mengangguk malas dan menatap bukunya, tapi otak masih ke lain iaitu wajah minji.
"you're so pretty, little butterfly"
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"