ℯ𝓃𝒹 𝒻𝓉. 𝓉𝓇𝒾𝓅𝓁ℯ 𝓅𝒶𝓇𝓀♡︎

55 7 1
                                    

dah beranak kan? apa lagi, skip lagi lah HAHAHAH.

-

5 tahun kemudian..

"sayang.."

"hm?"

"sayang, pakai dress ni malam ni boleh?" soal seonghwa, membentang dress putih milik minji. kali terakhir minji memakai dress ini.. tak ingat. hehe

seonghwa tahu minji mahu menolak, dia cepat-cepat menggeleng dan menghulurkan dress itu kepada si isteri.

"yelah, saya pakai. seongjin dengan minhwa mana?" soal minji.

"ada dekat baw-"

"PAPA! PAPA! PAPA! PAPA! PAPA!" minhwa memanggil seonghwa tanpa henti sambil menaiki tangga dengan cepat, kemudian dia terus memeluk kaki seonghwa.

"papa, seongjin main tipu" kata minhwa, mencebik. seonghwa mengangkat puterinya dan mengucup pipi minhwa membuatkan minhwa tergelak besar.

"minhwa buat apa dengan seongjin?" soal seonghwa. seketika kemudian, seongjin pula naik ke bilik seonghwa dan meluru ke minji. dia memeluk minji dan memasang wajah cemberut.

"kenapa ni?" soal minji, mengusap rambut anaknya lembut.

"minhwa main tipu" kata seongjin, menunjuk ke arah minhwa sambil menjelingnya.

minhwa menjelirkan lidahnya dan memeluk minji kuat sementara seongjin pula menjelingnya. perangai kembar ini, tak ubah seperti mama dan papanya semasa zaman persekolahan. seongjin menyakat minhwa dan kadang minhwa menyakat seongjin sampai seongjin menangis.

"dah, siap siap cepat. kejap lagi auntie cherry dengan uncle changbin datang sini" kata seonghwa, menurunkan puterinya dan mengusap rambut minhwa perlahan.

seongjin menyengetkan kepalanya dan mengangkat kening, tak ubah seperti minji.

"kenapa auntie dengan uncle datang?" soal seongjin. minhwa menepuk lengan seongjin dan mengheret abangnya masuk ke dalam bilik untuk menukar pakaian.

"kan semalam auntie dah kata, dia nak bawak kita jalan-jalan! abang ni selalu lupa lah! makan semut banyak sangat!" jerit minhwa.

"mana ada abang makan semut! abang makan apa yang mama masaklah!" balas seongjin semula. seonghwa menggelengkan kepalanya dan menoleh ke arah minji yang sudah menyilangka tangan.  seonghwa tersengih.

"so.. what's your plan huh?" soal minji manakala seonghwa menggeleng perlahan dan tersenyum nakal.

"no no no, sayang takboleh tahu.." kata seonghwa kemudian melangkah turun ke bawah.

-

PIN PIN PIN!

"auntie cherry dah datang! auntie cherry dah datang!" sorak seongjin lalu memakai kasut dan berlari memeluk changbin. changbin mendukung seongjin dan mengucup pipi tembam seongjin sepuasnya sehingga kanak-kanak itu terkekeh-kekeh ketawa.

"abang! beg abang ni!" kata minhwa, membawa beg si abang dan begnya bersama. cherry mengambil beg seongjin ditangan minhwa dan meletakkannya di dalam kereta.

"kau nak bawak anak aku pergi mana ni?" soal minji, menapak keluar. cherry tersenyum nakal dan menyiku lengan minji.

"takkan kau tak ingat hari ni hari apa?" soal cherry. minji mengerutkan dahinya dan menggeleng.

"apa? harini hari khamis lah" kata minji. cherry menepuk dahinya sendiri. sejak dah menjadi ibu kepada anak kembar, bodoh minji bukan main lagi.

"kang aku kata kau bodoh kau marah, takpelah kau tanya la suami tercinta kau tu, dah, aku nak gerak ni. hehe goodluck min.." kata cherry dan terus membuka pintu untuk minhwa dan seongjin. sempat lagi dia mengenyitkan mata ke arah minji yang masih blank dan blur itu.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now