33

40 7 3
                                    

"duduk rumah, cherry. jangan degil cakap changbin." kata changbin. cherry sudah memuncungkan bibirnya dan memegang hujung baju changbin.

changbin mencangkung menyamai paras cherry dan mengusap lembut kepala cherry.

"cherry, duduk rumah ya? jangan risaukan changbin. changbin ada jeno, abang sunghee, hyunjin dengan seonghwa. cherry duduk rumah dengan jungha dan yera ya? nanti kalau apa apa, kitaorang call." pujuk changbin lembut sambil mengusap pipi cherry perlahan. akhirnya cherry akur, dia memeluk changbin erat. ibarat itu adalah pelukan terakhirnya. changbin merasakan sesuatu yang tidak kena tapi dia mengabaikan perasaan itu dan membalas pelukan cherry.

"cherry sayangkan changbin." ujar cherry perlahan. changbin mengangguk perlahan dan melepaskan pelukan.

"changbin pun sayangkan cherry" kata changbin.

"jungha, yera. jagakan cherry tau, kiteorang gerak dulu" pamit changbin kemudian terus melangkah keluar bersama hyunjin dan jeno.

-

sampai sahaja di rumah taeyong, seonghwa memegang dadanya dan memejamkan mata rapat.

macam mana kalau minji mati?

macam mana kalau taeyong bunuh minji?

macam mana kalau-

fikirannya terganggu apabila jeno menepuk bahunya dan memberi isyarat supaya melangkah masuk ke dalam dengan senyap dan berhati-hati.

"TAEYONG!"

seonghwa kaku apabila terdengar jeritan minji dari tingkat atas. dia ingin terus menerjah masuk tetapi jeno sudah terlebih dahulu menghalangnya.

"sabar, hwa." kata jeno. seonghwa menarik lengannya dari jeno dan berbisik.

"minji dah jerit dekat atas kau nak aku sabar mana lagi?" soal seonghwa tidak berpuas hati, dengan perlahan-lahan dia melangkah naik ke atas.

tanpa berlengah, seonghwa terus menendang pintu itu supaya terbuka luas. taeyong menoleh dan berdiri.

"hero dah datang selamatkan heroin" kata taeyong, menepuk tangannya dan tergelak besar. seonghwa menatap taeyong tajam dan kemudian beralih pada minji.

"apa yang kau dah buat pada minji?" soal seonghwa, menghalakan senjatanya pada taeyong. taeyong mengangkat tangannya dan tergelak kecil.

"turunkan pistol bodoh kau atau awek kau mampos aku kelar" ugut taeyong, meletakkan sebilah pisau pada leher minji. minji memejamkan matanya rapat, air mata perlahan-lahan mengalir di pipi.

"s-seonghwa.."

-

"aku rasa tak sedap hatilah, jomlah yera kita pergi sana." pujuk cherry perlahan sambil menggoyangkan lengan yera.

"ye, faham tapi seonghwa dah pesan suruh kita duduk rumah je kan?" soal yera semula. cherry mengerutkan dahi dan berdiri.

"kalau apa apa jadi dekat minji macam mana? jomlah yera, aku risau sangat ni. kau tak risau ke? jomlah yera please" pujuk cherry lagi.

yera akhirnya mengangguk dan terus mencapai kunci kereta milik seonghwa.

"degil kan kau ni?" soal jungha, menyiku lengan cherry.

"ya, aku degil, kalau minji dalam bahaya siapa nak tolong dia? seonghwa dah tentu berperang dengan taeyong" kata cherry.

-

"ajak member kau masuk sekali, kepala perempuan ni aku letup" kata taeyong sambil tersenyum sinis. akhirnya sunghee, changbin, hyunjin dan jeno terpaksa berundur menyebabkan hanya seonghwa dan taeyong sahaja yang berada di dalam bilik tersebut.

"aku tak faham apa yang kau ada sampai minji pandang kau." kata taeyong, mengelilingi minji dan masih meletakkan pistol dikepalanya.

"lepaskan dia taeyong." kata seonghwa perlahan. taeyong menggeleng kecil dan tergelak sinis.

"no, aku takkan lepaskan dia. dia hak aku dulu sebelum kau datang dalam hidup dia. kau yang rampas dia dari aku" kata taeyong, suaranya dikuatkan sedikit. seonghwa menggeleng dan tersenyum sinis.

"aku rampas dia? atau kau yang tinggalkan dia?" soal seonghwa, cuba mencabar kesabaran taeyong. taeyong menekan lidahnya ke pipi.

"hei, aku tinggalkan dia, takde kena mengena dengan hidup kau pun. jadi, aku ada hak untuk ambil dia semula dari kau. and see? aku dapat dia semula." kata taeyong kemudian dia menarik rambut minji kuat sehingga minji mengaduh sakit.

"taeyong stop!" jerit seonghwa.

"minji, kau sayang aku ke kau sayang dia?" soal taeyong. minji hanya mendiamkan dirinya membuatkan taeyong menarik rambutnya lagi kuat.

"JAWAB!" desak taeyong.

"k-kau.." balas minji. dia menyumpan seranah dirinya sendiri dengan berkata begitu di hadapan seonghwa. taeyong berdiri dan tersenyum sinis.

"dengar apa dia kata?" soal taeyong. seonghwa menatapnya tajam. dia tahu minji hanya dipaksa untuk berkata begitu.

"lepaskan dia taeyong" kata seonghwa sekali lagi. taeyong menggeleng laju dan meletakkan pistolnya sekali lagi di kepala minji.

hampir sahaja dia menarik pencetus pistol, kedengaran siren polis sudah berada di bawah rumahnya.

"letakkan senjata anda! anda telah dikepung!" jerit salah seorang pegawai polis menggunakan pembesar suara. taeyong memandang seonghwa dan tergelak sinis.

-

sonhee keluar dari keretanya dan bercekak pinggang.

"shit!" sumpahnya dan terus masuk semula ke dalam kereta dan menekan pedal minyak dengan kuat.

-

"cherry sabar jangan keluar dulu" halang yera. cherry menarik tangannya dan terus membuka seatbelt dan keluar dari kereta.

pada masa yang sama, kelihatan sebuah kereta laju memecut ke arah cherry.

"CHERRY!" jerit jungha dan yera serentak

BANG!

jungha berlari ke arah cherry yang sudah dipenuhi dengan darah, begitu juga yera. changbin yang melihat keadaan itu segera berlari ke arah mereka dan terkejut apabila jungha memeluk cherry sambil menangis.

"CHERRY! CHERRY BANGUN CHERRY! CHERRY JANGAN TINGGALKAN CHANGBIN! CHERRY SAYANG PLEASE BANGUN!" rayu changbin kuat sambil menepuk pipi cherry. dia meletakkan kepala cherry diribanya dan  menggoncang badan cherry.

"cherry bangun sayang.."

"cherry bangun please jangan buat changbin macam ni."

-

taeyong cuba melarikan dirinya selepas berjaya menembak seonghwa ketika seonghwa ingin menyelamatkan minji. nasibnya malang apabila dua anggota polis berjaya menangkapnya.

"seonghwa.." panggil minji.

seonghwa menggagahkan dirinya dan membuka ikatan kaki dan tangan minji kemudian terus memeluk minji erat.

"hey, jangan nangis sayang. you're safe now with me" kata seonghwa, cuba mengabaikan sakitnya dan menenangkan minji.

"jom turun" ajak seonghwa dan mengangkat minji dengan gaya bridal.

-

"CHERRY! PLEASE BANGUN JANGAN TINGGALKAN CHANGBIN" kata changbin, dia tidak berhenti menggoncang tubuh cherry perlahan.

"yera, call ambulans." kata jungha. yera mengangguk laju dan terus mendail nombor ambulans secepat mungkin.

changbin memeluk cherry erat, membiarkan bajunya dipenuhi dengan darah cherry yang tidak berhenti mengalir.

"cherry, bangunlah sayang.. tolong jangan tinggalkan changbin.."

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now