22

41 7 0
                                    

"cherry.." panggil yeosang, cherry menutup pintu lockernya dan tersenyum ke arah yeosang.

"ye, yeosang? kenapa?" soal cherry. yeosang menguak rambutnya kebelakang dan mengeluh kecil.

"cherry.. free ke petang ni? yeo nak cakap something kat cherry." soal yeosang. cherry memuncungkan bibirnya dan membuka semula pintu locker, melihat jadual kelas petang.

"cherry free petang ni. yeo nak jumpa cherry kat mana?" soalnya.

"yeo nak jumpa kat kafe depan sekolah, terima kasih cherry" ujar yeosang perlahan. cherry mengangguk dan meminta izin untuk ke kelasnya.

-

"cherry!! come here! ada bawang panas! cepat!" jerit yera sambil melambaikan tangannya laju. cherry mengeluh dan berjalan ke arah ketiga-tiga rakan baiknya. yera menarik cherry duduk disebelahnya kemudian menepuk lengan minji kuat.

"cepatlah bagitahu" paksa yera.

"taeyong balik sini" ujar minji perlahan.

"WHAT?" jerit jungha dan cherry serentak, kecuali yera dan minji kerana minji sudah memberitahu yera terlebih dahulu.

"WEH BILA DIA BALIK SINI?"

"MANA KAU NAMPAK DIA?"

"DIA BUAT APA KAT KAU?"

soalan dari jungha dan cherry yang bertubi-tubi membuatkan minji mengurut dahinya perlahan.

"kejap weh sabar, sabar." ujar yera, menenangkan mereka berdua.

"semalam kan aku keluar dengan seonghwa-"

"oooo dating ke?"

"diam, dengar dulu"

yera menutup mulutnya.

"ha, kan aku keluar dengan seonghwa, lepastu seonghwa nak pergi tandas, lepas 10 minit tiba tiba taeyong datang tegur aku. cuak gila aku time tu nasib baik seonghwa datang, tapi lambat sikit lah" kata minji. yera, cherry dan jungha mengangguk serentak.

"tapi aku still risau" kata minji perlahan.

"abistu, seonghwa cakap apa pulak?" tanya cherry.

"seonghwa okay je, taeyong pura-pura ramah depan dia, macam takkenal dia tu kan syaitan bertopengkan manusia." ujar minji dan menjeling ke arah lain.

"jangan risau minji, kiteorang ada untuk kau, seonghwa pun akan protect kau" kata jungha, sungguh-sungguh.

"betul, jangan risau sangat minji. taeyong takkan berani sentuh kau punya" sambung yera.

-

"cherry, kau nak balik dengan jungha ke dengan minji? aku kena jaga pusat sumber kejap lagi" soal yera, mengemas begnya.

"it's okay, aku balik sendiri" kata cherry. yera mengangguk dan terus keluar dari kelas, menuju ke pusat sumber.

cherry mengemas beg dan mejanya, setelah semuanya siap, barulah dia berjalan keluar dari kelas dan terus menuju ke kafe untuk berjumpa yeosang.

"cherry." panggil yeosang dari belakang. cherry menoleh dan tersenyum.

"yeo nak cakap apa dengan cherry?" soal cherry. yeosang tergelak kecil dan mengajak cherry untuk duduk dahulu.

"so.. macam mana cherry dengan changbin?" soal yeosang. cherry memandang yeosang dan mengangka bahunya.

"macam tu jelah yeo, takde apa yang berubah" kata cherry, memasang wajah ceria. yeosang menatap wajahnya dengan suram dan simpati, dia tahu disebalik senyuman itu, cherry sebenarnya sedih.

"jadi, cherry bahagia dengan changbin? macam minji dengan seonghwa?" soal yeosang. cherry mengeluh kecil

"lain orang, lain cara bahagia dia yeo." kata cherry. yeosang mengeluh kecil. susah dia ingin ungkapkan bahawa changbin bukanlah lelaki yang baik untuknya.

"cherry, changbin-"

"stop, yeo. kalau yeo datang nak jumpa cherry untuk burukkan changbin. you better stop. cherry taknak dengar apa apa" kata cherry, dia mencapai begnya dan bangun dari duduk.

yeosang memberhentikan langkah cherry tetapi gagal, cherry sudah keluar dari kafe itu terlebih dahulu.

yeosang mengusutkan rambutnya dan merungut.

"yeooo!! kenapa kau cakap macamtu dekat diaaaa!!!"

cherry berjalan menuju ke sebuah taman dan mengambil tempat di sebuah bangku kecil. dia mengeluh perlahan.

mengapa yeosang tiba tiba ingin bertanya tentang dirinya dan changbin?

mengapa yeosang seperti mengambil berat tentang dirinya?

"jadi, cherry bahagia dengan changbin? macam minji dengan seonghwa?"

soalan yeosang tadi masih berlegar dalam fikirannya, tanpa sedar air matanya mengalir ke pipi.

sejak kebelakangan ini, changbin jarang melayannya seperti dahulu. changbin hanya memerlukan dirinya ketika bosan, dimarahi jika stress, dan changbin juga semakin bersikap baran terhadap cherry.

tetapi cherry hanya mendiamkan diri, kerana dia sayangkan changbin. bodoh bukan? tapi itulah sifat cherry. dia hanya tersenyum apabila jungha, minji atau yera bertanyakan tentang dia dan changbin dan menjadikan alasan 'changbin busy' untuk menenangkan hatinya sendiri.

-

"yeo?" tegur hongjoong.

yeosang menoleh dan membetulkan posisi duduknya supaya menghadap hongjoong.

"kenapa ni bro? masam je. ada hal ke? ceritalah" kata hongjoong, tangannya mencapai bekas kerepek di atas meja.

yeosang mengeluh perlahan.

"susah bro nak lembutkan hati perempuan yang setia dengan boyfriend dia even boyfriend dia tu perangai buruk" luah yeosang. hongjoong seperti dapat mengagak siapa yang dimaksudkan, dia merapatkan dirinya dengan yeosang dan berbisik.

"cherry ke?" soalnya. yeosang mengangguk kecil.

hongjoong menepuk bahu yeosang perlahan.

"aku takboleh nak kata apa yeo, cherry tu setia orangnya. kau kena bersabar sikit. buat masa sekarang apa kau mampu buat, kau jaga dia dalam diam kalau kau sayang dia yeo. doa yang baik-baik." pesan hongjoong perlahan.

"thankyou joong" yeosang tersenyum kecil.

"sama sama"

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now