6

66 11 10
                                    

"aku dah kebahlah, bagilah aku pergi sekolah!" rungut minji sambil menatap abangnya yang berada betul betul dihadapan muka pintu, tidak membenarkan minji ke sekolah sedangkan jam lagi 5 minit pukul 7

"tak boleh, nanti kau demam lagi macam mana?" kata sunghee

"aku tak lemah macam kau" balas minji kemudian menolak abangnya ke tepi dan terus menyarung kasut. sunghee bercekak pinggang dan membetulkan apronnya.

"hati hati woi! jatuh bangun sendiri!" ujar sunghee kuat

-

"goodmorning butterfly" ujar seonghwa sambil menongkat wajahnya memandang minji bersama senyuman manis. minji memandang ke kiri dan ke kanan kemudian beralih pada seonghwa semula.

"berambus boleh tak? kau semak duduk tempat ni kenapa?" kata minji. seonghwa tergelak kecil dan menggeleng.

"nope, cikgu tukarkan tempat aku dengan yunho, jadi yunho duduk sana, aku duduk sini, dengan kau" kata seonghwa. minji terus kaku, bulu romanya naik tegak dan dia terus hilang kata untuk melawan.

"kenapa berdiri situ? sinilah duduk" ujar seonghwa, menepuk kerusi milik minji perlahan.

"no"

"kenapa?"

"aku taknak duduk dengan kau"

seonghwa mencebik dan menyandarkan tubuhnya di kerusi. dia menyilangkan tangan.

"duduk jelah, bukannya aku kahwin dengan kau pun" ujar seonghwa. minji mengeluh perlahan, kalaulah harini jongho tidak datang, sudah tentu dia boleh cilok duduk sebelah mingi.

"jangan kacau aku" pesan minji perlahan, seonghwa tersengih dan mengangguk kecil, kemudian membuat jari 'ok' padanya.

"okay, butterfly"

minji mengentap bibir, dia benci apabila seonghwa menggelarkannya butterfly, dia bukan rama rama untuk seonghwa, kalau ye sekalipun, dia berharap seonghwa sekuntum bunga tahi ayam jadi tidaklah dia datang dekat pada seonghwa.

"diamlah"

-

"jadi ini tugasan kamu secara berpasangan, pasangan kamu adalah orang yang berada di sebelah meja kamu" ujar cikgu yoon kuat. seonghwa dalam diam sudah tersenyum, inilah misinya sebenarnya.

minji masih lagi tidak memperdulikan keadaan sekeliling. dia menganggap arahan cikgu tadi sekadar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa.

"minji.." tegur seonghwa perlahan.

"apa kau nak?"

"cikgu suruh kita berpasa-"

"no, aku tak nak dengan kau" laju minji memotong ayat seonghwa, dia mengemas barangnya dan terus ke meja ryujin.

"minji.. siapa partner kamu?" soal cikgu yoon. minji mengeluh dan menunjuk mejanya yang bersebelahan dengan seonghwa

"kenapa awak partner dengan ryujin? pergi partner dengan seonghwa, kan saya dah bagi arahan tadi" sambung cikgu yoon. minji merengek perlahan. ryujin tidak dapat berbuat apa apa, dia mampu melambai perlahan sementara minji melangkah semula ke tempatnya dengan malas.

"kau buat ni sahaja, yang lain aku buat" kata minji, menyerahkan sekeping kertas kecil pada seonghwa. tanpa banyak cakap, seonghwa mengangguk dan menjalankan tugasnya.

-

"minnnnnnn..."

minji menoleh dan melihat cherry bersama dengan yera sedang berlari ke arahnya. tak ubah seperti beruk.

"apa?"

"kau kelas apa?"

"sukan" balas minji sepatah. cherry dan yera memandang satu sama lain dan mengukir senyuman sinis.

"kau duduk sebelah seonghwa ke?" soal yera sambil mengangkat keningnya. minji mengerutkan dahi dan menggeleng

"tak"

"jungha nampak tadi masa dia lalu kat kelas kau" kata cherry. jungha memang tidak boleh menyimpan rahsia.

"dahlah, ketepi sikit aku nak tukar baju" minji menolak yera dan cherry ketepi dan terus berjalan ke bilik persalinan.

-

"disebabkan harini cikgu min tak datang, saya ambil alih dua kelas sekaligus, baiklah kita mulakan dengan regangan otot dahulu" ujar cikgu min seraya meregangkan ototnya.

minji perasan setengah pelajar perempuan dari kelas lain tak habis habis menyebut nama seonghwa. dia memutarkan mata dan fokus pada regangan otot.

"baiklah, harini kita akan bermain bola beracun, tahu kan cara bermain? saya akan bahagikan kamu kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan ialah penyerang dan satu lagi kumpulan pengelak" bebel cikgu min panjang lebar.

"minji dan seonghwa"

dengar sahaja nama seonghwa bersamanya lagi, setengah pelajar perempuan merungut kerana nama mereka tidak dipilih untuk dipasangkan bersama lelaki tersebut.

-

permainan dimulakan apabila salah seorang pelajar membaling bola ke arah wooyoung tetapi lelaki itu sempat mengelak dan tergelak besar.

"WAHHAHHAHAHAHAHAHA TAK KENA TAK KENA WAHAHAHAHAHHAAHHAHAHHAHAHAHAHAHAHA"

minji masih kaku di tengah-tengah manakala seonghwa sudah mula mengelakkan dirinya dari terkena sasaran.

tiba tiba, salah seorang pelajar perempuan membaling bola ke arah minji dengan kuat.

"EOH? MINJI!!" jerit wooyoung

BAK!

minji menutup matanya rapat tetapi badannya tidak berasa sakit. suasana terus menjadi senyap dan minji membuka matanya perlahan lahan.

dia menoleh ke belakang dan mendapati wajah seonghwa terlalu rapat dengannya. minji dan seonghwa bertatapan dalam beberapa saat. tak lama kemudian..

"MINJI!"

seonghwa menyambut badan minji yang sudah pengsan secara tiba tiba, dia mengangkat minji secara bridal style dan berlari ke bilik kesihatan.

-

"macam mana minji boleh pengsan? kau buat apa dengan dia?" cherry memarahi seonghwa tanpa henti. ketiga-tiga sahabat baik itu terus berlari ke bilik kesihatan selepas wooyoung memberitahu minji sedang dirawat di bilik kesihatan.

"aku tak buat apa apalah, dia pengsan sendiri." jelas seonghwa perlahan.

"cherry, jangan marah seonghwa, demam minji ni tak pulih lagi sebenarnya" jelas kak nini selaku nurse disekolah itu. seonghwa menarik nafas lega dan tersenyum lega.

"minji demam?" soal seonghwa

belum sempat cherry membuka mulutnya, minji sudah tersedar dari pengsan.

"min.. kau okay min?" soal jungha perlahan. minji mengangguk kecil dan memegang kepalanya.

"aku.. nak rehat sekejap" ujar minji. yera seakan tahu kehendak minji, terus menarik lengan cherry dan jungha pulang ke kelas kecuali seonghwa.

"macam mana boleh demam?" soal seonghwa, dia mengambil tempat disebelah katil minji.

"kau angkat aku ke sini ke?" minji cuba mengubah topik, seonghwa mengangguk kecil.

"maaf kalau aku berat sangat" ujarnya perlahan.

"weight doesn't matter, the matter is you" ujar seonghwa perlahan membuatkan minji jadi tidak senang duduk. mula dah mula dah.

"takpayah nak sweet sangat boleh tak? aku baling dulang aluminium ni kat kau kang" ujar minji kemudian menjeling seonghwa.

"nak makan?"

minji menggeleng laju, padahal perutnya sudah berbunyi minta diisi.

"tunggu sini, aku belikan makanan, stay here, don't fly away.." ujar seonghwa kemudian memberikan kenyitan mata sebelum beredar.

"SEMOGA KAU TERGELINCIR MASA KAT KANTIN NANTI" balas minji kuat.

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now