"slow slow sayang, ha duduk sini. nak apa apa tak?" soal seonghwa. walaupun seharian dia menjadi 'suri rumah', dia masih berdegil tidak mahu minji menolongnya. walaupun minji mengalihkan kerusi, dia tetap berkeras menghalang minji membuat perkara itu.
minji menggeleng, seonghwa mengambil bangku kecil dan meluruskan kaki minji.
"letak sini, nanti kaki tak cramp" kata seonghwa. minji mengangkat kakinya perlahan dan diletakkan di atas bangku kecil itu.
"hwa nak pergi dapur, min duduk sini diam diam. please jangan gerak, nak apa apa panggil hwa okay?"
minji mengangguk laju dan mencapai remote tv dan membuka siaran kegemarannya. bukan dia tidak mahu membantu, nanti si suami mithali tu akan memarahinya.
itu takboleh tolong, ini takboleh angkat. jadi apa yang dia patut buat di dalam rumah? duduk tengok tv sahajalah. kerja rumah, memasak, basuh baju semua seonghwa yang lakukan walaupun kerja di office masih banyak. minji tersenyum kecil, dia agak beruntung kerana tuhan menemukan dirinya dengan seonghwa. lelaki yang paling dibenci suatu ketika dahulu, kini menjadi seorang suami yang caring terhadapnya. tambahan pula, mereka berdua bakal menjadi ibu dan bapa. minji mengusap perutnya perlahan.
"mama bosan tau duduk je, papa kamu degil tak bagi mama buat kerja langsung" bebel minji sendirian sambil mengusap perutnya.
kring! kring!
"ha? hello? tengah honeymoon pun call orang lagi ke?" sahut minji.
"hish, orang call pun tak boleh, kau macam mana? sihat ke kat sana? nak apa apa tak dari Maldives?" soal jungha dihujung talian.
"kau kat mana?"
"dekat mana tah ni hyunjin bawak, tapi ada banyak cenderamata lah, kau nak ke? aku dah belikan untuk yera dengan cherry. kau nak apa? sini ada baju, ada keychain ada- OH AKU BELIKAN KAU BAJU BABY LAH! KHAS DARI MALDIVES! BARU GEMPAK SIKIT KAN?" jerit jungha ceria, minji terpaksa menjauhkan telefonnya dari telinga, boleh pekak kalau jungha ni menjerit.
"belikan aku m-16" kata minji spontan membuatkan jungha mengerutkan dahinya.
"kau jangan mintak benda pelik-pelik dari aku eh, kau nak m-16 ke m-30 ke kau mintak kat laki kau." kata jungha. minji tergelak kecil.
"belikan jelah apa apa pun, aku tak kisah" kata minji. jungha mengangguk dan terus menutup panggilan.
"ha okaylah kalau begitu, take care nyah! tunggu kepulanganku!"
-
"hwa dah pack benda penting?" soal minji, mengusap rambut seonghwa yang sedang menemaninya menonton televisyen bersama diruang tamu. seonghwa mengangguk dan tersenyum.
"dah, kenapa?" soal seonghwa.
"saje tanya, mana tahu hwa lupa" balas minji membuatkan hwa cemberut.
"min dah fikir nama baby?" soal seonghwa. minji menggeleng, bukan tidak mahu berfikir, sejujurnya dia malas. hehe
"hwa dah fikir ke? apa namanya?" soal minji.
"park.. min..hwa" kata seonghwa perlahan. minji mengerutkan dahinya dan memandang si suami pelik.
"park.."
seonghwa menunjuk dirinya.
"min.."
seonghwa menunjuk minji.
"hwa.."
seonghwa menunjuk dirinya semula.
akhirnya, minji tersenyum dan mengangguk perlahan.
"minhwa tu lelaki ke perempuan?" soal minji. seonghwa bangun dari baringannya dan meletakkan tangan didagu, seolah-olah sedang berfikir.
"taktahu lah, hwa main reka je, kalau lelaki kita letak jelah nama tu, kalau perempuan pun kita letak jelah nama tu" kata seonghwa sambil tersengih.
"kalau kembar?" soal minji lagi. mata seonghwa membulat. k-kembar?
"k-kembar? kita dapat kembar ke?" soal seonghwa teruja. minji mengangkat bahunya dan tersenyum.
"mana lah min tahu, min tanya je" kata minji.
"kalau kembar... park minhwa, park hwamin" kata seonghwa. minji mengerutkan dahi dan menggelengkan kepala.
"sama je, cuma terbalikkan hwamin dan minhwa. lainlah!" kata minji.
"kalau nak lain, tanya readerslah, author pun takde idea, apatah lagi hwa.." kata seonghwa.
-
"macam mana kalau anak dia perempuan?" soal hyunjin, membelek baju kecil ditangannya.
"ambil jelah dua dua, pink dengan biru, susah apa" kata jungha, matanya masih rambang memilih baju baju comel yang terletak di rak yang disediakan.
"bazirlah nanti.." kata hyunjin.
"tak membazir, kalau anak dia lelaki, tak salah lelaki pakai pink. kalau anak dia perempuan, tak salah nak dia pakai biru. lagipun, baju ni dari luar negara. apa salahnya kan?" kata jungha, menjeling hyunjin. dia mengambil baju baju kecil ditangan hyunjin dan diletakkan kedalam bakul.
hyunjin akur dan mengangguk perlahan. tak mengapalah, biru ke pink ke asalkan isterinya bahagia.
"yang lain beli apa?" soal hyunjin lagi.
"cherry kata dia sponsor tilam baby dengan barang mainan, so kira deal lah. saya beli baju, yera beli keperluan baby, cherry beli tilam dan bantal baby. itulah namanya kawan baik" kata jungha. hyunjin sekadar mencebik dan mengangguk perlahan.
"teruja sangat beli barang baby, lepasni kita pulak lah ada baby" kata hyunjin perlahan. dalam diam, tangan jungha pantas mencubit perut si suami membuatkan hyunjin mengaduh sakit di hadapan khalayak ramai.
"sakitlah sayang.." kata hyunjin, mengusap perutnya.
"padan muka." jungha meletakkan bakul di atas kaunter pembayaran lalu menjeling hyunjin yang menunduk sedikit menahan kesakitan di perutnya.
saya pun taktahu nak bagi anak dorang nama apa, kalau ada nama lawa, korang suggest please hihi 🏋️
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"