18

55 8 8
                                    

"sebelum aku baling kau masuk empangan, baik kau diam" kata yera. cherry menjelirkan lidahnya dan memuncung. tiba tiba minji muncul di antara mereka sambil tersengih.

"eh? kenapa tak pergi sekolah dengan seonghwa? mana dia?" soal jungha, menutup bukunya.

"seonghwa dah gerak awal dengan hongjoong, katanya ada latihan sama sama" kata minji. jungha, cherry dan yera sekadar meng'oh'kan sahaja.

-

"minjiii" seonghwa terjerit kecil dan melambaikan tangannya ke arah minji, minji membalas lambaiannya sambil tersenyum kekok. mana tidaknya, sesetengah fans seonghwa sedang memerhatikannya.

"tak sesuai langsung dengan seonghwa!"

"dia macam tak tunjuk affection langsung kat seonghwa!"

"betul! macam mana lah seonghwa pilih dia ni, tak match langsung denga seonghwa"

minji menarik nafasnya perlahan dan menoleh ke arah lain. dia sudah lali mendengar fans seonghwa mengutuknya begini. itu tak matchlah, ini tak kenalah, takde affection lah, tak sweetlah.

tapi minji diam kerana dia tahu, seonghwa lebih memilihnya berbanding fansnya yang menggedik seperti ulat beluncas.

"excuse me.." pinta yera sambil menyelit dan menerpa ke arah minji.

"datang dah kawan dia lagi sorang ni."  kata salah seorang pelajar perempuan disitu.

"ini yang menggedik dengan jeno tu kan?" soal seorang lagi pelajar perempuan.

yera menoleh. pantang dituduh dirinya menggedik dengan jeno, dia menghampiri sekumpulan fans seonghwa dan menatap mereka tajam.

"cakap balik apa kau cakap tadi" ujar yera dengan nada serius. salah seorang pelajar perempuan disitu kaku dan tergagap-gagap. dia tidak berani bertatapan mata dengan yera.

"t-takde.."

"you know what, atleast im the luckiest cause jeno choose me over you, you, you, and you." kata yera sambil menunjuk kesemua pelajar perempuan disitu.

"move on with seonghwa, dia takkan pandang perempuan macam korang ni." tambah yera lagi membuatkan sekumpulan pelajar perempuan itu terdiam, kemudian barulah yera berjalan semula ke arah minji.

"seonghwa ada berapa game harini?" soal yera. minji tidak membalas sebaliknya menunjukkan tiga jari bermakna seonghwa mempunyai tiga game harini.

"jom balik kelas, lepak dengan aku, dengan jungha, dengan cherry" ajak yera sambil memegang tangan minji.

-

"mana changbin harini? aku taknampak dia pun" soal jungha, mencari-cari kelibat changbin. cherry mengangkat bahu

"taktahulah, dia kata dia tak datang sebab busy" balas cherry disambut dengan anggukan jungha.

"korang.." panggil minji perlahan.

serentak ketiga-tiga kawan baiknya nenoleh ke arahnya, bersedia menadahkan telinga untuk luahan hati minji.

"aku tak layak untuk seonghwa ke?" soal minji. ketiga-tiga gadis itu terdiam seketika dan memandang satu sama lain. beberapa saat kemudian, jungha menepuk meja kuat menyebabkan minji,cherry dan yera terkejut.

jungha bangun dari duduknya.

"wahai minji, kenapa kita kena kisah apa orang kata? ini hidup kita minji! kita harus mempertahankan hak kita sehingga titisan darah yang terakhir! kau layak tak layak, asalkan kau dah buat seonghwa bahagia seperti anak raja di dalam kolam katak" kata jungha bersungguh-sungguh membuatkan minji, cherry dan yera terkebil-kebil melihat perangai dramatiknya.

"apa benda kau merepek ni jungha? kau pengaruh siapa sampai perangai macam ni?" soal cherry. jungha menepuk bajunya dan tersengih, kemudian mengambil tempat di sebelah yera.

"aku pengaruh dari hyunjin. dalam hidup kita ni, kita perlu ada sifat dramatik! sepertiman-"

"okay okay shh shh taknak dengar dah" potong yera sambil meletakkan jarinya di bibir jungha tanda diam.

"min, takpayah fikirlah apa orang lain cakap pasal kau dengan seonghwa. asalkan kau bahagia dengan seonghwa, dah cukup. bukannya dorang yang tentukan hidup kau kan? jangan overthinklah." pesan cherry sambil menepuk bahunya.

-

"sayang!" seonghwa mengelap peluhnya menggunakan kain dan berlari anak ke arah minji.

"ye?"

"sayang, nanti lagi seminggu, hwa ada game lagi, sayang nak ikut ke?" soal seonghwa teruja. minji menggeleng, minggu ni dia kena fokus, dia perlu mengulang kaji untuk subjek-subjek tertentu.

seonghwa memuncung.

"takboleh, saya kena fokus, tapi takpe saya doakan yang terbaik untuk awak. competition antara sekolah ke?" teka minji disambut dengan anggukan seonghwa. minji tersenyum dan mengusap rambut seonghwa.

"buat yang terbaik ya?" pesannya lembut. seonghwa mengangguk kecil dan memejamkan matanya.

"nak balik dengan hwa tak?" soal seonghwa.

"ye, boleh juga, jomlah" ajak minji. seonghwa meletakkan kainnya di atas kepala minji untuk menggelakkan minji panas, kemudian barulah mereka beriringan pulang ke rumah.

"hwa.. cuba teka min pakai apa?" soal minji. seonghwa memandang minji dan menyepetkan matanya.

"apa?"

minji mengeluarkan rantai dari bajunya dan menunjukkan kepada seonghwa. seonghwa tersenyum lebar .

"cantiknya sayang pakai" puji seonghwa sambil membelek rantai yang berada di leher minji.

"i love youu" ujar seonghwa. minji memandangnya dan mengangguk.

"balas baliklah" arah seonghwa.

"taknak"

"balaslah!"

"takmau!"

"balaslah!"

"taknak!"

"balas kalau tidak saya peluk awak!" ugut seonghwa

"taknak"

seonghwa menggigit bibirnya dan berlari ke arah minji, cuba memeluknya dari belakang tetapi minji terlebih dahulu sudah berlari dari seonghwa sambil tergelak besar.

"balas balik!" arah seonghwa kepenatan

"taknakkk!"

"minjii balas balikk!"

"NOOOOOO"

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now