38

40 7 1
                                    

"ha, macam ni ceritanya.." seonghwa memulakan ceritanya, dia memusingkan badan menghadap changbin, tangan masih lincah mengacau kuah di dalam periuk.

"ingat tak masa kita dah habis graduate? ha, masatu aku dah plan dengan abang minji tu ha, tapi aku tak cakap dengan mak aku lagi. pastu malam tu, aku ajak dia makan rumah aku, sekaligus la kan kenalkan kat mak aku.." kata seonghwa. changbin terangguk-angguk mendengar cerita seonghwa.

"mak aku pun macam on je kan, yela minji cantik pulak tu, even depan aku dia macam kasar, eh.. tapi depan mak aku dia sopan betul" tambah seonghwa lagi. changbin berdecit dan menjeling seonghwa.

"memanglah depan mak mertua kena baik, takkan depan mak mertua nak bukak perangai setan, kau ni pun.." sampuk changbin. seonghwa tergelak kecil dan menyambung ceritanya.

"masa aku lamar dia, berdegup weh jantung, teringat first first aku confess kat dia dulu kan. aku fikir kalau aku lamar dia, dia nak hempuk kepala aku guna kuali mak aku, tapi tak. dia diam 20 minit centu pastu dia suruh aku berdiri. aku ingat dia nak kiss ke apa macam dalam drama sekali dia bukak selipar dia, dia pukul lengan aku." kata seonghwa sambil memuncung. changbin tergelak besar.

"lepastu?"

"lepastu mak aku kata, dah kalau suka sama suka, kahwin jelah. ha apalagi minggu depan terus aku ajak dia pergi uruskan apa yang patut. itulah dia" kata seonghwa tersenyum.

"habistu, due date minji tu bila?"

seonghwa menyepetkan matanya dan menoleh ke arah peti sejuk.

"cuba kau tengok kat peti sejuk yang ada magnet baby tu, ha itu la duedate dia. doktor yang bagi, tapi jangan percaya sangatla. kadang duedate lain, tiba-tiba bini aku beranak awal." kata seonghwa. changbin menghampiri peti sejuk seonghwa dan mengangguk kecil.

"kau dah ready jadi bapa?" soal changbin lagi. eh, orang lain yang nak jadi bapa, dia pula yang risau. seonghwa mengangguk dan tersenyum lebar.

"so nama anak kau dah fikir ke?"

seonghwa menggeleng. masa mula-mula dapat tahu minji mengandung, seonghwa ada juga terfikir tetapi dibiarkan dahulu, dia mahu minta pendapat minji juga nanti.

"belum, aku nak minta pendapat minji juga nanti." kata seonghwa, menaburkan bahan-bahan yang diperlukan ke dalam kuah bbq.

"untung minji dapat kau kan" kata changbin. seonghwa menuang kuah yang sudah siap itu kedalam sebuah mangkuk besar dan tergelak kecil dengan pernyataan changbin tadi.

"kau cakap macam kau tak kahwin lagi je" kata seonghwa. changbin tersenyum nipis.

"dahlah, bin. cherry pun bahagia dengan kau kan? past is past, mulakan hidup baru. kalau cherry tak sayang kau, dah lama dia pilih yeosang. jadi hargailah cherry selagi dia masih hidup. treat her like a queen and she'll treat you like a king. fair and square." kata seonghwa.

"hwaaa!" panggil minji. seonghwa membuka apronnya dan membaling ke arah changbin dan terus berlari ke ruang tamu.

"ye, sayang?"

"hwa tolong ambilkan air untuk min boleh? tak larat bangun, lepastu baju ni semua letak dalam bilik. nanti min susun." kata minji. seonghwa mengangguk kecil dan menghampiri minji, dia mengambil pakaian yang sudah dilipat oleh minji kemudian membawanya naik ke bilik.

beberapa minit kemudian, seonghwa turun semula dan mengambil segelas air untuk minji.

"cherry, kau ambil pemanggang kat halaman depan tu, buka. lepastu amiklah ayam korang tadi, panggang kat sana. aku jagakan minji kat sini, kuah ada atas dapur. aku dah buat" kata seonghwa.

"yelah, suami mithali.." kata cherry dan kemudian bangun melangkah ke halaman rumah seonghwa.

"kan saya kata, kuah tu biar saya buat" kata minji perlahan. seonghwa mengangguk kecil dan tersenyum.

"it's okay, awak tak larat kan? saya buatkan. lagipun senang je" kata seonghwa.

"thank you" kata minji, tersenyum memandang si suami. seonghwa menatap sepasang mata minji dan membalas senyuman si isteri.

"you're welcome, my queen"

𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎Where stories live. Discover now