"no! mati hidup balik pun aku takkan jadi partner kau lagi, cukuplah kau dah jadi beban duduk sebelah meja aku, inikan nak jadi partner untuk majlis prom nanti? tidak tidak tidak! aku sanggup pilih hongjoong kepala cendawan enoki tu dari kau!" kata minji kuat. hongjoong yang berada di belakang meja hanya ternganga, tak pasal-pasal dia digelar 'cendawan enoki' kerana rambutnya yang putih dan dipotong mengikut bentuk mangkuk. apalah nasib.
seonghwa mencebik dan menjeling minji tajam. sejujurnya dia juga tidak rela dipasangkan dengan minji. dia rela berseorangan ketika di majlis prom itu nanti.
"kenapa kau mesti kena partner dengan aku? kau banyak fans kan? partner lah dengan fans kau!" kata minji, kononnya masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia dipasangkan dengan seonghwa.
"eh, kau tanya aku kenapa? manalah aku tahu. kau ingat aku nak sangat partner dengan kau? dahlah banyak mulut, pendek pun pendek, ganas macam tomboy. aku rela partner dengan yeosang tapi sebab yeosang tu straight je aku terpaksa dengan minah kepoh macam kau." balas seonghwa panjang lebar, masing masing tidak mahu mengalah.
"kalau kau rasa aku ni ganas macam tomboy, pergi pilih perempuan yang lagi lemah lembut dari aku" balas minji perlahan. jujur, dia agak terasa sedikit dengan kata kata seonghwa yang tiada tapisan, tapi dia tidak mahu menunjuk di hadapan lelaki itu.
"haah, memang nak cari macam dorang pun, baik pun baik, bukan macam kau. sopan pun sopan" ujar seonghwa. niatnya sengaja mahu menyakat minji, tetapi tanpa sedar dia sebenarnya sudah membuat minji kecil hati.
minji terdiam dan terus mengabaikan seonghwa, malas mahu bertekak dengan lelaki yang sejenis ingin menang sahaja. makin dilayan, makin gila.
-
dua hari selepas kejadian itu, minji terus tidak melayan seonghwa, bercakap apatah lagi. sepatah seonghwa bertanya, tiada patah minji menjawab. senang cerita, gadis itu memang tidak mahu bercakap dengan seonghwa.
"min.." panggil seonghwa perlahan. dia mula curiga, kalau dia menganggu minji begini, sekurang-kurangnya minji sudah berdecit, ini tidak, langsung tidak bercakap. dia hanya bercakap dengan wooyoung dan lain lain sahaja.
"min.." panggil seonghwa lagi. dia mengetuk meja minji menggunakan pennya untuk mengambil perhatian minji tetapi gadis itu tetap menganggap dia tidak wujud.
"min-"
"apa benda kau nak lagi ni?" minji menjelingnya tajam membuatkan seonghwa sedikit terkejut. dari nada suaranya sahaja, dia sudah tahu minji memarahinya secara serius.
"a-aku.. k-kau kenapa tak.." seonghwa tergagap-gagap untuk bercakap dengan minji.
"apa? asal kau tak cari perempuan yang kau kata lagi molek dari aku? pergilah! takpayah nak panggil aku." ujar minji sedikit kuat. seonghwa sekali lagi terdiam.
ayatnya membuatkan minji terasa ke?
"min.. aku.."
"diamlah, semak" balas minji laju dan terus meninggalkan seonghwa yang masih terpinga-pinga.
-
"min.. wahai kakakku yang cantik dan menawan, mengapa muka mu muram dan masam dua hari ni?" soal jungha. alhamdulilah, jungha sudah move on dari wooyoung. dia tahu, cinta itu tidak boleh dimiliki, lebih afdal jika moveon
#contohijungha
"kau kenapa ni min? makan sikit meh, janganlah asyik fokus dengan homework tu, meh bukak mulut say aaaa" cherry menghulurkan sesudu nasi ke mulut minji, tetapi minji mengendahkan cherry dan terus fokus dengan kerjanya. cherry mencebik dan menyiku yera yang sedang sibuk selfie.
"hish, apa?" sahut yera geram. cherry memuncung ke arah minji.
"min.. kau okay tak ni? dah masuk dua hari kau macam ni, kau period ke? kau marah abang kau ke? kenapa ni min?" pujuk yera lembut. minji mengeluh perlahan dan menutup bukunya, dia termenung.
"aku taknak datang majlis prom tu nanti" ujar minji perlahan
pufftttt!!!
"wei apa ni basahlah buku orang!" jerit jungha kemudian pantas menjauhkan bukunya dari yera.
"asal kau taknak datang? alah nanti tak complete lah kita berempat, eh berempat ke? jap, kau.. aku.. jungha.. yera, ha empat!" kata cherry. minji menyelak rambutnya dan menggeleng kecil. dia tidak peduli sekiranya nanti seonghwa tiada partner atau tidak. lelaki itu banyak fans, boleh pilih salah satu dari mereka untuk dijadikan pasangan, itu bukan masalah minji.
"takpelah, kalau macam tu.. taknak paksa kau nanti meja ni terbalik" kata cherry lagi.
-
"kau kenapa muka macam baru lepas kena baling dengan buah durian?" soal mingi yang baru turun dari biliknya. hampir setengah jam seonghwa menongkat dagu dan termenung di sudut meja makan.
"biarlah dia mingi.. dia nak fikirkan balik dosa silam dia" ujar yeosang sambil menekan kalkulator.
"eh, kau sehari mulut tak macam tonf sampah cik senah tu takboleh ke? takde langsung nak comfortkan orang" balas mingi semula. yeosang menjeling tajam dan mengangkat bahu. tak lama kemudian, seonghwa bangun dan terus melangkah ke biliknya.
bum!
"tengok, dia dah hempas pintu, semua salah kau" kata mingi sambil menunjuk jarinya ke muka yeosang. yeosang menepis jari mingi kuat
"dia yang dramatic sangat" balas yeosang.
YOU ARE READING
𝐄𝐧𝐜𝐢𝐤 𝐊𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐩 • 박성화 ✔︎
Fanfiction"engko tu dahlah tak hensem, muka macam karipap banyak bunyi pula!" "kau kata muka aku macam apa?" "KARIPAP!" "ABIS KAU TU APA? SERI MUKA KE!?" "haah! kau jeles ke?"