"Bukan apa tapi tekaan aku aja. Pelik sebab muka yang aku nampak itu memang serupa macam Hael Haikal" luah Eliy sambil melipat pakaian milik Iris diatas meja bilik wad berdekatan hujung katil Iris.
Iris yang hanya diam itu mendengar segala luahan Eliy dan memerhati pergerakan gadis itu.
"Tapi kalau betul dia pun mesti dia duduk depan bilik wad kau, kan?"
Iris mengangguk menandakan tekaan gadis itu benar.
Eliy diam seketika, kedua bibirnya diketap memikir sejenak apa pertanyaan dia ini akan merosakkan mood Iris.
"Um... Iris apa yang Niana buat dekat kau sampai cari kau dekat rumah aku lepas itu datang sini menangis tak tentu arah siap peluk lagi" soal Eliy, dia tertanya-tanya yang ini sejak dia melihat Niana menangis teresak-esak dihadapan Iris.
Iris yang mendengar soalan itu dihambur dari mulut Eliy, dia hanya tertunduk kemudian menoleh kepalanya ke arah luar cermin besar.
Bagaimana harus dia jawab?
"Tak ada apa pun, cuma salah dia yang aku cerita dekat kau dia kritik pasal pakaian aku itu aje. Kan aku dah cerita dekat kau?" jawab Iris. Mata masih merenung tempat yang sama. Melihat langit yang membiru.
Eliy hanya mengangguk sambil membuat gaya bibirnya bulat. Sesudah dia melipat baju milik Iris, dia meletakkan pakaian-pakaian itu di dalam beg baju.
"Maaf kalau sangkaan aku buruk tapi apa yang aku nampak tadi betul-betul Hael-lah" Iris berpaling kepala ke arah Eliy pula.
"Kenapa kau kata macam itu?"
"Bukan apa, aku ini bukannya buta. Lagipun aku rasa Niana bawa Hael ke sini. Sebabnya Hael cari kau dari dulu lagi sampai sanggup cari aku dekat tempat kerja"
Iris membulatkan kedua matanya apabila dengar keterangan dari Eliy lagi-lagi perkataan dimana Hael berjumpa dengan Eliy ditempat kerja gadis itu.
"Huh?"
"Aku tak cerita dekat kau sebab aku tak nak kau fikir pasal dia lagi dan aku tak nak kau dengan dia bersama selepas dia tinggalkan kau"
"Cumanya apa yang aku cakap itu apa yang aku fikirlah. Tapi memang firasat aku katakan yang Niana bawa Hael ke sini" sambung Eliy, sesudah itu dia mengambil duduk diatas katil wad Iris.
Mata bertentang mata. Dari segi wajah Iris kelihatan gadis itu sedang masih memandang Eliy dengan wajah yang tidak percaya.
"Kalau betul dia bawa ke sini aku tak nak Niana itu jumpa kau lagi" jujurnya. Bersebab Eliy menghalang.
"Kenapa?"
"Aku tak nak Hael jumpa dengan kau dan aku harap apa yang dia mohon maaf dekat kau itu semuanya perkara yang betul-betul dia menyesal dengan apa yang dia buat dekat kau sebelum ini. Aku bukan apa, Iris. Aku jaga kau, aku faham segala situasi yang kau lalui. Dari fikiran kau stress sampailah pulih aku selalu ada dengan kau. Aku tak nak sesiapa yang datang dan hancurkan kau sekali lagi" panjang lebar Eliy berkata.
"Once he leaves you for no reason and stupid reason, don't ever accept him, okay?"
"Kenapa kau fikir macam itu?" Iris masih tertanya.
"Semua orang ada perasaan sebesalah, tapi sebesalah itu akan hadir selepas mereka dah melakukan kesalahan tapi sebelum itu mereka tak terfikir pun apa yang diaorang ini buat semua salah. Kalau dah menyesal macam-macam diaorang buat tapi kalau dah niat untuk tinggal, diaorang akan pergi begitu sahaja, kan?"
Iris mendalami ayat-ayat yang terhambur dari mulut Eliy. Betul apa yang gadis itu katakan, fakta.
"Kalau betul dia akan kembali dekat engkau, satu aje aku nak pesan..."
YOU ARE READING
Make Her My Naseeb
RomansaMengisahkan tentang Bunga Iris Nasha seorang gadis yang kuat agama dan hanya fokus pada kehidupannya dan keluarga kecil Bunga Iris Nasha yang selalu hancur dan menimbul masalah yang besar sehingga buatkan dirinya rasa takut untuk meneruskan hidup. W...