Bab 32

803 65 2
                                    

"Saya Luhan."

Wanita tersebut mengangguk lalu membuka pintu pagar untuk Luhan masuk. Wanita tersebut mempersilakan Luhan untuk duduk di atas sofa sementara dia memanggil mama Kay.

Tidak lama selepas itu, mama Kay turun dari tingkat atas. Luhan bangun untuk bersalaman dengan mama Kay.

"Kalau tak silap makcik, kamu ni kawan Sehun kan ? Luhan ?" tanya mama Kay. Luhan mengangguk.

"Kenapa kamu mahu berjumpa dengan makcik ?" tanya mama Kay.

"Makcik kenal Xi Yi Wen ?" tanya Luhan sambil memandang wajah mama Kay. Mama Kay terkejut apabila mendengar nama rakan lamanya.

"Ya ya, makcik kenal. Kat mana dia sekarang ?" tanya mama Kay sambil memegang lengan baju Luhan.

"Dia mummy saya dan saya anaknya." mama Kay terkejut sebelum menarik Luhan ke dalam pelukannya.

"Kamu Xi Luhan ke ? Ya Allah, kenapalah makcik tak nampak semua ni ? Kenapa makcik tak sedar yang kamu ni Luhan ?" kata mama Kay sambil menangis. "Boleh makcik berjumpa dengannya ?" pinta mama Kay.

"Sudah tentu. Tapi tu bukan tujuan saya datang ke sini. Saya ke sini kerana Kay. Kay tu adik saya ke ?" tanya Luhan.

"Ya, dia adik kamu. Mummy kamu menyerahkan dia kepada makcik kerana dia tak mampu untuk jaga kamu berdua." kata mama Kay sambil menangis.

'Kay adik aku ? Kay adik aku ?' Luhan bermonolog di dalam hati.

*******

Pehh, kenyangnya dah makan KFC. Kay mengusap perutnya yang sedikit buncit.

"Kau dah kenapa ? Mengandung ?" Usik Zharif.

"Kau kalau makan penumbuk aku, baru tahu aku mengandung ke tak. Sesuka hati dia je cakap orang mengandung !" Balas Kay sambil menunjukkan penumbuk kepada Zharif.

"Dah dah, jom balik. Kang bergaduh, terus tak balik pulak." Kata Zahrin sambil menghidupkan enjin kereta. Zharif dan Kay hanya mengikut tanpa membantah.

*******

Sampai je di rumah, ada sepasang kasut yang asing pada Zariff, Zahrin dan Kay. Mereka bertiga masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang pelik.

"Assalamualaikum." ucap mereka bertiga dan kelihatan Luhan di ruang tamu.

"Luhan, kau buat apa kat sini ?" kata Kay sambil memeluk Luhan. Luhan memeluk Kay dengan lebih erat.

"Yo yo yo, whats wrong ?" tanya Kay yang rasa pelik dengan pelukan Luhan. Luhan hanya menggeleng manakala mama pula menangis.

"Ma, kenapa mama nangis ?" tanya Zahrin sambil memeluk bahu mamanya.

Ketika itu, papa baru sahaja balik dari kerja. Dia pelik melihat suasana rumah.

"Assalamualaikum. Kenapa ni ?" Dia segera pergi ke arah mama yang sedang menangis. Mama menggeleng sambil menarik tangan papa ke arah bilik.

*******

"Abang, sebenarnya Luhan ialah anak Xi Yi Wen, abang kandung Kay." kata mama yang membuatkan papa terkejut.

"Jadi, apa yang patut kita buat ?" tanya papa setelah beberapa minit terdiam.

"Kita kena bagitahu mereka semua." balas mama.

"Tak. Kay ialah anak saya dan selama-lamanya anak saya !" balas papa yang tak dapat menerima kenyataan bahawa Luhan kembali untuk Kay.

"Tapi abang kena fikir kan Luhan dan Yi Wen. Tentu mereka rindukan Kay. Lagipun, Luhan macam gembira bila tahu Kay ialah adiknya. Saya tak sampai hati untuk pisahkan mereka lagi. Abang sanggup ke ?" kata mama.

"Saya sanggup kalau itu melibatkan Kay. Jangan bagitahu sesiapa tentang perkara ni." balas papa sedikit keras. Mama terkejut kerana ini pertama kali dia melihat papa seperti itu.

"Mama, papa, apa benda semua ni ? Kay anak siapa ? Luhan abang Kay ?" tiba-tiba, terdengar suara Kay di muka pintu. Mama dan papa terkejut. Papa segera pergi ke arah Kay. "Tak, tu bukan apa yang Kay fikirkan." kata papa tergagap.

"Takda apa-apa ??!! Kay perlukan penjelasan sekarang ! Di ruang tamu ! NOW !" kata Kay sedikit keras lalu pergi ke arah ruang tamu. Mama dan papa berpandangan. Mama meminta keizinan papa untuk menceritakan segala-galanya. Papa hanya mengangguk lemah.

*******

"Sekarang, Kay nak mama dengan papa jelaskan apa yang berlaku." kata Kay yang duduk di sebelah Luhan.

"Sebenarnya, Luhan ialah abang kandung Kay. Kay bukan anak mama." kata mama.

"Whatt ??!!!" Zharif dan Zahrin menjerit pada masa yang sama. "So, selama ni, Kay memang bukan adik kitorang lah ?!" tanya Zharif.

"Ya. Mama ambil Kay sebagai anak mama sebab kawan mama, Yi Wen iaitu ibu kandung Kay terlalu susah untuk membesarkan 2 orang anak sekaligus." jelas mama.

Kay terdiam. Dia mengambil masa sebelum berkata "Kay nak jumpa dia." dengan serius.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now