Bab 28

1.7K 88 6
                                    

"Ya Allah, ramainya ! Nasib baik aku tempah VIP punya !" keluh Kay sendirian. "Zariff, kau dengan Adam pi masuk du.." kata-katanya terhenti apabila menyedari abangnya tiada di belakangnya tetapi berada di kelompok pelajar perempuan dalam lingkungan 15 tahun. Kay menggelengkan kepala melihat perangai abangnya yang sorang tu. Tak boleh tinggalkan hobinya kejap. Mengayat je kerja nyaa.

"Zariff !!" jerit Kay sambil memandang tepat ke arah Zariff. Zariff segera meninggalkan kelompok pelajar perempuan tersebut lalu berjalan ke arah Kay dengan maconya.

"Yes my princess ?" usik Zariff.

"Princess hotak mung ! Kau dengan Adam pergi masuk dulu. Aku nak ajak Zahrin pergi beli makanan kejap. Kang lapar mana nak menggagau cari makanan." kata Kay.

"Ai Ai Captain !" kata Zariff dengan bersemangat sambil menarik tangan Adam.

Kay dan Zahrin pergi membeli makanan di kedai serbaneka yang berdekatan. Sedang Kay dan Zahrin berjalan, tiba-tiba Kay dilanggar dari belakang menyebabkan dia hampir tersungkur. Zahrin segera membantu Kay dan meluru ke arah lelaki yang melanggar Kay.

"Kau pahal haa ?! Mata kat mana ?!" marah Zahrin sehinggakan Kay sendiri takut melihatnya. Selama ini, Kay tak pernah melihat wajah abang-abangnya marah kerana dia sering dimanjakan.

"Elehh, sorry lah bro. Terlanggarkan ?" kata lelaki tersebut dengan selamba.

"Abang, dah lah. Jom masuk ! Nanti Zariff dengan Adam tercari-cari pula kita." kata Kay sambil menarik tangan Zahrin. Zahrin menghelakan nafas kasar sebelum melepaskan lelaki tersebut lalu mengikut langkah Kay. Tanpa mereka sedari, lelaki tersebut menguntumkan senyuman sinis.

'Oh, ini abang kau. Kau dah tak kenal aku, Kay.'

*******

Kay dan Zahrin tercari-cari akan kelibat Zariff dan Adam. Dengan jeritan dan bilangan makhluk di sekeliling mereka membuatkan mereka susah nak cari dua orang makhluk Allah tu.

Nasib baik Kay nampak Zariff tengah mengayat seorang awek. 'Laa, mengayat lagi !'

Kay mencuit bahu Zariff lalu memberikan isyarat supaya beredar. Zariff mengangguk lalu mengikut langkah Kay. Mereka pergi ke bahagian hadapan dan duduk menunggu EXO keluar.

*******

"Okey guys ! Kita kena buat yang terbaik ! Ini second time kita buat concert di Malaysia !" kata Suho. Yang lain menganggukkan kepala.

Suho mengeluarkan tangannya lalu yang lain meletakkan tangan mereka. Mereka menjerit "EXO SARANGHAJA !!"

Mereka melangkah ke pentas dengan gembira kecuali seorang yang tidak gembira.

*******

Sedang Kay berkhayal, tiba-tiba terdengar jeritan di sekelilingnya. Kay segera melihat ke pentas dan EXO sedang membuat persembahan pembukaan. Muka Sehun yang sedih ditonton oleh Kay.

'Aikk, kenapalah dia ni sedih-sedih pulak ?' bisik hati Kay sambil matanya tertancap pada Sehun. Tiba-tiba mata Sehun bertaut dengan mata Kay. Terbit senyuman dibibir Sehun. Kay membalas senyuman itu. Konsert berjalan seperti yang dirancang.

'Aduh, sakitnya dada !' Kay menepuk dadanya perlahan.

*******

"Okeylah. Kita akan adakan sesi bertemu antara EXO dan peminat bertuah. Okey, ahli EXO, sila pilih seorang daripada penonton di sini." kata MC lalu menjemput EXO untuk memilih sesiapa sahaja.

"Oppa !"

"Oppa, saranghae !"

"Me ! Me ! Me !"

Itulah antara jeritan yang dapat didengari oleh Kay.

"Okey, kami dah buat keputusan. Kami nak bertemu dengan dua gadis itu !" kata Suho sambil menunjuk ke arah seorang gadis. Kay melihat ke arah gadis itu dan ternyata itu ialah Zaf dan Jee ! Hak alah, apalah minah dua ekor tu buat kat sini ?

Zaf dan Jee yang sedang bersorak terhenti apabila mata mereka bertemu dengan susuk tubuh Kay. Mereka segera membuat muka 'Kau hado ?'

Kay yang meluat terus pandang ke hadapan. Kelihatan Sehun sedang tersenyum melihatnya.

"Okeylah, Gadis-gadis yang terpilih boleh berjumpa dengan EXO selepas ini di belakang pentas. Baiklah, kita teruskan lagi. Kali ini, EXO akan pilih gadis yang akan bersama mereka di atas pentas."

Merka berbincang sebentar.

Kelihatan mereka sudah membuat pilihan.

"Okey, yang mana EXO akan pilih ?" MC ini buat orang berdebar lah.

"Kami nak perempuan itu !" kata Suho sambil menunjuk ke arah seorang gadis. Serentak dengan itu, terdengar jeritan dari arah belakang. Gadis yang ditunjuk oleh Suho segera naik dengan malu-malu kucing. Konsert berjalan seperti biasa.

********

"Kay, jom pergi jumpa Sehun !" kata Zariff. Kay menganggukkan kepala. Mereka segera pergi ke arah belakang pentas. Kelihatan EXO sedang berbual dengan Zaf dan Jee.

'Eeeeiii, menyampahnya aku dengan dua makhluk Allah tu ! Tergedik-gedik pula !' rungut hati Kay. Kay, Adam, Zariff dan Zahrin hanya berdiri di situ memandang ke arah EXO yang sedang berbual.

Tiba-tiba, mata Sehun ternampak Kay dan lain-lain lalu dia meminta diri untuk bertemu dengan Kay dan lain-lain.

"Datang juga kan. Rindunyaa kat kauu !" kata Sehun sambil memeluk Kay. Kay membalas pelukan itu. Setelah pelukan dilepaskan, Sehun memeluk Zariff, Zahrin dan Adam.

"Kata nak bagi tiket VVVVIP kau tu. Tak sampai pun." kata Kay. Sehun tersengih sebelum menjawab "Busy lah." 

Zaf dan Jee sudah terjegil matanya melihat aksi mesra Sehun dan Kay. Mana tak nya, Sehun berpeluk dengan Kay dan bercakap seolah-olah sudah lama berkenalan. Kay tersedar akan Zaf dan Jee tetapi dia buat tidak tahu.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now