Bab 27

1.8K 79 2
                                    

"Alahaiii, terasa nak makan aiskrim pulak tengah-tengah  malam ni." Kay segera bersiap untuk ke kedai runcit yang berdekatan dengan rumahnya.

"Mama, Kay nak pergi kedai kejap. Nak beli aiskrim." kata Kay kepada mamanya.

"Esok-esoklah Kay oiii. Dah tengah malam ni. Kamu tu perempuan. Tak elok berjalan sorang-sorang tengah malam." balas mama yang sedang menonton televisyen.

"Alaa, dekat je lah mama. Bolehlah yee." kata Kay sambil membuat aegyo. Mamanya yang menyampah melihat aegyonya berkata "Yelah. Menyampah mama tengok. Pergilah. Elok-elok jalan tu." Kay segera menyarungkan selipar lalu keluar dari pintu rumah dengan berjalan kaki.

Setelah Kay selesai membeli aiskrim yang diingininya, Kay berlalu pulang.

"Alamak ! Dah pukul 11.10 dah ni ! Running Man dah nak start ! Ahh ambik jalan pintas je lah !" kata Kay sambil melihat jam tangannya.

Dia melalui jalan yang jarang digunakan oleh orang. 'Perghh, dah lama tak lalu sini, seram jugak kan.'

Kay perasan ada seseorang mengikutnya dari belakang. Kay segera melajukan kakinya ingin sampai ke rumah. Tiba-tiba, ada sepasang tangan menutup mulutnya dari belakang dengan mengunakan sehelai kain dan tidak semena-mena, dia berada di dalam keadaan tak sedar diri.

*******

Kay perlahan-lahan membuka matanya. Dia berada di sebuah tempat yang tidak asing baginya kerana tempat itu adalah tempat permainannya semasa kecil dahulu.

Tangan dan kakinya diikat di sebuah kerusi. Tiba-tiba, muncul seorang lelaki di pintu tenpat tersebut. Perlahan-lahan lelaki tersebut menghampirinya.

Zack !! Alahai, cekadak kering ni tak habis-habis kacau hidup aku lah.

"Kau nak apa ?! Kau lepaskan aku !" kata Kay sambil cuba untuk membuka ikatan di tangannya.

Bergema ketawa lelaki tersebut di sekitar gudang lama itu. "Kau ingat senang-senang aku nak lepaskan kau ? Aku memang dah lama geramkan kau." kata Zack sambil mengusap kepala Kay. Kay mengelak kepalanya dari disentuh oleh tangan Zack. Jijik siot !

Tiba-tiba, muncul seorang lelaki di pintu lalu dia berkata "Bos, jom makan !" Zack segera keluar dari bilik tersebut.

Dengan menggunakan teknik yang dipelajari semasa di sekolah, Kay dapat melepaskan diri daripada ikatan tali.

"Ikat tali macam apa entah. Senang je nak lepaskan diri. Hehe" Kay hanya berpura-pura meronta-ronta tadi.

Kay segera ke belakang yang agak tersorok tempatnya dan terdapat sebuah pintu di situ. Kelihatan pintu itu tidak dikunci. Mungkin mereka tidak perasa akan adanya pintu tersebut. Kay melarikan diri sebelum diketahui oleh Zack tapi malang tidak berbau, kakinya tersepak sebatang besi di atas lalu terdengarlah bunyi tapak kaki menuju ke arahnya.

Kay segera memegang batang besi tersebut dan menghayunkannya ke kepala Zack dan konco-konconya.

"Kau tau tak, disebabkan kau, aku tak dapat tengok Running Man malam tadi !" sakit hatinya apabila teringatkan Running Man.

Zack tidak mengalah lalu cuba untuk memukul Kay tetapi Kay lebih bijak. Dia pantas menghayunkan batang besi tersebut ke arah kepala Zack dan menyebabkan Zack pengsan. Konco-konconya yang lain takut melihat Kay yang sedang marah lalu melepaskan Kay.

Kay pulang ke rumahnya dan segera naik ke atas. Dia bersiap-siap sebelum turun ke bawah. 'Alahaiii, kena tadah telinga ni !'

Sampai sahaja di bawah, "Kay ! Kay pergi mana malam tadi ?! Kenapa tak balik ?! Kay pergi mana ?!" tudia, peluru dari mulut mama dah keluar.

"Takde pape lah mama. Semalam Kay balik tapi lambat. Kay terjumpa kawan lama. Dia ajak minum dulu. Tu yang lambat sikit." tipu Kay sambil makan sandwich yang disediakan oleh mama.

Mama menghelakan nafas lega. "Lain kali, telefonlah."

"Kay lupa nak bawa phone semalam. Sorry mama." kata Kay sambil memandang wajah mama kesayangannya.

*******

'Bosannya hari ini ! Nak buat apa haa ?' tanya Kay sendirian. Tiba-tiba, dia teringatkan Adam. Dia segera menelefon lelaki tersebut.

Kedengaran bunyi telefon dari sana tetapi tiada siapa yang mengangkatnya. Kay mencuba lagi tetapi hasilnya sama.

"Eh, pahal dia ni ? Tidur ke ? Eh, takkanlah dah pukul 2 petang dah ni." Kay bertanya kepada dirinya sendiri. Tiba-tiba, Kay teringatkan sesuatu lalu dia segera mencapai sweater dan memandu kereta ke satu tempat.

*******

Adam gembira melihat telatah anak-anaknya yang sedang membesar. Dia tersenyum apabila sepasang tangan melingkari pinggangnya.

"Miss you, sayang." ucap Adam lembut lalu mencium ubun-ubun isterinya, Mia.

Mia hanya tersenyum mendengar ucapan cinta daripada suaminya.

*******

Telefon Kay mengeluarkan lagu Growl menandakan ada panggilan masuk. Kay yang sedang menonton Running Man segera menjawab panggilan tersebut.

"Hello."

"Kayyyyyy !!!" terdengar suara jeritan di sana.

Sesaat Kay tidak menjauhkan telefonnya daripadan telinganya, nescaya pekak telinganya.

"Yee Chanyeol. Ada apa ?" soal Kay dengan hati yang sebal.

"Kitorang dah sampai Malaysia lah !" jerit Chanyeol lagi.

"Ye lah tapi takyah nak jerit-jerit boleh tak ?"

"Hehehe, sorry sorry. Excited nak pergi rumah adik ipar." usik Chanyeol.

"Ehh, bila masa lak aku kahwin dengan adik kau ?" soal Kay geram.

"Alaa, gurau jee. Okey lah bye. Nak pergi hotel ni." kata Chanyeol lalu mematikan panggilan.

Kay segera melihat tarikh mereka akan buat concert. "Laaa, esok ke ? Mana sempat nak tempah tiket."

Kay memikirkan sesuatu. "Haaa, online !" Kay segera mengklik di laman web untuk menempah tiket dan pembelian tiket dijalankan.

Kay segera memanggil mamanya yang sedang berkebun.

"Mama, Sehun dengan yang lain dah sampai. Kay dah tempah tiket. Ada 4 tiket yang orang tempah. Mama nak ikut ?" tanya Kay.

"Ehh, takpelah. Kay pergi je lah. Ajak si Zariff dengan Zahrin pergi sekali. Yang lagi satu tiket tu siapa punya pulak ?" kata mamanya.

"Tu lah. Ingatkan nak ajak mama sekali tapi mama tak pergi, Kay kenalah ajak orang lain. Tapi nak ajak siapa haa ?" Kay berfikir.

"Ajak lah si Daniel tu." kata mamanya lalu menyambung aktivitinya.

'Ha ah lah. Ajak Adam lah.'

*******

First of all, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada pembaca. Maafkan saya kalau ada salah silap di mana-mana. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Kita kosong-kosong eh ? *ikut tv*

Second, saya nak tanya soalan cepumas tak berapa nak cepumas sangat tapi adalah cepumas sikit tapi saya rasa tak cepumas kot *nampak tak permainan di situ ? hehe* Korang dah follow my ig ? Belum ? Okey, korang boleh follow @/exo_12494. Mungkin ada banyak gambar Sehun sebab saya minat Sehun. *LOL*

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now