"Nak buat apa sekarang ni ?" gumam Kay sambil memundar-mandir di ruang tamu.
Tiba-tiba, dadanya terasa sakit sekali. Kay terduduk di sofa sambil menepuk-nepuk dadanya. Lama-kelamaan, sakitnya berkurang sikit demi sedikit.
"Nak pergi rumah Aunty lah." kata Kay sambil mencapai kunci kereta yang tersangkut.
*******
"Arghh, sakitnya kepala aku !" Adam memegang kepalanya yang terasa sakit. Seperti dunia ini berputar.
Dia segera makan ubat yang dibekalkan oleh Doktor Riana. Lama-kelamaan sakitnya berkurang.
Dia memandang lama ubatnya. Tiba-tiba, terdapat sesuatu mengalir dari bawah hidungnya. Dia segera mengalirnya dan mendapati ianya darah.
"Ya Allah !" tangannya menggigil mengelap darah tersebut.
*******
"Okey lah. Aku nak balik dulu. Diaorang balik tengah hari. Takut diaorang lapar pula. Bye." kata Kay.
"Fuyooo, Kay dah jadi perempuan mithali lah. Hahahaha." usik Zariff.
"Kau elok-elok sikit gelak tu. Kang ada makan penampar juga." balas Kay sakit hati.
"Okey. Okey. Bye." balas Zariff.
"Ma, orang balik dulu tau." Kay bersalam dengan mama.
"Yelah. Kamu tu bawa kereta elok-elok sikit." nasihat mama.
"Okey. Bye semua !" kata Kay sambil melambaikan tangan lalu masuk ke dalam kereta.
*******
'Makanan dah siap ! Apa aku nak buat ni ?' Kay menjeling ke arah jam tangannya.
"Eh, dah masuk waktu solat dah ni. Lebih baik aku solat dulu." kata Kay perlahan sambil melangkah ke biliknya untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.
"Home !" jerit Baekhyun lalu duduk di atas sofa melepaskan lelah.
"Kay mana ea ?" Suho mencari-cari kelibat Kay. Semua mengangkat bahu tanda tidak tahu. Suho segera melangkah ke arah bilik Kay.
Sehun menahannya lalu berkata "Biar aku pergi tengokkan dia."
Suho mengangguk. Sehun segera ke bilik Kay.
Tiba di hadapan bilik Kay, tangan Sehun yang ingin mengetuk pintu biliknya terhenti apabila terdengar suara seseorang.
"Allahuakbar !"
"Subhanallah !"
"Alhamdulillah !"
Dia mengamati perkataan-perkataan tersebut. "Tak pernah dengar pun perkataan-perkataan tu." katanya sendirian.
*******
Setelah Kay selesai berzikir, dia ingin turun ke bawah. Apabila tangannya ingin mencapai tombol pintu, tiba-tiba pintu terbuka oleh Sehun. Kay terlompat ke belakang sikit.
"Ishhh, kau ni ! Nak buka pintu tu bagilah ucapan helo ke hi ke. Ni tak, main terjah je. Kalau aku tengah pakai baju ?" Kay berkata sambil bercekak pinggang.
Sehun tersengih menampakkan giginya yang putih. "Hehehe, sorry Kay. Wei, jomlah makan. Semua dah tunggu kau kat bawah. Jom !" ajak Sehun sambil menarik tangan Kay turun ke bawah. Kay hanya mengikut sahaja.
Sesampai sahaja Kay di bawah, kelihatan pinggan dan cawan sedang disusun. Kay segera ke dapur dan kelihatan Kyungsoo sedang menghidang kan makanan. Kay segera membancuh air.
Setelah semua selesai, Kay menjerit "Lunch !"
Semua orang di ruang tamu segera ke ruang makan dan duduk. Kay meletakkan nasi ke dalam 13 pinggan. Setelah itu, mereka mula makan. Menu pada hari ini ialah daging masak sambal (tak berapa pedas sangat), sayur goreng dan ayam goreng.
Mereka makan dengan berselera sekali.
*******
"Kay, sorry. Kitorang kena pergi training balik." kata Suho.
"Yelah, bye." kata Kay.
"Macam menghalau je." kata Chanyeol.
"A ah. Memang menghalau pun. Hehehe." usik Kay.
"Tak baik tauuuu." kata Chanyeol.
"Yelah yelah. Sorry." kata Kay sambil mencubit pipi Chanyeol.
"Sayang kau !" Chanyeol mendepakan tangan untuk memeluk Kay. Tetapi Kay terlebih dahulu mengangkat tangan di hadapan muka Chanyeol. "No hug !" kata Kay.
"Ishhh, yelahhh !" Chanyeol dan lain segera pergi ke arah kereta. Kay melambaikan tangannya.
*******
"Penyakit awak telah sampai peringkat ketiga." kata Doktor Riana sambil memandang wajah pemuda di hadapannya.
Adam terdiam sebentar. "Doktor, ada tak cara nak hilangkan benda ni ?" tanyanya.
"Ada, iaitu pembedahan." kata Doktor Riana.
Adam terdiam sebentar sebelum berkata "Terima kasih, doktor. Saya minta diri dulu ye."
Doktor Riana mengangguk.
Adam keluar dari bilik 'kedua'nya.
'Ya Allah ! Kau kuatkanlah semangatku untuk meneruskan hidup ni.'