Sedang mereka berbual-bual mengenai Adam, tiba-tiba kedengaran suara seorang wanita memberikan salam dari luar rumah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." serentak mereka menjawab. Ibu pergi melihat siapakah gerangan yang memberi salam. Tidak lama selepas itu, muncul seorang wanita bersama seorang anak kecil. Kemudian, perempuan tersebut tunduk mencium tangan ibu lalu ibu menarik pula anak kecil lalu diciumnya bertalu-talu di pipi tembam anak kecil itu.
"Kenalkan. Ni Kay. Kay, ni Mia, isteri Adam " ternganga mulut Kay mendengar butir bicara ibu. Mia menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Kay. Kay menyambut dengan perasaan tidak percaya.
"Kay ya ? Abang Adam selalu cerita pasal ada seorang budak nama Kay serupa sangat dengan adiknya. Dan ternyata Adam betul. Awak memang sangat serupa dengan Husna" kata Mia dengan ramah.
"Kenapa mulut ternganga ?" soal Zahrin dengan pelik. Mana taknya, adiknya ternganga, abangnya pula tersengih sorang-sorang. 'Aku cepuk si Zhariff ni kang !'
"Bila masa pula Adam kahwin ? Bukan dulu sepatutnya Adam kahwin dengan minah tiga suku tu. Siapa nama dia ? Haishhh, lupa pula !" Kay menepuk dahinya bertalu-talu mengingati siapakah dia.
"Sally lah." kata ibu dengan lembut. "Haa, nama Sally. Macam mana Adam boleh kahwin dengan Mia pula ?" soal Kay dengan wajah pelik.
"Ibu suruh dia kahwin dengan Sally sebab ibu tak tahu yang Adam dah kahwin." jelas ibu.
"Ooooo" Kay mengangguk tanda faham. Tiba-tiba, Zharif mencuit bahunya dan menunjuk ke arah jam menandakan masa dah lewat dan mereka perlu balik rumah. Kay mengangguk kepala tanda faham.
"Ibu, kami balik dululah ye. Takut mama risau. Lagipun dah lewat ni." Kay berkata sambil tunduk cium tangan ibu. Diikuti dengan Zharif dan Zahrin. Kemudian, Kay beralih kepada Mia lalu bersalaman tangan dengannya.
" Okeylah Mia. Saya balik dulu ye. Nanti kalau ada rezeki, kita junpa lagi" kata Kay sambil memeluk Mia.
"Kami balik dulu ye." kata Kay sambil melangkah keluar rumah diikuti dengan Zharif dan Zahrin. Mia dan ibu mengangguk kepala.
*******
"Wei, aku terasa nak makan KFC lah. Jom makan." ajak Zahrin. "Woi, perut kau tu tong ke ? Baru tadi makan, ni makan lagi." Zharif membebel sambil memandu kereta.
"Alaa, jomlah. Terasa nak makanlah." ajak Zahrin lagi.
"Okey jugak tu. Aku pun terasa nak makan KFC jugak." kata Kay dari tempat duduk penumpang. "Tengok. Kay pun sama dengan aku. Yeah, kita memang betul adik-beradik." Zahrin mengangkat tangan untuk high five dengan Kay tetapi Kay membalas "Siapa adik kau ?"
"Takpe kau. Macam ni kau kan. Takpe takpe." kata Zahri merajuk dengan Kay. "Dah. Takyah nak merajuk sangat lah. Jom, aku bawak pi makan KFC." kata Zharif sambil memandu ke arah KFC.
"Alaa, rileklah. Gurau sikit pun tak boleh." kata Kay sambil mencubit pipi Zharin.
"Wei tenuk, sakitlah ! Aku main-main jelah merajuk tu. Hahaha tulah suka sangat mengusik abang kau yang maco ni !" kata Zahrin sambil tergelak besar.
"Pape jelah." Kay membuat muka annoyingnya.
*******
'Aku kena pastikan sama ada Kay tu adik aku ke tak. Tapi macam mana nak pastikan ? Nak jumpa parent dia ke ? Omma dah rindu sangat ni kat Akira ni.' Luhan memandang wajah ommanya yang sedang tidur.
Dia segera menyeluk sakunya dan mengeluarkan telefon lalu mendail seseorang.
"Boleh tak saya nak tempah tiket ke Malaysia esok ?"
"..."
"Saya ada hal yang perlu diuruskan."
"..."
"Baiklah. Terima kasih." panggilan dimatikan.
Esok, Luhan akan ke Malaysia untuk berjumpa dengan parent Kay.
*******
Luhan menekan loceng rumah itu berkali-kali. Tidak lama selepas itu, seorang wanita keluar dari rumah tersebut.
"Nak cari siapa ?" tanya wanita tersebut sambil memandang wajah Luhan lama.
"Saya cari Puan Zahra Fatimah. Dia ada tak ?" soal Luhan dalam Bahasa Melayu.
"Ye, dia ada tapi anak ni siapa ya ?" soal wanita tersebut dengan wajah yang kehairanan.
"Saya Luhan."