Bab 21

2.3K 90 0
                                    

Semasa Kay keluar dari biliknya, Baekhyun, Sehun dan Kyungsoo sudah berkumpul di ruang tamu. Mereka berbual sesama sendiri.

"Eh, warna baju Kay dengan Sehun samalah ! Sooo sweet !" usik Baekhyun apabila melihat kelibat Kay yang sedang menuruni tangga.

"Haisshhh, kau ni ! Kang dia dengar !" marah Sehun yang sedang blushing.

"Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang." usik Baekhyun.

Terus Baekhyun dan Kyungsoo mentertawakan Sehun.

Kay yang baru tiba di ruang tamu membuat muka blurnya.

"Apa cerita ni sampai korang gelakkan dia ? Tak baik lah gelakkan dia. Dia kan cousin aku. Korang gelakkan dia lagi, siap korang !" Kay memeluk Sehun dari belakang. Sehun menjelirkan lidah ke arah Baekhyun dan Kyungsoo. Baekhyun dan Kyungsoo terdiam sebelum ..

"Kay, nak peluk jugak !" jerit Chanyeol dari tingkat atas apabila melihat Kay memeluk Sehun. Kay menggeleng tanda taknak. Sehun menjelirkan lidah ke arah Chanyeol. Chanyeol menarik muka itiknya lalu melangkah ke biliknya dengan kaki dihentak-hentak. Kay menggeleng melihat perangai keanak-anakan si Chanyeol.

"Okey jom gerak !" kata Kay sambil melangkah ke arah kereta.

"Biar aku bawaklah." sambung Kay lagi sambil mengambil kunci kereta yang tergantung.

"Okey !" jawab Sehun, Baekhyun dan Kyungsoo dengan semangat.

"Okey guys ! Jom gerak !" kata Kay sambil menekan pedal dengan perlahan.

*******

"Guys, korang nak makan pedas ke yang tak pedas ?" tanya Kay semasa di dalam kereta.

"Nak yang pedas !" jawab Baekhyun dengan bersemangat.

"Okey." jawab Kay. Keadaan menjadi sunyi kembali. Baekhyun dan Kyungsoo di belakang sedang asyik melayan lagu. Manakala Sehun yang duduk di sebelahnya memberi arahan untuk ke market.

"Okey guys. Dah sampai." kata Kay sambil membuka tali pinggang keledar lalu keluar dari kereta. Yang lain juga begitu.

Kay segera membeli ayam daripada peniaga Muslim dari situ dan membeli bahan-bahan memasak dari kedai runcit kepunyaan seorang Muslim yang berdagang dari Malaysia ke Korea.

*******

"Guys, jomlah kemas rumah !" ajak Suho kepada ahli EXO yang tinggal di rumah.

"Alaaaa, malaslah !" jawab semua dengan malas.

"Takdenya korang nak malas-malas. Jom cepat !" kata Suho dengan tangan di pinggang.

'Baik aku cabut dulu !' detik hati Chanyeol sambil melangkah perlahan-lahan ke dapur.

Suho dan lain-lain terus mengemaskan rumah. "Eh kejap, mana Chanyeol ?" tanya Suho kepada semua yang ada di situ.

Yang lain membuat muka kehairanan. "Okey, biar aku cari Chanyeol. Korang sambung kerja." arah Suho sambil mencari Chanyeol. Yang lain hanya mengangguk.

Kaki Suho dipanjangkan ke arah dapur kerana dia dapat merasakan yang Chanyeol menyorok di situ.

"Chanyeol ! Chanyeol !" panggil Suho sambil mencari-cari Chanyeol.

Chanyeol yang bersembunyi di kabinet menggigil. Suho terdengar ada sesuatu di dalam kabinet yang ada di sebelahnya. Dia yakin yang Chanyeol pasti menyorok di situ.

Satu..dua..tiga ! Pintu kabinet dibuka dan Suho menyergah Chanyeol.

"Chanyeol !!" sergah Suho sambil membuat muka yang menakutkan.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now