Bab 20

2.4K 91 2
                                    

"Abang, jangan lupakan Akira tau. Akira rindu sangat dengan abang dan mama." kata Akira sambil melangkah jauh daripada Luhan.

"Abang dan mama pun rindukan Akira ! Jangan pergi !!" jerit Luhan sambil cuba pergi ke arah Akira tetapi kakinya seperti digam di lantai. Akira hanya tersenyum lalu hilang di sebalik kabus yang tebal. 

"Akira !!!!!!!!!" jerit Luhan. Nafasnya tercungap-cungap. Tiba-tiba, pintu biliknya dibuka dan kelihatan Xiumin sedang berlari ke arahnya kemudian diikuti dengan Lay, Chanyeol, Kai, Kyungsoo, Suho, Baekhyun, Chen, Tao dan Kris.

"Kenapa Luhan ?" soal Xiumin dengan cemas.

"Aku mimpi dia lagi." Xiumin menarik Luhan dalam pelukannya dan Luhan menangis.

"Sabarlah. Mimpi kan mainan tidur." pujuk Xiumin yang tahu siapa 'dia' sambil mengurut belakang Luhan perlahan-lahan. Yang lain hanya mendiamkan diri.

"Tapi dalam mimpi ni, dia macam nk pergi jauh je. Aku takut aku takkan jumpa dia lagi." balas Luhan teresak-esak.

Xiumin hanya menarik nafas panjang sambil cuba menenangkan Luhan.

*******

"Auntie, boleh tak Sehun bawak Kay duduk rumah Sehun ?" kata Sehun. Mama terdiam sambil memikirkan sesuatu.

"Ermmm, okey jugak. Mana tahu dia boleh sembuh." jawab mama sambil tersenyum. Sehun tersenyum. Dia segera melangkah ke arah bilik Kay lalu mengetuknya sebelum masuk ke dalam bilik Kay.

"Kay, bangun." kejut Sehun sambil menggerakkan tubuh Kay.

"Erm. Erm." hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Kay sebelum menarik selimut menutupi seluruh badannya.

"Bangun." kata Sehun lagi sambil menggerakkan tubuh Kay.

"Ye ye. Kejap lagi lah mama." kata Kay antara sedar dan tidak sedar.

"Kayyyy !! Bangunlah !!!!" jerit Sehun di telinga Kay.

'Woii, diam lahh !" balas Kay sambil bangun dari tidurnya dan menggosok-gosok rambutnya yang ikal mayang.

"Bangun ! Dah pukul 10 pagi ni ! Cepat kemas barang ! Kita pindah ke rumah aku !" arah Sehun lagak seperti sarjan.

Kay yang masih mamai terus melangkah ke bilik air. Otaknya memproses ayat terakhir Sehun. Waittt ?! What ?! Pindah rumah Sehun ?!

Kaki Kay terus berhenti sebelum masuk ke bilik air. "Apa ? Pindah rumah kau ? Buat apa ?" tanya Kay.

"Yelah. Kau dahlah sekali-sekala datang sini. So, aku nak luangkan banyak masa dengan kau tapi aku sibuk lah. Kalau kau duduk kat rumah aku, senang nak jumpa hari-hari kan. Btw, kau boleh masakkan ?" tanya Sehun.

"Err, boleh. Kenapa ?" tanya Kay.

"So, kau bolehlah masakkan untuk kitorang. Okey lah bye. Aku nak turun dulu. Bye !" kata Sehun sambil melangkah keluar dari bilik Kay. Kay terus melangkah ke bilik air. Dia malas mahu memikirkan kata-kata Sehun.

*******

"Siap !" Kay yang memakai baju T-shirt lengan panjang berwarna putih, sweater EXO yang diikat di pinggang dan kasut Adidas berwarna hitam putih.

Tiba-tiba, terjengul kepala Sehun di muka pintu bilik Kay.

"Dah siap ?" tanya Sehun.

"Dah. Nak pergi sekarang ke ?" tanya Kay.

"Yup. Dahlah, kau pergi ucapkan selamat tinggal kepada semua.. Biar aku bawakkan beg kau." kata Sehun sambil mengambil beg Kay yang berada di sisi katil.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now