"Hyung !" jerit Sehun sambil berlari ke arah Luhan yang baru sahaja tiba di dorm bersama dengan Kay. Sehun memeluk Luhan sebelum berpaling ke Kay pula.
"Kay !" Sehun memeluk Kay dengan erat. Manakala yang lain pula memeluk Luhan.
"Kay. Oh adikku !" jerit Chanyeol sambil mendepakan tangannya bersama-sama dengan yang lain. Sesak nafas Kay apabila mereka memeluknya dengan kuat.
"Tak sangka Kay ni adik kau kan ?" kata Kris lepas group hug.
"Aku pun tak tahu. Aku cuma agak je." jawab Luhan sebelum berkata kepada managernya "Hyung, bila press tu ?"
"Esok dan pastikan kamu dapat rehat yang secukupnya. Kay pun sama. Hyung taknak rupa kamu berdua macam zombie esok." kata manager mereka lalu tertawa dan diikuti dengan yang lain. Setelah memastikan keadaan Kay dan ahli EXO, manager terus pulang ke rumahnya.
*******
"Kay, hari ni kau tidur kat bilik aku lah." kata Sehun sambil membawa keluar bantal-bantalnya.
"Serious lah ? Kalau aku dah guna bilik kau, kau nak tidur mana ?" tanya Kay.
"Aku tidur kat sofa ni pun boleh. Aku ni boleh tidur kat mana-mana je. Cuma sampai sekarang tak boleh lawan Kai." katanya sambil tertawa.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi seperti orang tersedak di dapur.
"Woi, siapa ngumpat aku ni ? Nak minum pun susah ah." Tiba-tiba kedengaran jeritan Kai dari arah dapur. Kay dan Sehun menutup mulut untuk menahan bunyi yang akan keluar dari mulut mereka.
Tiba-tiba, Luhan keluar dari bilik.
"Sehun, kau tidur dalam bilik aku." arah Luhan sambil menunjuk ke arah biliknya.
"Aikk, bukan ke hyung tak suka orang tidur atas katil hyung ? Asal tetiba pula baik hati bagi orang tidur atas katil hyung ?" tanya Sehun sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Siapa cakap kau tidur atas katil aku ? Aku suruh kau tidur bawah. Aku suruh kau masuk bilik aku sebab kau tu ada penyakit tidur berjalan. Kang tengah-tengah malam kau masuk bilik Kay, siapa nak jawab ? Kau berani ke ?" kata Luhan.
Kay memandang Sehun. Sehun segera mengangkatkan tangannya sambil menidakkan penyataan yang dibuat oleh Luhan.
"Tak, tak, aku takde penyakit macam tu." Bersungguh-sungguh Sehun menafikannya.
"Ada ke takde, kau pergi masuk bilik. Kay, pergi masuk bilik Sehun. Semua pergi tidur." arah Luhan. Serta-merta, yang lain masuk ke dalam bilik masing-masing kerana mereka menghormati Luhan sebagai antara ahli tertua di situ memandangkan Xiumin telah 'pengsan' di atas katilnya.
*******
Bunyi jam loceng jelas kedengaran pada waktu keesokkan paginya. Kay segera bangun dan menunaikan solat Subuh. Setelah itu, dia turun ke bawah dan pergi ke halaman belakang rumah untuk melakukan sedikit senaman. Kemudian, dia segera menyiapkan makan di dapur yang disediakan oleh ahli EXO khas untuknya.
"Morning Kay." ucap Chanyeol sambil menguap besar. Lepas itu, seorang demi seorang masuk ke ruang makan sambil mengucapkan 'selamat pagi' kepada Kay.
'Eeeiiii, serabainya muka. Kalaulah aku tangkap gambar sorang-sorang pastu post kat internet, memang merundum jatuh populariti korang ni. Muahahahahaha.' Kay berkata dalam hati.
"Morning guys." jawab Kay.
Semua mengambil tempat masing masing. Kai masih mengantuk sehinggakan dia tertidur sambil memegang ayam goreng.
"Wei, tengok tu." Baekhyun, Chanyeol dan Chen dah mula merancang idea jahat untuk mengenakan Kai. Perlahan-lahan Chanyeol dan Baekhyun pergi ke sebelah Kai manakala Chen pula mengambil telefon bimbit di dalam biliknya. Semua sudah tersengih untuk melihat apakah rancangan ketiga-ketiga makhluk ni.
Chen segera melekapkan speaker phone di telinga Kai dan membuka lagu Growl dengan kuat. Serta-merta Kai terkejut dan terus menari. Semua tertawa melihat Kai. Kai yang baru menyedarinya terus duduk dengan muka yang merah.
"Hyung, kenapa buat macam tu ? Terkejut tau tak." Kai mula memarahi ketiga-tiga makhluk tersebut.
"Dah kau tidur tak berhengat. Tu, lap air liur tu. Eeeiii, geli aku tengok." tunjuk Baekhyun ke arah pipi Kai. Terus Kai mengelap dengan menggunakan belakang tapak tangannya. Kemudian, dia membaunya.
Pengotor punya budak.
*******
"Luhan dan Kay dah siap ?" Tanya manager EXO kepada kedua-dua adik beradik itu. Kedua-duanya menganggukkan kepala.
"Jom!"
*******
FASTFORWARD
"Aihh, ponatnya." Luhan dan Kay terus menghempaskan badan mereka ke sofa. Ahli EXO yang lain belum pulang dari practice mereka lagi.
"Oppa, dah legakan semuanya dah selesai sekarang." Kata Kay kepada Luhan dengan mata yang tertutup.
"Hmm." Luhan mengiakannya kemudian terdengar bunyi dengkuran yang halus dari Luhan.
Kay bangun dan melihat abangnya.
'Aiihh, macam mana lah kita ni adik beradik ? Takde rupa langsung.' Kata Kay dalam hati.
*******
Ini bukan last chapter yang sebenar. The next one will be the real last chapter.