Kay segera bangun apabila terdengar jeritan mamanya. Dia berlari ke tingkat bawah.
"Kenapa, ma ?" tanya Kay kalut.
"Tttuuuu." tunjuk mama di bawah sofa. Kay segera melihatnya tetapi tiada apa-apa.
"Apa benda ? Mana ada pape." kata Kay.
"Ada kucing." serentak dengan itu, terdengar bunyi kucing mengiau. Apalagi, terus mama naik ke atas. dan menghempas pintu.
Kay tergelak melihat telatah mamanya yang sememangnya takutkan kucing. Kay segera menghalau kucing itu keluar dari rumah. Entah mana datangnya.
Setelah itu, Kay segera melangkah ke biliknya.
*******
Telefon Adam berdering. Adam yang sedang menonton televisyen di dalam biliknya segera menjawab panggil tersebut.
"Hello."
"..."
"Sihat. Mia dengan anak-anak macam mana ?"
"..."
"Cakap diaorang yang abang rindukan diaorang. Oh ya, hari tu abang pergi Korea. Abang pergi rumah Mia tapi Mia takde."
"..."
"Takde pape. Saja je cakap. Okeylah abang nak masuk tidur dulu. Esok abang nak kerja. Good night. Mimpikan abang ye. Hehe."
"..."
"Waalaikumusalam." Adam menamatkan panggilan dan segera berbaring di atas katil. Fikirannya melayang memikirkan Mia dan anak-anaknya.
*******
Hari yang baru. Sehun bangun dari katilnya dan segera membersihkan diri. Setelah itu, Sehun turun ke bawah dan kelihatan tiada siapa berada di bawah. Dia melangkah ke dapur dan mengambil beberapa keping snek lalu melangkah pula ke ruang tamu. Dia menghidupkan televisyen.
Tiada cerita yang dapat menarik perhatiannya. Dia menutup kembali televisyen lalu melangkah ke biliknya semula.
Dia check jadualnya. 'Hari ni ada latihan untuk konsert kat Malaysia. Eh ?! Malaysia ?!' matanya membulat ketika membaca jadualnya. Ini bermakna yang dia akan berjumpa dengan Kay.
Dia menelefon Kay.
*******
Telefon Kay memainkan lagu Growl menandakan ada panggilan yang masuk. Kay segera menjawabnya.
"Hello."
"Kayyyy !"
"Ye Sehun. Aku boleh dengar kau. Takyah sampai nak jerit macam ni. Ishh."
"Yelah aku happy kan. Nak tahu tak ?"
"Ada apa ?"
"Nanti aku ada buat performance kat Malaysia."
"Ye ke ? Bila ?"
"Dalam masa seminggu ni. Nanti datang ehh. Aku tempah tempat duduk VVVVVIP untuk kau."
"Of course lah aku datang. Cousin buat performance kan."
"Yolah. Nanti jangan lupa datang tauu. Okeylah, aku nak pergi practise. Bye."
"Bye." dan Kay pun mematikan panggilan. Kay turun ke bawah terus ke dapur.
"Mama, nanti Sehun datang Malaysia. Boleh diaorang datang rumah kita ?" tanya Kay sambil makan epal.
"Ye ke ? Bila ?" tanya mama dengan excited.
"Dalam masa seminggu ni lah. Boleh, mama ?" tanya Kay meminta kepastian.
"Boleh je. Nanti tanya Sehun nak datang rumah ke tak. Nanti mama boleh masak sedap-sedap." Kay mengangguk lalu naik semula ke biliknya.
Dia mencapai telefonnya lalu menaip SMS kepada Sehun.
Wei, kau kan datang Malaysia. Nak lepak rumah aku tak ? - Kay
Setelah itu, Kay berbaring lalu terlelap.
*******
Sehun yang baru sahaja selesai practise segera ke biliknya.
Sebelum dia masuk tidur, dia memeriksa telefonnya kalau-kalau ada SMS untuknya. Dan ternyata memang ada. Ianya daripada Kay.
Wei, kau kan datang Malaysia. Nak lepak rumah aku tak ? - Kay
Sehun berfikir sebentar lalu dia pergi ke bilik Suho. Dia mengetuk pintu sebelum masuk ke bilik tersebut.
"Hyung, nanti kita datang Malaysia, boleh tak kita singgah rumah Kay ?" tanya Suho yang sedang berbaring di atas katilnya.
Suho berfikir sebentar sebelum berkata "Boleh tapi singgah kejap je. Jangan nak lama-lama. Nanti ramai tahu, susah kita." Sehun memeluk Suho dengan perasaan gembira. Suho membalas pelukannya.
*******
Telefon Kay bergetar menandakan ada mesej baru masuk. Kay melihatnya. Ianya daripada Sehun.
Okey tapi kitorang tak boleh lama-lama. Sebab kitorang busy lah. - Sehun
Okey . - Kay
Kay turun ke bawah dan memberitahu mamanya tentang kedatangan EXO nanti.