"Ahh, finally sampai juga kat rumah !" Kay segera menghempaskan dirinya ke atas katil yang empuk. Dia teringatkan seseorang lalu dia mendail nombor telefon orang tersebut.
"Hello, bro !" sapa Kay setelah panggilannya dijawab.
"Yo. Kau ada kat mana sekarang ?" tanya Adam.
"Dah sampai Malaysia, bro. Wei, malam ni kau free tak ?" tanya Kay.
"Free. Apahal ?" tanya Adam kembali.
"Lepak jom. Aku pun dah lama tak jumpa kau." kata Kay.
"Okey, no prob. Nanti jam 8.00 malam aku ambil kau kat rumah." kata Adam.
"Okey. Bye." kata Kay lalu mematikan panggilannya.
*******
Tepat jam 8.00 malam, kedengaran bunyi hon. Kay yang memakai baju T-shirt putih bersama sweater yang diikat di sekeliling pinggangnya, kasut sneaker dan cap yang dipakai secaa terbalik segera melangkah ke luar rumah.
Di luar rumah, kelihatan Adam sedang bersandar pada keretanya. Kay segera ke situ. Setelah tiba di tempat Adam, Kay terkejut melihat muka Adam yang pucat.
"Bro, kau okey tak ni ? Apahal muka pucat ?" tanya Kay prihatin.
"Takde papelah. Aku letih sebab banyak kerja. Dah, jom gerak." balas Adam lalu masuk ke dalam keretanya.
Di dalam kereta, banyak perkara yang mereka bualkan.
Setelah tiba di gerai mamak, Kay dan Adam mengambil tempat yang tidak berbumbung. Mereka berdua memesan minuman yang sama iaitu milo ais.
"So, amacam kau dengan Sally ?" tanya Kay setelah meletakkan kembali gelasnya di atas meja.
"Ah, perempuan tu ! Malas aku nak cerita." jawab Adam.
"Apahal ni ? Cer citer cer citer." kata Kay.
"Mama aku dapat tangkap dia dengan lelaki lain. Aku pun malas dengan dia." jawab Adam dengan malas.
"Oooo. Kesian siot kau. Aku sebagai kawan turut bersimpati dengan nasib kau. Tapi ada baiknya jugakkan. Kau tak suka dia then kau takyah lah kahwin dengan dia." kata Kay sambil cuba menghiburkan Adam yang kelihatan pucat tak bermaya.
"Perghhh, ayat ! Macam lah aku hadap sangat dengan perempuan tu." jawab Adam sambil ketawa.
Kay berasa senang melihat Adam yang sedang ketawa. Tanpa mereka sedari ada orang yang sedang memerhatikan mereka.
*******
Sehun menatap gambar Kay yang ditangkap oleh Kris, Chanyeol, Zariff dan Zahrin. Bibirnya mengutumkan senyuman. Tiba-tiba, kakinya yang sedang dihayun ke belakang dan ke depan terlanggar sebuah kotak. Dia segera menarik kotak tersebut. Kotak itu kelihatan sangat usang.
Apabila Sehun membuka penutup kotak tersebut, fikirannya mengimbas kembali wajah gadis yang sangat dia cintai dahulu.
'Ahh, aku benci perempuan ini ! Dia telah memalukan aku !' Sehun segera mengangkat kotak tersebut dan membawanya keluar rumah. Sebelum itu, dia juga mengambil mancis yang berada di atas kabinet dapur.
Dia segera menghidupkan api dan membakar salah satu gambar gadis tersebut. Setelah api marak, dia mencampakkan kotak tersebut.
'Aku anggap engkau tak pernah wujud dalam hidup aku ! Engkau telah pergi bersama api ini ! Dalam mindaku, tiada lagi wujud nama Kim Hara !'
Dia berlalu masuk ke rumah.
*******
Kay yang sedang meniarap di atas katil sambil matanya melekat di laptop. Dia sedang menonton EXO Showtime.
Tiba-tiba, fikirannya melayang memikirkan Sehun. Dia seakan tidak percaya bahawa Sehun ialah sepupunya.
Dia segera menutup laptop kemudian meletakkannya di atas meja belajarnya. Dia kembali berbaring di atas katil.
Dia mencapai telefon bimbitnya lalu dicarinya gambar Sehun. Dia merenung gambar tersebut.
'Betul ke kau, seorang K-idol, sepupu aku ? Kenapa aku tak ingat kau ?' hatinya berbisik sendirian.
*******
Hi guys ! First of all, Salam Ramadhan to all Muslim kpoppers. Minta maaf sebab dah lama tak update. =)
Follow my ig acc : @/bubbletea.maknae
and my Twitter acc : @/IshaHazza