Adam mundar-mandir di dalm bilik memikirkan Kay.
Adam mengambil tuala mandi yang tersidai di ampaian lalu masuk ke dalam bilik air. Sesudah dia selesai mandi, dia ternampak hensetnya vibrate sekejap menandakan ada SMS masuk. Dia segera membuka SMS tersebut.
Wei, lepak mamak jom ! Ada game arr hari ini.
-Zariff-
Adam membalasnya.
Okey jugak. Aku pun tengah free ni haa. Set tempat.
-Adam-
Sesudah mereka menghabiskan 'perbincangan' mereka. Adam segeri memilih baju untuk menonton perlawanan bola sepak live. Adam memakai baju yang berlambangkan Real Madrid dan seluar trek.
*******
Sesampai sahaja Adam di sana, dia ternampak Zariff sedang melambai ke arahnya. Dia segera memanjangkan kaki. Dia mengambil tempat di sebelah. Dia pelik kerana terdapat dua gelas air Coke ada di atas meja.
"Bro, ni siapa punya ? Takkanlah kau minum dua-dua sekali ?" tanya Adam kehairanan.
"Oh, satu tu Kayra punya. Dia pergi toilet kejap." kata Zariff sambil matanya fokus ke perlawanan bola yang terlayar di skrin layar. "Oh !" jawab Adam sambil memanggil waiter. Dia memesan segelas air sirap limau.
Dari jauh kelihatan Kay sedang berjalan ke arah meja. Dia duduk lalu mengangkat tangannya sambil berkata "Yo bro ! Sihat tak ?"
"Yo ! Sihat je." jawab Adam. Dia dapat menyesuaikan diri dengan sikap 'tomboy' Kay.
Kay hanya mengangguk lalu matanya difokuskan ke arah skrin layar. Sesekali terdengar jeritan daripada para penonton lain.
*******
Setelah perlawanan tamat, Kay dan Zariff mohon diri untuk pulang ke rumah. Adam pun ingin beredar. Semasa Adam hendak melintas jalan, tiba-tiba muncul sebuah kereta meluncur laju ke arah Adam. Adam terkaku. Otaknya tidak berfungsi.
Dalam keadaan seperti itu, Adam telah diselamatkan oleh seseorang tetapi dia tidak dapat mengecam siapakah makhluk Allah yang telah menyelamatkan dia.