Bab 5

3K 107 3
                                    

Pucat muka Zariff dan Zahrin setelah turun daripada kereta yang dipandu oleh Kay. Tergelak Kay melihat wajah kedua abangnya yang serupa seperti mayat hidup.

"S..ssaaamm..ppp..pppaai.. hhh..ha..tt..ti.. kkk..aauu.." menggigil Zariff. Di fikirannya, terbayang-bayang aksi 'bahaya' Kay ketika drive kereta.

Mana taknya, Kay siap berdrift lagi. Jangan ingat Kay perempuan tak boleh drift kereta.

"Hahaha padan muka korang ! Tulah gaduh lagi kan. Last-last aku yang kena drive. Nanti balik aku ke kena drive lagi ?" tanya Kay dengan keningnya yang diangkat.

"Eh, takpe takpe. Biar aku drive." kelam-kabut Zahrin menjawab. Tergelak Kay. "Lahh, kenapa kamu berdua ni kenapa ? Muka macam mayat. Tak sihat ke ?" tiba-tiba mama tanya sambil meletakkan tapak tangannya di dahi Zariff dan Zahrin.

Terkejut lalu terkentut Kay kerana tiba-tiba mama ada disebelahnya.

"Kay ni lah mama. Berdrift masa drive. Nasib baik hidup lagi." adu Zariff sambil menundingkan jarinya ke arah Kay.

Mama memandang Kay dengan wajah yang bengis. Gulp ! Alamak, mama dah mengamuk. Habis aku kena ceramah 5 jam. Gedik betul lah Zariff ni. Sibuk nak mengadu.

"Kalau mama ceramah aku, balik ni aku drive." ugut Kay kepada kedua-dua abangnya. Berubah muka mereka apabila mendengar ugutan Kay.

"Dahlah mama. Jom shopping. Nanti lambat pulak kita balik." pujuk Zarif dan Zahrin sambil menarik tangan mama.

"Hmm jomlah." jawab mama dengan suara yang mendatar. Fuhh ! Lega Zariff dan Zahrin ! Kalau tak, kena ikut Kay berdrift lagi. Tak sanggup teman nak suruh Kay drive lagi. Mereka menarik nafas lega. Tergelak Kay melihat telatah Zariff dan Zariff.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now