Sedang Kay berjalan di shopping mall bersama dengan abang-abangnya, Kay terlanggar seorang pemuda lelaki. "Adoii, patah hidung aku ! Kepala macam batu !" kata pemuda tersebut dengan suara yang perlahan tetapi masih dapat didengari oleh Kay. "Adoii, sakit dahi aku ! Hidung dahlah tak mancung tapi keras macam kayu !" balas Kay dengan hati yang sebal sambil dikuatkan suaranya agar dapat didengari oleh pemuda tersebut.
Ternyata kata-kata Kay berjaya menarik perhatian pemuda yang asyik menggosok-gosok hidungnya. Pemuda tersebut memandang Kay dengan pandangan yang tajam. "Bye" kata Kay sambil melangkah kaki untuk pergi ke arah abang-abangnya yang duk usha awek dari tadi.
Lupa nak bagitahu. Si Zariff dengan Zahrin ni memang kasanova 'terunggul' di Malaysia. 'Ish macam aku sorang je shopping kat sini.' rungut Kay di dalam hati. "Hello cik adik. Tak reti ke nak minta maaf ? Dah tahu salah mintalah maaf. Ishh budak zaman sekarang memang tak tahu nak hormat orang tua langsung !" kata pemuda tersebut sambil memerli Kay.
"Dah tua ke ? Maaflah pakcik. Saya rasa tadi salah pakcik sebab jalan tak pandang depan." bidas Kay dengan wajah yang memang tak puas hati.
"Eh eh, salah kau k ? And one more thing, I'm not a 'pakcik' !"
Eleh setakat speaking, aku pun boleh. "Sorry grandpa. It was not my fault. Sorry grandpa. I've to go. My brothers are waiting for me." balas Kay sambil menunding jari ke arah abang-abangnya yang sedang duduk setelah melayan aweks-aweks yang lalu. 'Huh bukan nak tolong aku pun.' Serentak itu kaki Kay melangkah ke arah abang-abangnya.
Ternganga Adam melihat perangai perempuan yang tak serupa perempuan. 'Berani dia panggil aku grandpa ?! Hello, aku ni lagi hensem daripada grandpa semua tau ! Takpe kau perempuan. Ada ubi ada batas.'