"Finally, balik juga kita !" jerit Baekhyun. Yang lain mengangguk lemah kerana jadual mereka pada hari ini sangat padat.
Kay yang sedang menonton televisyen terkejut mendengar jeritan Baekhyun. "Ishh, mamat ni. Tak pernah senyap !" gumam Kay.
"Kay !" jerit Baekhyun dan Chanyeol dengan gembira.
"Hmm, apa ?" jawab Kay bersahaja.
"Kitorang bukan main lagi excited jerit nama kau tapi kau cakap macam tu je ?" tanya Chanyeol sambil menarik muncungnya.
"Yelah yelah. Nak apa 'sayang'ku ?" tanya Kay dengan hati yang sakit.
"Yeayy, Kay panggil kitorang sayang. Korang hado ?" kata Baekhyun membuatkan tangan Kay laju menarik telinganya.
"Gedikk !" kata Kay sambil menarik telinga Baekhyun dengan lebih kuat.
"Aduhhh, sakittt !" jerit Baekhyun sambil meminta maaf daripada Kay. Yang lain ketawa melihat pertelingkahan Kay dengan Baekhyun.
*******
Menitis air mata lelakinya apabila mengenangkan nasibnya.
"Ya Allah, jika ini dugaan yang Engkau berikan untukku, aku terima dengan redha. Ampunilah dosaku, dosa ibubapaku dan dosa adikku, Siti Nur Husnaniza. Kau tempatkanlah roh adik dan bapaku di kalangan orang-orang yang beriman. Amin." doanya.
*******
"Zariff, telefon adik kamu tu. Kata dengan dia, kita balik esok." kata mama kepada Zariff.
"Yes, ma'am !" usik Zariff.
"Ishh, kamu ni. Main-main pula ! Jangan lupa pula ! Pukul 2.00 petang tauu." kata mama.
Zariff menganggukkan kepala tanda faham.
*******
"Malam ni nak buat apa ?" tanya Sehun sambil berfikir.
Tiba-tiba, Chanyeol menepuk tangannya dengan kuat. "Aku ada idea !" jeritnya dengan penuh semangat.
Kay yang berada di sebelahnya mengurut dada. "Ishhh, kau ni kalau tak buat orang terkejut, tak boleh ke ?" tanya Kay dengan marah.
"Tak boleh !" kata Chanyeol sambil menjelirkan lidahnya ke arah Kay.
"Ishh, aku tumbuk kang !" marah Kay.
Tiba-tiba, iPhone mengeluarkan lagu Growl menandakan ada panggilan masuk. Kay segera menjawab.
"Assalamualaikum."
"..."
"Haa, nak apa ?"
"..."
"Laaa, esok ke ?"
"..."
"Yelah yelah. Okey bye. Jumpa sana esok."
Kay mematikan panggilan. Sehun bertanya "Kenapa ?"
"Aku kena balik Malaysia esok." jawab Kay lemah.
"Alaaaa. Okey takpe. Malam ni kita buat BBQ nak ?" kata Chanyeol yang cuba menceriakan suasana.
"Okey. Jom siapkan barang-barang." jawab Kay dengan semangat.
"Okey." mereka mula menyiapkan bahan-bahan untuk BBQ.
*******
"Morning, guys." sapa Kay kepada semua orang yang ada di ruang tamu sambil membawa begnya.
"Morning Kay." jawab EXO dengan lemah apabila melihat beg Kay.
"Kay, kau punya flight pukul 2 petang kan ?" tanya Kris.
"Yup. Kenapa ?" jawab Kay.
"Jom pergi yang tempat lock cinta tu." ajak Luhan.
"Hah ? Nanti aku lambat lah pula." balas Kay sambil melihat jamnya yang menunjukkan jam 8.00 pagi.
"Alaaa, kejap je. Pleasee ?" pujuk Chanyeol. Yang lain hanya mengangguk.
"Yelah yelah. Jom." kata Kay.
*******
"Jom pergi tempat lock tu." ajak Kay.
"Okey. Jom !" kata Sehun sambil menarik tangan Kay supaya berjalan di sebelahnya. Kay hanya mengikuti sahaja.
Sepanjang mereka berjalan, terdengar bisikan orang ramai sambil menjeling ke arah Kay. Kay faham kenapa begitu. Ini kerana dia sedang berjalan di sebelah kumpulan EXO, kumpulan yang sedang meningkat naik sekarang.
Sesekali terdengar juga bisikan orang ramai tetapi Kay buat tak endah je. Tiba di sana, mereka segera membuat pilihan untuk beli lock.
"Kay, kau suka warna apa ?" tanya Xiumin sambil membelek lock-lock yang ada.
"Hitam dengan putih." jawab Kay.
Tiba-tiba terdengar suara jeritan para gadis di hadapan kedai tersebut. Kay yang duduk berdekatan dengan pintu terkejut dengan jeritan tersebut membuatkan Kay terbelakang dan terlanggar seseorang dan membuatkan badannya melayang ke bawah.
Belum sempat tubuhnya 'kiss' lantai, dia disambut oleh seseorang dan orang itu ialah Sehun. Kay memandang Sehun tanpa berkelip. Begitu juga dengan Sehun.
Klik ! Klik !
Bunyi kamera daripada luar kedai menyedarkan mereka. Kay segera berdiri lalu berkata "Sorry Sehun."
"Takpe." balas Sehun.
Tiba-tiba, Suho datang dari belakang kedai. "Weii, apahal buat drama kat situ ? Cepatlah balik. Nanti flight Kay terlepas. Sekarang dah pukul 12 tengah hari." tu diaaa. Suho dah membebel dah.
"Kejap !" jerit Sehun sambil menarik tangan Kay untuk mengunci lock yang telah di hias oleh Sehun. Di atas lock tersebut tertulis 'Love you my cousin ! I always love you. Love you as my little princess.'
Kay melihat sepintas lalu lock tersebt. Hatinya berdegup laju. Dia memandang Sehun yang sedang tersenyum ke arahnya.
*******
"Bye Kay. Nanti jangan lupa kan kitorang tau." kata Tao sambil menangis. Buruk gila muka dia menangis.
"Yee, aku takkan lupakan korang. Bagi aku koranglah kawan yang paling best." pujuk Kay sambil mengusap belakang Tao.
"And you, my cousin. I never thought that you are my cousin. When you come to Malaysia, please let me know k. Love you." kata Kay kepada Sehun. Sehun yang tidak dapat menahan sebak terus menarik Kay ke dalam pelukannya. EXO yang lain juga turut memeluk Kay lalu menjadikan 'group hug'.
Mama, papa, Zariff dan Zahrin hanya melihat adegan tersebut sambil tersenyum. Tiba-tiba, kedengaran pengumuman yang mengatakan bahawa flight Kay akan berlepas sebentar lagi.
Kay segera melepaskan pelukan lalu melangkah ke arah balai berlepas. Dia melambaikan tangan ke arah EXO dan mereka membalasnya.
'Till we meet again, guys !'
~~~~~~~
Sorry dah lama tak update. I'm quite busy now. So enjoy your read. =)