Bab 13

2.4K 88 7
                                    

Perlahan-lahan Adam membuka matanya. 'Aikk, aku kat mana ni ?' Dia berasa janggal duduk di bilik yang serba putih dan yang pastinya bukan biliknya. Tiba-tiba pintu dibuka serentak dengan suara jeritan.

"Adam ! Adam ! Ini mama sayang !" panggil mama Adam. Adam cuba untuk bangun tetapi kepalanya terasa pening. "Arghhh, sakitnya !" Adam memegang kepalanya. Terdengar suara mama memanggil doktor.

*******

"Sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku kepada Encik Adam. Dia sakit kepala kerana terlalu banyak cahaya masuk ke dalam matanya. Tambahan pula persekitarannya berwarna putih." kata Doktor Aqif kepada mama Adam.

Mama Adam menarik nafas lega setelah mendengar hal tersebut.

*******

"Yo bro. Dah sihat dah ?" sapa Kay semasa memasuki

bilik Adam untuk melawat Adam.

"Alhamdulillah, hidup lagi." kata Adam sambil menganggukkan kepala.

"Hah wei, aku baru teringat." kata Kay sambil menepuk dahi.

"Ingat apa ? Ingat kat aku ke ? Hehehe." jawab Adam sambil tersengih.

"Hotak mung aku nak ingat kat kau. Ni aku nak bagitahu yang esok aku kena gerak pergi Korea. Nak lawat saudara lah katakan. Aku ada saudara kat Korea. Kau hado ?" kata Kay sambil mengangkat kening sebelahnya.

"Esok yee ? Nak ikut boleh ?" tanya Adam sambil buat aegyo.

"Eeeii, geli aku ! Nak buat aegyo konon. Muka dahlah macam mat bangla." kata Kay sambil ketawa besar. Bergegar kejap bilik tu.

"Alaa, aku taulah aku hensem. Takyah arr nak cakap aku ni. Takyah jeles sangatlah. Nak ikut weii ?" tanya Adam penuh harap.

"Tapi kau tak segan ke dengan saudara aku ?" tanya Kay kepada Adam.

"Tak. Kau kan ada. Nanti kau temanlah aku. Pleaseee......" jawab Adam.

"Sure ?" tanya Kay meminta kepastian.

"Yup , 100% sure." jawab Adam sambil tersenyum.

"Okey tapi semuanya kau punya duitlah. Bak sini duit kau. Aku nak belikan ticket untuk 'Abang Sado' yang sedang tak betul ni. Tapi kau sure ke kau boleh pergi dalam keadaan kau macam ni ?" tanya Kay.

"Yelah. Jangan tanya banyak kali boleh takk ? Nah duit." kata Adam sambil menghulurkan sejumlah wang yanh besar kepada Kay.

"Ermm, yelah. Kemas barang cepat. Esok aku datang ambik kau. Aku ada 'surprise' untuk kau. Dahlah aku chau dulu. Assalamualaikum." kata Kay lalu menghilangkan diri di sebalik pintu.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now