Bab 16

2.3K 87 2
                                    

"Omma.."

Walawei, aku macam kenal je suara ni ! Kay memusingkan badan menghadap orang yang sedang berdiri di belakangnya. 

'Whattt ?!? Sehun ?!? Is it Sehun ?!? Sehun EXO ?!? Oh Se-hun ?!? Aku mimpikan ?!?' Kay mencubit lengannya lalu mengaduh kecil. Memang benar dia tidak bermimpi.

"Wei, tu Sehun kan ?!" tanya Kay kepada Zariff dengan perlahan.

"Memanglah tu Sehun. Cousin kita." jawab Zariff lalu segera ke arah Sehun dan menyapa dengan mesra sekali. Terbuntang mata Kay. Impian dia untuk mempunyai cousin di Korea akhirnya tercapai. Tambahan pula yang jadi cousinnya itu Sehun EXO.

"Kay, taknak ke salam kamu punya cousin tu ?" tanya mama setelah menyalam Sehun.

Kay teragak-agak untuk menyalam Sehun a.k.a member EXO. Bias pulak tuu.

Kay menghulurkan salam untuk bersalam. Tiba-tiba Sehun memeluk Kay erat sekali. Kay hanya kaku tidak mengerti apa-apa.

"Kenapa kau dah tak jenguk aku ? Kau dah tak sayang aku lagi ke ?" bisik Sehun syahdu.

Whatt ?! Sehun peluk aku ?! Seriously ?! Waitt !! Sehun tahu cakap Bahasa Malaysia ?! Kenapa aku tak tahu ?!

"Err, mianhae sebab dah lama tak jenguk kau. Sibuk sikit." jawab Kay teragak-agak sambil menepuk belakang Sehun dengan perlahan.

Sehun melepaskan pelukan lalu dia mengajak Kay dan lain-lain ke rumahnya. Dia menelefon seseorang memandangkan bilangan ahli keluarga Kay 5 orang tambah pula dia, ommanya dan appanya. Semuanya 8 orang so kereta tak muat.

Setelah dia menelefon, dia segera ke tempat kami berada. Dia membisikkan sesuatu di telinga omma. Omma hanya mengangguk lalu berkata "Boleh tak kita tunggu kejap ? Sehun ada telefon kawan dia."

Yang lain-lain hanya mengangguk. Kay duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Sehun mengambil tempat di sebelah Kay.

"Kenapa kau dah lama tak jenguk aku ?" tanya Sehun sambil memandang tepat ke arah mata Kay. Kay mengalihkan pandangannya ke arah lain.

"Sorry sebab dah lama tak jenguk kau. Aku sibuk sikit." jawab Kay serba-salah. Serba-salah kerana menipu Sehun. Padahal dia tak ingat apa-apa pasal Sehun. Dia hanya minat je.

"Kau tau tak aku rindukan kau ?" tanya Sehun.

"Errr.." jawab Kay gugup.

Tiba-tiba perbualan mereka diganggu seseorang.

"Ehem !" Adam berdehem.

"Eh eh ! Lupa pula nak kenalkan. Sehun, ni Adam. Adam, ni Sehun." kata Kay.

Adam menghulurkan tangan disambut dengan Sehun. Mereka berbual sementara menunggu kawan Sehun.

Dari jauh Sehun dapat melihat seseorang berjalan dengan machonya. Kay memandang ke arah tempat Sehun memandang.

"Jinjja ?!?!" mata Kay membulat.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now