Kau kenapa ? Gaduh lagi ? Ish, kau ni asyik gaduh je." tanya Zariff kepada Kay semasa Kay sedang memandu pulang. 'Nasib baik Kay tak drift kali ni. Kalau tak, memang aku dengan Zahrin muntah mengalahkan orang mengandung.' "Eh eh apahal pulak salah aku ? Mamat tu yang langgar aku. Pahal aku pulak nak minta maaf ?" soal Kay dengan geram. "Pape jelah. Baik kau drive elok-elok. Kang tak pasal-pasal arwah jugak kita kat sini.' balas Zahrin sambil bermain game di phonenya.
*******
"Eeeeii geram aku dengan minah tadi. Dahlah langgar orang lepastu panggil aku 'grandpa. Hello, aku lagi hensem daripada atuk-atuk tu semua. Tapi muka dia sebijik macam ... " Adam berkata sendirian di dalam biliknya sambil melihat siling.
Dalam memikirkan Kay, Adam tertidur.
"Adam ! Adam ! Bangunlah ! Mama you panggil tu !" terdengar suara Sally mengejutkan Adam. "Hmm hmm hmm. Eh Sally, what are you doing here ??" tanya Adam yang nyata terkejut melihat gadis pilihan ibunya untuk dikahwinkan dengan Adam ada di dalam biliknya.
Dia menyambung lagi "You tahukan I memang tak suka orang masuk bilik I tanpa kebenaran I ! You boleh masuk if kita dah kahwin. You dengan I bukan muhrim. Takkan tu pun I nak cakap !" dengan nada yang marah. Sempat juga dia ceramah si Sally.
Sally hanya mencebik. Adam rasa meluat melihat Sally sambil menyambung "You keluar sekarang !" halaunya. Dilihat Sally menghentakkan kakinya sambil keluar dari bilik Adam. Adam menarik nafas lega. 'Nasib baik aku tidur pakai baju tadi. Kalau tak, sia-sia je buat 'freeshow' kat sini.'