Bab 22

2.2K 92 3
                                    

"Yeayyy, dah siap !" jerit Kyungsoo kegirangan.

"Guys, makanan dah siapp !" jerit Chanyeol. Dalam masa beberapa saat, EXO sudah berpusu-pusu masuk ke ruang makan. Aroma masakan menusuk hidung mereka.

"Hmmm, baunya amat menyelerakan !"

"Mesti sedapkan ?"

"Aku nak makan banyak-banyak sebab Kay yang masak. Heheheheh."

Itulah antara komen-komen yang dapat Kay dengar.

Kay meletakkan nasi ke dalam 13 pinggan di hadapannya. "Nah, makanlah."

"Kay, boleh tak kau terangkan apa nama makanan ni semua ?" pinta Suho.

"Okey, yang ni ayam masak lemak. Yang ni pula tomyam. Ni, sayur goreng. Dan akhir sekali, dessert tapi ada dalam peti ais." terang Kay.

"Jemput makan semua." kata Kay lagi sambil membasuh tangannya di dalam mangkuk yang berisi air. EXO mengambil sudu dan garfu yang disediakan di sisi pinggan mereka.

Kay segera makan dengan menggunakan cara Melayu. EXO pelik melihat cara Kay makan kerana mereka tidak pernah melihat cara itu. "Wei, kenapa kau makan macam tu ?" tanya Kris sambil menunjuk ke arah tangan Kay.

"Oh, ni cara makan orang Melayu. Kalau korang kan makan pakai penyepit. Aku pula makan cara ni. Nak cuba ?" tanya Kay.

EXO kecuali Kris berasa teragak-agak sambil membasuh tangan lalu mencubit sedikit nasi lalu dimasukkan ke dalam mulut mereka. Tiba-tiba, muka mereka agak berseri.

"Wahhh, kalau makan cara ni, lagi bestt !" jerit Baekhyun sambil terus memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Yang lain mengangguk sambil makan makanan dengan lahap.

Kay memandang Kris. "Kenapa kau tak makan ?" tanya Kay.

"This is not my style." kata Kris dengan angkuh sambil menunjuk ke arah tangan Kay. 'This is not your style ? Kang aku bagi penampaq Korea jugak !'

Kay membuat tak endah dan meneruskan aktivitnya.

*******

Setelah selesai mengemaskan meja, Kay bersama dengan EXO duduk di ruang tamu sambil ditemani oleh agar-agar buatan Kay.

"Wei, jomlah tengok cerita hantu." ajak Chanyeol.

Semua mengangguk kecuali Tao. Mukanya pucat mendengar perkataan 'hantu'

"Tao, kenapa muka pucat ?" tanya Kay prihatin.

"Kau tak tau ke yang Tao ni takut hantu ?" tanya Baekhyun lebih kepada memerli. "Mana ada ! Tipu je tuu !" bantah Tao.

"Oooo, so sekarang kau dah tak takut hantu lah ? Okey, jom tengok cerita Death Bell." kata Baekhyun sambil memasang DVD. Muka Tao pucat. Kalau ditoreh, pasti tiada darah yang keluar.

"Tao, kalau kau takut, mehh duduk sebelah aku ni." kata Kay sambil tempat kosong di sebelahnya di atas permaidani.

"Okey." Tao segera duduk di sebelah Kay lalu memeluk tangan Kay. Erat.

Kay mengusap tangan Tao sambil tersenyum lalu memandang ke skrin semula. Sehun juga mengambil tempat di sebelah Kay.

Lampu di tutup dan cerita dimulakan ..

*******

Adam memandang wajah sugul ibunya. Dia masih berasa sedih atas kematian babahnya.

"Ibu, sudahlah. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup ni perlu meneruskan hidup." pujuk Adam sambil mengusap-usap bahu ibunya.

"Tapi Adam, ibu sedih sebab babah tak sempat makan sambal tempoyak yang ibu masak tu. Arwah babah dah telefon suruh ibu masak tengah hari itu tapi dia tak sempat makan." jawab ibunya tersendu-sedan.

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now