Bab 9

2.7K 84 1
                                    

"Abang, jom arr pergi lunc.." kata-kata Kay terhenti apabila melihat ada seorang pemuda sedang bercakap dengan Zariff. 'Eh, mamat psiko lagi ! Alahaiiii ! Asyik-asyik jumpa kau'

"So Adam, meet my sister, Kayra !" kata Zariff memperkenalkan Kay kepada Adam. "Adam Danial" katanya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. "Kayra" kata Kay sambil menyambut salam. Oooo mamat psiko ni kawan abang aku lah ni. Muehehehe tengoklah apa aku akan buat nanti.

*******

"Zariff, jom arr lunch dengan aku." kata Adam. "Boleh jugak tapi adik aku join arr sebab aku dah janji lunch dengan dia." balas Zariff sambil tersengih. Tiba-tiba pintu dibuka dan terdengar suara seorang perempuan. "Abang, jom arr lunc.." kata-kata perempuan tersebut terhenti di situ.

Aikkk, macam familiar je suara ni ! Adam memandang Kay. 'Minah ni lagi ! Kenapalah kita asyik bertemu ?'

"So Adam, meet my sister, Kayra !" kata Zariff memperkenalkan adiknya kepada Adam. Oooo nama minah ni Kayra. "Adam Danial" kata Adam dengan suara yang ala-ala macho sambil menghulurkan tangannya.

"Kayra" balas Kay pendek sambil menyambut huluran salamnya. Uuuii lembutnya tangan dia. Kay hanya membuat muka tidak bersalahnya. Kau tengok lah ! Akan ada benda yang aku buat nanti !

*******

"So Kay, kawan aku ni nak join kita lunch. Kau tak kisah kan ?" kata Zariff meminta persetujuan Kay. Kay terdiam. 'Hehehehehe inilah masanya aku nak balas dendam kat mamat psiko ni !' Kay mengangguk. "Dah jomlah. Aku dah lapar ni." kata Zariff yang tidak menyedari ada kebahangan di situ. Adam hanya mengangguk.

*******

"So Kay, bila kau nak start kerja ? Dah lama kau duk tanam anggur kat belakang rumah tu haa." kata Zariff sambil menyedut airnya. Kay hanya tersengih. "Alaa, aku belum sedia lagi lah. Lagipun aku baru je grade kan ? Takyah nak kerja sangat. Hehehe"

Adam yang blur bertanya "Haa, kau ada tanam anggur ? Boleh hidup ke ? Kalau ada, nak sikit." Kay dan Zariff memandang antara satu sama lain sebelum menghamburkan ketawa mereka.

"Bro, kau ni lawak arr. Takyah nak blur sangatlah. Maksudnya aku ni tengah mengganggur lah. Bukan tanam anggur." setelah berkata begitu, Kay meledakkan ketawanya sambil memegang perutnya. Dia berkata "Abang, kau jumpa dia kat mana wei ?" kepada Zariff. Zariff tidak menjawab tetapi asyik ketawa saja. Adam menarik muka masam. Kau fikir comel buat muka macam tu ?

Makanan yang dipesan oleh mereka bertiga tiba. "Bro, aku nak pergi toilet jap." bisik Adam kepada Zariff, Zariff hanya menganggukkan kepalanya sahaja sambil menikmati makanannya.

'Action !' Kay meletakkan garam yang di sediakan ke dalam pinggan Adam. Zariff membulatkan mata melihat kenakalan Kay. "Kau buat apa tu ? Kau nak kawan aku kena darah tinggi ke ?" tanya Zariff cemas. "Kau buat bodoh je. Kalau kau bagitahu sesiapa pasal ni, tengoklah apa yang aku 'hadiahkan' kepada kau." balas Kay sambil tersengih jahat.

"Tapi tak cukup lah. Aku rasa patut garam tu kau masukkan dalam air dia. Serbuk black pepper ni aku masukkan dalam makanan dia. Hehehe" Zariff pun join adiknya mengenakan si Adam. Mereka melakukan apa yang dirancang. Apabila mereka ternampak kelibat Adam, cepat-cepat mereka meletakkan 'senjata' yang digunakan dan sambung makan.

Sebelum Adam hendak makan, tiba-tiba datang seorang gadis yang bermekap tebal.

"Hai Adam !" kata si gadis dengan lentok yang menggoda. Dari pandangan Kay, gadis ni gedik gila. 

"Hai Sally ! You buat apa kat sini ?" balas Ada.

"I nak makan lah. Boleh I join you all ?" tanya Sally. Semua mengangguk. Sally segera duduk di sebelah Adam.

Adam mula memegang sudu dan garfu yang disediakan. Kay dan Zariff berpandangan sambil tersengih jahat. 'It's time !' Berubah muka Adam tatkala stik disuapkan ke dalam mulutnya. Serta-merta dia mencapai air jus epalnya. 1..2..3 pufffffffhhhhhh

Tersembur Adam ! Yang paling tak tahan tu orang yang kena sembur tu si minah tu ! Zarif dan Kay apalagi. Ketawa tak ingat dunia ! Paling teruk si Zariff ! Sehingga menekan perutnya.

"You !!!" jerit Sally sambil bangun dari tempatnya dan beredar dari situ. Adam terus memandang tajam kami yang sedang ketawa. Terhenti ketawa Zariff dan Kay melihat pandangan tajam yang diberikan oleh Adam.

'Alamak !! Bala !'

EXO familyku ?!Where stories live. Discover now