"Zariff, Zahrin, Kay. Lepas ni mama dengan papa nak cakap dengan kamu diruang tamu." kata mama semasa mereka sedang menikmati makan malam. "Okey ma." jawab mereka serentak.
*******
"Mama ada pengumuman penting." kata mama sambil memandang seorang demi seorang. Gulp !! 'Alamak ! Apa benda ni ? Seram aku !' kata Kay didalam hati sambil makan keropok Twisties.
Tiba-tiba muka mama bertukar gembira. Mama mengambil nafas sedalam-dalamnya sebelum berkata "Kita akan ke Korea !" tersembur keropok Twisties yang ada dalam mulut Kay. "Ma..mama, be..betul kk..ke ki..kita akan ke Ko..Korea ?" aihh sejak bila pulak aku gagap ni ?
"Betul lah sayang. Kita nak lawat kakak mama." kata mama sambil memeluk bahu Kay. "Yeayyy, pergi Korea !" sorak Kay sambil melompat-lompat atas sofa tanpa mempedulikan keluarganya yang lain.
"Woii, kau tu dahlah gemok, lompat-lompat pulak. Patah kang !" kata Zariff.
"Eleh, kau jeles. Tak boleh lompat-lompat. Kau tengok perut kau. Lemak sana sini." balas Kay sambil menjelirkan lidah ke arah Zariff.
"Hah, betul ke ?" terus dia pergi ke cermin lalu menyambung "Kau ni menipu je kerja. Mana ada aku berlemak. Tengok ni hensem lagi tauu" sambil menolak rambutnya ke atas. Konon macho lah tu.
Kay menjulingkan mata ke atas sambil berkata di dalam hati 'Pape je lah. Yang penting aku dapat pergi Korea !'