*:..。o○Chapter 13○o。..:*

15 3 3
                                    

3.00 a.m

Blue masuk melalui tingkap biliknya dengan sangat berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang bunyi.

"Mm... padahal aq still nak stay sana. Makan popcorn dengan Firza pastu main dengan Wopy" Keluh Blue lalu menghempaskan badan di atas katil saiz queen.

Sepatutnya sekarang dia masih lagi melepak dengan Mirza dan Firza sambil menonton netflix dengan bertih jagung tapi apa lah nasib, Blue kene halau dengan Mak Nah dari rumah sendiri.

Kata Nak Nah, tak elok tinggalkan suami macam tu saja tanpa kabar berita. Lepastu dengan rileks lepak dengan lelaki lain belakang dia.

Boleh menimbulkan salah faham yang serious plus dapat dosa besar.

Mak Nah juga ada mengadu kat dirinya yang Aren banyak kali telefon tanya tentang keberadaannya.

"Baliklah Ela, kesian Aren dengan Vivy"

"Tak elok kamu tinggal diorang tiba ii macam tu"

"Aren mesti risau"

"Dah dekat 30 kali dia call Mak Nah tanya pasal kamu"

"Risau sangat Mak Nah dengar suara dia"

"Vivy pun asyik mengamuk je bile tahu kamu hilang"

"Bertuah punya budak! dia boleh rileks makan popcorn? "

"Balik Ela, kamu sekarang isteri orang bukan gadis single lagi"

"Pergi minta izin suami kamu dulu kalau nak singgah sini. Kesian dia"

Argh!

Lantak dia lah nak risau ke apa!

Bukan masalah aq!

Lagipun sapa suruh risau?

Dah tahu hubungan ni sementara, buat hal masing ii cukup lah!

Yang sibuk nak risau pasal urusan aq apahal?

Fikir aq tak boleh jaga diri ke?

Blue memukul bantal dan selimut yang berada di atas katil. Dia boleh saja nak baling barang keras supaya lagi puas namun dia malas nak berurusan dengan sesiapa sekarang.

Kang kalau dia ikut kata hati, mahu kecoh satu rumah.

Blue sedar sekarang masih waktu tidur jadi dia tak nak riuhkan keadaan dan bangunkan semua orang.

Jenuh mulut dia nak menjawab semua pertanyaan nanti.

Blue termenung menghadap siling bilik.

Sekarang dia nak buat apa?

Blue insonmia. Selalunya dia akan berjaga atau buat aktiviti di malam hari dan tidur sekejap di siang hari.

Macam jalankan misi, check dokumen, fail dan hal berkaitan hotel, tengok Netflix, lepak ngan Wopy atau member, duduk bawah pokok atau atas bumbung menikmati bulan dan view waktu malam serta termenung memikirkan perkara yang patut dilakukan.

Ada banyak lagi perkara yang selalu dilakukan Blue pada waktu malam, termasuklah berlatih skill dan bersukan seperti memanah atau menembak.

Gila an?

Orang bersukan waktu pagi tapi Blue waktu malam.

Setelah dekat 20 minit Blue termenung, akhirnya dia memutuskan untuk membancuh nescafe sambil melihat pemandangan di halaman rumah.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now