*:..。o○Chapter 27○o。..:*

20 4 7
                                    

◖𝚂𝚘𝚖𝚎𝚘𝚗𝚎 𝙿𝙾𝚅◗

Aku meneliti setiap pergerakan dan bacaan dia yang mengalun merdu.

"Allahuakbar"

"Attahiyatul mubarakatus solawatut taiyibatu lillah. Assalamu'alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh. Assalamu'alaina wa'la 'ibadillahis salihin. Asyahadu alla illaha illallah. Wa'asyhadu anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kama sollaita'ala Ibrahim wa'ala ali Ibrahim. Wabarik 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kama barakta 'ala Ibrahim wa'ala aliIbrahim. Fil 'alamina innaka hamidummajid"

"Auzubillah minashaitan nirajeem, bismillahirrahmanirrahim"

"Alif lam....mim"

Selepas mandi tadi, Aren terus menunaikan solat asar? dan....magh-maghrib? Sementara menunggu isyak pula dia membaca ayat-ayat merdu itu.

Aku suka mendengar ayat-ayat tersebut. Rasa tenang je. Muka Aren juga nampak suci menambahkan lagi ketampanan dia.

Aku terus memerhati dari balkoni. Tiba-tiba rasa sebak menyelubungi hati. Aku teringin sangat nak belajar semua tu.

Nak belajar solat, baca ayat-ayat merdu yang aku sendiri tak tahu apa namanya itu dan banyak lagi. Tapi aku tak pandai. Masa kecil papa, mama dan abang pernah ajar tapi aku dah lupa.

Nak minta Aren ajar semula tapi aku malu. Yelah, kata islam tapi tak tahu nak buat benda-benda asas. Mesti Aren malu dapat isteri macam aku kan?

"Jauh termenung. Fikir apa?" Tegur satu suara garau namun lembut di tepi telingaku.

Eh? Dah siap?

"Nothing. Dah siap?"

Dia mengangguk lalu menarik kerusi bertentangan denganku.

"Honey suka dengar Endra baca Al-Qur'an ye?" Soalan dia membuatkanku berkerut.

"Al-what?"

"Al-Qur'an"

"Al-Quan?"

"Bukan Quan sayang. Qur'an"

"Qur'an? Al-Qur'an?"

Senyum terbit di bibir merahnya.

"Pandai isteri Endra" Puji Aren.

Automatik bibirku tersenyum lebar.

"Jadi ayat merdu yang Endra baca tu Al-Qur'an?" Tanyaku excited.

"Haah, itu lah Al-Qur'an. Kalau honey nak tahu Al-Qur'an tu kata-kata Allah tau" Balas Aren.

"Whoa.... Jadi Allah tu nama tuhan kita?" Sinaran bulan membuatkan mata aku nampak betul-betul bersinar.

"Ya honey. Allah tu tuhan kita, Muhammad pula pesuruhnya dan juga nabi kita" Balas Aren lembut.

"Asyhadu an laa ilaaha illallah wa asyhadu anna muhammadar rasulullah"

"Allah tuhan kita, Muhammad nabi kita. Asyhadu an laa.....i-ilaaha illallah....wa asy-hadu anna muhammadar rasulullah " Ulangku dengan senyuman masih terukir.

Akhirnya....

Walaupun tergagap-gagap namun aku dapat sebut juga kalimah tu! Ya Allah seronoknya dapat mengenalimu.

"Honey" Panggil Aren.

"Hm?" Gumamku dengan mata bulat dan senyuman di bibir.

"Don't be so cute. You make me stop breathing"

Aku tertawa kecil. Yup, aku tak pakai mask sejak sampai di rumah agam ini.

"Keep smile like that. I like it,you look so beautiful my angel" Aren terus menerus memujiku.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now