*:..。o○Chapter 25○o。..:*

12 3 2
                                    

Ketika terlalu fokus mendengar perbualan Cikgu Dina bersama seseorang di atas talian, telinga Blue menangkap satu bunyi sipi-sipi memasuki gegendang telinga.

Bunyi itu mungkin kuat kalau didengar dari jarak yang dekat. Tak mahu terlepas apa-apa maklumat, Blue menempelkan robot kecil berbentuk bulat di dinding sebelah bingkai tingkap.

Yup, itu adalah voice record.

Setelah itu dia bergegas kearah lorong di sebelah 7 eighteven yang sebelum ni dia pernah nampak Vivy dibuli dengan beberapa orang budak lelaki.

Blue tak tahu kenapa dia yakin sangat bunyi tu berasal dari sini dan entah kenapa hati dia rasa tak sedap.

"Aku kata bagi, bagi je lah!"

Mata Blue membulat tatkala melihat kejadian yang berlaku di bawah. That's too much bro!

3 orang lelaki dewasa belasah seorang budak perempuan berumur 5 tahun manakala budak lelaki yang sebaya dengan budak perempuan hanya melihat saja?

Wow!

Hebat eh zaman sekarang?

Blue menggenggam tangan tatkala melihat si kecil ditendang seperti anjing kurap. Dimanakah akal dan simpati mereka?

*No Blue, jangan sekarang. Simpan 'syaitan' kau untuk Miss Foxy. Mereka terlalu lemah untuk puaskan nafsu gila kau*

Pelbagai kata-kata penenang cuba disampaikan agar dirinya terus dalam kawalan.

Dia tak boleh biarkan Vivy lihat sifatnya yang lagi satu atau mental si kecil akan lebih 'kacau'.

"Puas juga dapat belasah budak kecik macam kau, lemah!"

Kata seorang lelaki yang baru saja melayangkan penampar di wajah mulus Vivy. Darah segar mengalir dari bibir pucat gadis itu.

*Tahan Blue tahan! You can't lose control*

Deruan nafas Blue semakin laju. Bebola mata putih kini berubah menjadi merah sama seperti kulit putihnya. Urat leher timbul semakin menegang.

Shit! Dia dah lah tak bawak ubat! Nasib baik senjata pun dia tak bawak kecuali hook gun. Tapi.....

Blue mencabut cucuk sanggul yang tertanam pada sebahagian sanggulan rambut di belakang.

Kini rambut hitam Blue terurai keseluruhan. Rambut hitam pekat bak arang yang panjang paras pinggang itu terbang ditiup angin menutupi sebelah bahagian muka Blue.

Walaupun menggunakan sebelah mata tetapi tatapan tajam iris biru itu seperti mata pedang yang tajam menunggu masa untuk menusuk daging manusia di bawah sana.

Dah lah hitam, tebal pulak tu. Nasib baik siang kalau malam tak memasal ada yang tuduh pontianak.

*Calm down Blue. Inhale, exhale, inhale, exhale*

"Abang! Abang sudah lah! Kesian dia teruk abang kerjakan" Kata si budak lelaki kecil.

"Argh! Kau diam!" Marah lelaki lain.

"Tapi bang kesian dia.... Dia sakit.... " Lirih si budak lelaki.

"Baguslah dia sakit! Lagi senang kerja kitorang" Kata lelaki yang penampar Vivy.

Ketiga lelaki tersebut sambung membelasah Vivy tanpa ampun. Blue berura-ura ingin turun tetapi dihentikan sebentar dengan drama ringkas si budak lelaki.

"Abang! Sudah lah kesian Vivy! Dia perempuan! Dia sakit! Kita kena tolong dia!"

Si budak lelaki menarik tubuh lelaki yang berada di tengah lalu dia berdiri menjadi penghalang di hadapan Vivy.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now