*:..。o○Chapter 50○o。..:*

14 3 11
                                    

"Atas bantuan semua unit beruniform dan pihak SSA, markas utama Miss Foxy iaitu penjenayah yang paling dikehendaki dapat dikesan"

"Pada mulanya kami telah menyiasat markas tersebut yang berada di utara Malaysia namun disebabkan kami terlalu naif, kami telah kehilangan hampir 30 orang pegawai polis"

"Rupa-rupanya markas itu adalah sebuah perangkap. Miss Foxy menggunakan kelicikannya dan membuat helah memandangkan dia tahu bagaimana situasi Ejen Blue sekarang" terang Inspektor Hanif.

Aren melihat data yang berada di dalam komputer riba milik pegawai polis itu. Dia, Inspektor Hanif dan beberapa orang polis lain sedang berada dalam jip polis menuju ke markas utama Miss Foxy.

"Jadi apakah lokasi yang sedang dituju ini merupakan lokasi sebenar markas tersebut?" Soal Aren.

"Ya, beberapa orang ejen SSA telah memastikannya. Mereka juga mengatakan bahawa Miss Foxy sedang menjalankan misi yang sangat berbahaya"

"Jika kita tidak sampai segera, negara ini mungkin akan kehilangan separuh daripada penduduknya dan mendapat reputasi yang buruk" jelas Inspektor Hanif.

"Saya tahu perempuan itu sangat obses dengan duit dan kuasa tapi apa sebenarnya yang dia inginkan?" Soal Aren lagi.

"Awalnya Miss Foxy merupakan keturunan pemburu keluarga Snowden. Keturunannya amat membenci keluarga Snowden kerana mereka tidak mampu menandingi kekuasaan Snowden"

"Semua bertambah parah apabila salah seorang daripada keluarga Snowden mengahwini keturunan berdarah diraja, Daffa yang turut direbutkan oleh keturunan Miss Foxy"

"Sejak saat itu keturunan Miss Foxy semakin meliar dan sentiasa mencuba untuk menghapuskan keturunan Snowden"

"Mereka bermula hanya kerana sifat iri hati dan dengki serta tidak melibatkan keselamatan negara pun. Akan tetapi semenjak Miss Foxy mengetahui yang Ejen Blue menjadi Master of poison, dia jadi lebih teruk"

"Miss Foxy cuba meniru segala jenis racun yang dicipta Blue dan menjalankan eksperimen kepada semua orang secara illegal"

"Keadaan berubah lebih membahayakan ketika Miss Foxy menjadi gila dengan cubaan membunuh tetamu diraja yang juga merupakan keluarga diraja negera luar"

"That was insane" celah Aren.

"Miss Foxy melakukan perkara itu kerana dia mahu negara kita dipandang buruk dan dia boleh mulakan misi untuk menentang sultan"

"Jika racun utamanya berhasil dia boleh mengubah manusia menjadi 'zombie'. Bukanlah zombie seperti di dalam cerita yang menggigit orang itu tetapi zombie yang menuruti setiap kata-kata Miss Foxy"

"Dengan cara tersebut dengan mudah dia boleh mengambil takhta sultan dan memerintah negara ini"

"Jadi... itulah misi berbahaya yang perlu kita halang sekarang?" Aren meminta kepastian.

"Ya. Saya juga ada satu lagi berita untuk kamu"

"Apa dia?"

"Maafkan kami tapi kami mendapat berita bahawa ayah kamu, Tuan Edward Narendra telah dijumpai meninggal dunia beberapa minit setelah kita memulakan perjalanan"

Wajah Aren berubah mendung. Dia merasa sedikit terpukul dengan berita yang baru disampaikan oleh Inspektor Hanif.

"M–macam mana... "

"Pihak forensik menjumpai cecair racun di dalam tubuh mangsa. Setelah membuat kepastian, racun itu merupakan salah satu racun racikan Ejen Blue yang ditiru Miss Foxy"

"Kami membuat andaian yang Miss Foxy cuba untuk memanipulasikan kamu berdua. Dia ingin kamu salah sangka dengan Ejen Blue" ujar Inspektor Hanif.

Aren hanya berdiam diri. Dia tak tahu apa yang perlu dikatakan. Aren terkelu. Perlahan-lahan tangannya menggenggam penumbuk.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now