*:..。o○Chapter 40○o。..:*

8 3 9
                                    

Aren memutuskan untuk duduk di ruangan keluarga setelah berkali-kali cuba memaksakan diri untuk tidur.

Namun dirinya tidak kunjung mengantuk kerana memikirkan isterinya di luar sana. Semasa menuruni tangga, Aren terpandang suatu cahaya yang menyuluh ke arah dinding.

Dia mendekati sumber cahaya dan mendapati bahawa pintu utama tidak tertutup rapat.

*Ela dah balik ke?*

*Tapi kenapa dia tak tutup pintu rapat?*

Aren menutup lalu mengunci pintu. Niat ingin melepak di ruangan keluarga terbantut. Dia melangkah mencari keberadaan Blue.

"Honey?" Seru Aren.

Semua bilik yang berada di tingkat satu tersebut dibuka oleh Aren. Kosong! Tiada tanda-tanda Blue disana.

Telinga Aren menangkap satu bunyi esakan samar-samar yang datang dari bilik paling hujung bersebelahan dengan pintu menuju taman.

Bilik tersebut digunakan sebagai stor penyimpanan alat pembersihan. Sebagai langkah berjaga-jaga, Aren menggapai sebilah pisau sebelum melangkah masuk.

Alangkah terkejutnya Aren apabila melihat kondisi Blue yang sangat teruk. Botol pil tumpah ke merata tempat.

Pandangan Aren berubah kepada Blue yang sedang duduk dalam posisi lutut rapat ke dada dan tangan yang mencengkam rambut di sisi kanan serta kiri kepala.

Tidak lupa juga gigilan yang sangat kuat terhasil daripada cengkraman itu.

"Honey, kenapa ni?" Panik Aren.

Pisau yang dipegang entah hilang ke mana. Dengan panik yang masih menguasai diri, Aren mendukung isterinya menuju ke bilik tetamu aras 1.

"Shh shh shh sayang, hubby dekat sini, hm?" Aren cuba menenangkan Blue yang masih lagi terisak kuat sampai tersengguk-sengguk.

Tangan besar lelaki itu cuba menghentikan pukulan Blue pada kepalanya sendiri. Aren tidak tahu ingin melakukan apa lagi selain memeluk erat tubuh yang basah dengan peluh tersebut.

"Abang... Abang tak tinggal Airell kan? Bangunlah abang, bangun" terketar-ketar suara itu memohon.

"Honey, buka mata sayang. Hubby dekat sini" pujuk Aren.

Namun tidak membuahkan hasil. Blue masih lagi meracau tidak jelas. Walaupun mata gadis itu sudah terbuka tapi dia masih tenggelam dalam memori hitam tersebut.

Seolah-olah kejadian yang sama kembali berputar di matanya sampai dia tidak boleh membezakan antara realiti dan fantasi.

Aren berzikir tepat di telinga Blue. Habis semua kalimah-kalimah suci Allah serta beberapa surah dilafazkan Aren dengan harapan Blue akan sedar.

Blue perlahan-lahan terdiam. Dengan nada yang masih tergagap-gagap dan perlahan dia cuba mengulang apa yang Aren bisikkan.

"Wa la ya’uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal ‘Aliyul-Azheem.. Sadakallahul azim"

Aren meniup lalu mengusap muka Blue. Rambut-rambut yang berjuntaian dirapikan. Blue memejamkan mata. Dia cuba mengawal pernafasan.

"Feel better now?" Soal Aren lembut.

Blue tidak membalas.

Aren membaringkan Blue sebelum ikut berbaring sama. Dia menjadikan lengannya sebagai alas kepala Blue kemudian menarik gadis itu agar rapat dengannya.

Posisi mereka sekarang menyamping dan saling berhadapan antara satu sama lain. Aren menepuk pelan belakang badan Blue.

Tanpa sedar, Blue menggenggam erat baju Aren. Dia masih lagi terisak tetapi tidak mengalirkan air mata.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now