*:..。o○Chapter 35○o。..:*

11 4 7
                                    

"Jadi kau dah jumpa surat tu? "

Dia mengangguk.

"Akhirnya..."

Dia memandangku pelik.

"Kau tahu tentang surat tu?"

Kalini giliranku mengangguk.

"Dah lama aku tunggu kau baca"

"Jadi kau tahu selama ni dia gadis yang ibu maksud sebelum aku?"

"Yep, that's why aku selalu nasihat dia. Aku nak dia tetapkan pendirian supaya tak tinggalkan korang macam yang dia selalu buat. Aku dah lama bersama dengan dia, aku tahu perangai dia, degil dia, betapa kering hati dia, suka, duka dan sebab tu aku tawarkan diri untuk tolong kau kenali dia secara diam-diam"

"Kenapa perlu diam-diam?"

"Like what I say. Disebabkan aku dah lama bersama dia so aku kenal dia dengan baik. She's dangerous, brother. Kau perlu pastikan diri kau sentiasa terkawal sama ada mental atau fizikal terutama sekali bila berada di dalam pengawasan dia. Blue tu genius, licik, misteri dan tak boleh diteka"

"Jangan buat apa-apa yang boleh attract syak wasangka atau sesuatu yang membuat dia fikir kau bahaya sebab bila perasaan tu dah muncul dalam diri dia even sedikit, hancurlah hidup kau, bang"

"Dia takkan lepaskan kau. Setiap gerak-geri dan details dalam hidup kau dia akan perhatikan. Dia akan cari maklumat yang kau cuba sorok tak kira tentang masa silam kau atau apa pun sehingga dia puas. Dia akan cari kelemahan kau kemudian dia akan manipulasi semua benda sampai kau tak mampu nak lawan dia lagi"

"She's a monster but at the same time she's an angels. Tergantung cara kau memperlakukan dia. Mungkin kau rasa complicated nak faham dia tapi percayalah ia tak sesusah yang kau fikirkan dan tak semudah yang kau bayangkan"

"Tak perlu faham dia, cukup kau buktikan kau layak dapat kepercayaan dia. Bila kau dah dapat benda tu dia sendiri akan dedahkan diri pada kau. Cuma mengambil masa yang lama lah, around 5 years maybe? Yang penting kau kene sabar itu saja kunci dia"

"Kau rasa kau boleh buat?"

Dia kelihatan sedang termenung.

"Aku akan cuba" Putusnya tak lama selepas itu.

Tiga perkataan yang membuatku tersenyum.

Namun tak lama.

"Okay, wish you luck. But remember, jangan sesekali pancing atau biar sisi Blue yang sebenar muncul. Kalau setakat Blue,aku boleh handle lagi but not with Airella Daffa Snowden. Kau takkan boleh jangka kehancuran seperti apa yang akan terjadi jika Snowden dah keluar. Aku sendiri pun tak mampu nak halang tapi yang pasti darah dan nyawa yang banyak akan melumuri paling kurang 100 manusia.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now