*:..。o○Chapter 45○o。..:*

14 3 8
                                    

Blue merenung diri sendiri dari kaca cermin. Dia sudah siap didandan dengan sedikit olesan make-up dan gaun baldu biru yang tentu saja kerja Ar.

Semenjak kejadian Ar berbicara pelik, Blue langsung tidak mahu berpisah dengan gadis itu. Dia sampai sanggup mengetepikan Aren dan Vivy.

Blue tak nak balik ke mansion Aren pada mulanya sehingga Ar ikut bersama. Dia juga menolak jemputan ulang tahun anak Dato' yang diadakan di hotel sendiri.

Namun Ar memaksanya untuk pergi atas sebab misi. Ar tahu Dato' yang mengadakan majlis ulang tahun anaknya di hotel Blue mempunyai kaitan dengan Miss Foxy.

Dia boleh dapatkan maklumat berkaitan markas utama Miss Foxy. Dan kalau benar sangkaan Ar, Blue juga boleh bertemu Madam Vero disana.

Blue tiada pilihan selain bersetuju. Kalau dia tidak berbuat yang demikian, Ar mengugut untuk meninggalkannya.

"Huh... " sebuah keluhan berat keluar dari kedua bilah ranum Blue. Dia menggenggam rantai loket berlogo keluarga Snowden yang tersarung di leher.

"..... Airell pergi jumpa dia ye? Kakak tahu dia rindu sangat dengan Airell walaupun dia tak cakap..."

Pesanan Ar berlegar di fikiran Blue. Tipulah kalau dia kata dia tak rindukan satu-satunya anggota keluarga Snowden yang tinggal.

Tapi...

Sedalam apa pun kerinduan dia, dia tetap tak boleh terburu-buru. Dia perlu tahan diri daripada mendedahkan identiti sebenar Ad kepada dunia.

Dunia tak boleh tahu kewujudan pewaris terakhir Snowden. Jika tidak, Blue akan kembali menjadi penyebab kematian ahli keluarganya.

"Ready to go little moon?" Ar muncul menghapuskan lamunan Blue.

"Kau kenapa pakai semua putih?" Blue berkerut.

Mana tidaknya, Ar sangat benci warna putih. Dia kata cepat kotor. Tapi tengoklah sekarang, gaun putih lengan panjang yang menutupi seluruh badan sudah melekat pada tubuh ramping itu.

"Entah, aku teringin nak pakai putih harini. Kau boleh tolong something tak?" anggukan diterima Ar.

"Eum... aku teringin nak try pakai tudung tapi tak jadi... " kata Ar serba salah.

Dia tahu kalau Blue pun tak pernah pakai tudung seumur hidup. Dia saja mencuba nasib kut kut lah Blue reti.

"Sini" serentak dengan itu Blue mengambil kain bawal yang dah siap digosok oleh Ar daripada tangan gadis itu.

10 minit masa berlalu, Blue merenung hasil karyanya sebelum tersenyum bangga. Tak sia-sia dia practice senyap-senyap sebelum ni.

"Siap"

Ar membelek diri sendiri dengan bantuan cermin.

"Cantik gila! Kau memang yang terbaik Airell!" Ar mengeluarkan telefon miliknya dan berswafoto.

"You're weird Aria"

"Why?" Ar mengambil gambar bersama Blue.

"Kau tak pernah panggil nama aku sekerap ni" sayu Blue.

Baru saja Ar ingin membalas, seseorang mengetuk pintu bilik. Tak lama kemudian, kelibat Aren terlihat.

"Maaf mengganggu waktu korang tapi kita dah nak gerak" ucap Aren kepada Blue.

"Hm, aku gerak dulu. Apa-apa call. Thanks sebab tawarkan diri untuk jaga Vivy. Aku pun tak sangka dia okay dengan kau" ujar Blue.

Agak pelik bila Vivy tanpa banyak ragam terus bersetuju ketika dia mengatakan bahawa Ar akan menjaga gadis kecil itu.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now