*:..。o○Chapter 14○o。..:*

17 3 6
                                    

"Tolong Mak Jah tenangkan Aren"

"No"

Blue menolak tangan Mak Jah dari bahunya. Dengan perasaan tak peduli dia berjalan menaiki tangga meninggalkan Mak Jah dan Aren di ruang tamu.

Mak Jah bingung.

Dia tak tahu macam mana lagi cara nak hentikan Aren dari meracau.

Sudah puas di pujuk namun tak membuahkan hasil.

Takkan nak bagi ubat penenang macam Vivy?

Kalau ye sekalipun, Mak Jah tak tahu dimana Aren simpan pil dia. Mak Jah tak boleh sesuka hati suntik Aren guna ubat Vivy.

Aren orang dewasa manakala Vivy pula kanak-kanak. Ubat mereka berbeza.

"Sakit... "

"Aren... "

"Berhenti!"

Mak Jah nak menangis rasanya melihat keadaan Aren yang begitu teruk.

Dia betul ii buntu.

Cara apa lagi yang nak di pakai?

Nak belai, peluk dan sentuh Aren pun dia tak boleh sebab tangan dan kaki Aren dari tadi asyik melayang tak tentu hala.

"Pergi lah tidur"

Mak Jah mengusap dada kerana terkejut dengan arahan tiba ii dari Blue. Nasib baik dia tak melatah.

Mana tidak nya, tadi gadis itu dah naik ke tingkat atas, sekarang macam mana dia boleh ada kat belakang Mak Jah?

"Tapi puan–"

"Pergi atau saya akan biarkan Endra kekal macam ni sampai esok" Ugut Blue dengan datar dan laju.

"Baik puan, assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" Gumam Blue perlahan.

Dia mengerling dengan ekor mata sehingga Mak Jah masuk ke dalam bilik. Setelah memastikan kelibat Mak Jah hilang baru Blue berjalan mendekati Aren.

Bukan nak di pujuk sebaliknya Blue merenung datar lelaki yang asyik meracau di atas sofa itu.

1 minit...

2 minit...

3 minit...

Tiada perubahan.

*Terjerit-jerit tengah malam pikir elok naw?

*Patut ke aq tampar dia? Terajang? Tumbuk?*

*okay ii boleh dicuba*

*tapi, tak dosa ke eh?

*alah dia bukan sedar pun*

*1...2...3*

PANG!

".... "

Keadaan hening seketika. Blue menatap mangsa tamparannya yang kini diam dengan pipi yang memerah.

"Berjaya" Gumam Blue

Namun sangkaan dia meleset, baru saja dia ingin pergi Aren kembali mengigau. Blue tiada pilihan lain lagi.

Takkan dia nak simbah manusia ni dengan air kan? Nanti kalau dia bangun cane? Nak temberang kata siling bocor pun cam tak bernas.

Akhirnya disebabkan malas nak memanjangkan isu, Blue memilih untuk menggunakan cara damai.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now