*:..。o○Chapter 5○o。..:*

12 3 3
                                    

"Iyah... Okay dah habis" Blue menutup pintu bahagian penumpang belakang.

Dia merenung kereta Mercedes Benz hitam yang penuh dengan plastik jajan miliknya. Mulai dari bonet sampai tempat duduk pemandu.

"Banyaknya barang yang Cik Muda Blue beli" Tegur Pak Mat.

"Ela, Pak Mat. Panggilan Blue adalah panggilan formal dan panggilan kerja. Pak Mat kan sudah lama bekerja dengan keluarga Ela jadi jangan guna panggilan formal" pesan Blue lalu diangguki Pak Mat.

"Baiklah baiklah, nak Ela"

"Hah! Begitulah! Btw Pak Mat Ela nak minta tolong lagi boleh?" pinta Blue dengan mata terkebil-kebil.

"Tolong apa?" Soal Pak Mat menahan tawa.

Dia sudah hafal sangat perangai Blue dari kecil. Kalau begini gayanya mesti ada something yang ingin disorokkan.

"N-nanti Pak Mat balik jangan keluarkan semua plastik ni, keluarkan plastik yang dekat tempat penumpang tu je. Bagi kat Ar, selebihnya Ela akan uruskan. Jangan sampai Mak Nah tahu tau" Ujar Ela bersungguh-sungguh.

"Oh-okay Pak Mat tahu, ni mesti kes takut kene bebel dengan Mak Nah kamu kan?" teka Pak Mat.

"Hehe... kantoi" Blue menggaru belakang kepala yang tidak gatal.

Sedang asyik berborak kosong, Blue dan Pak Mat terkedu sebentar dek kerana ada sayup-sayup suara isakan di suatu tempat gelap.

"Pak Mat" Panggil Blue.

"Ye Ela" Sahut Pak Mat.

Mereka saling bertatapan.

"Pak Mat dengar suara juga kan?"

"Dengar"

"Agak-agaknya itu suara penunggu tempat ni ke?"

"Ish budak ni, ke situ pula dia" Marah Pak Mat.

"Kalau dengar betul-betul itu macam suara kanak-kanak perempuan" Teka Pak Mat.

Seketika keadaan kembali hening...

"Em... Takpe, Pak Mat balik dulu biar Ela yang cek itu bunyi apa" Cadang Blue.

"Tapi bahaya nak Ela... Pak Mat akan ikut sekali" Pak Mat melihat Blue dengan riak risau.

"It's okay Pak Mat Ela dah biasa. Pak Mat balik dulu okay? " Blue menurunkan mask hitamnya ke bawah sedikit dan terlihat sebuah senyuman indah di wajahnya.

Senyuman special yang diwarisi dari sang ibu.

"Baiklah nak Ela, hati-hati" akur Pak Mat.

Blue memakai mask hitamnya semula sambil melihat kepergian Pak Mat. Selepas kereta hitam bermuatan plastik tersebut menghilang, dia secara perlahan-lahan mendekati tempat gelap di mana bunyi tersebut berasal.

"Hiks! Hiiiw... Hiks!"

*Makin lama makin pelik bunyi* desis hatinya.

"Hel...lo?" Sapa Blue was-was.

Bunyi yang dia dengar tadi mulai perlahan berbanding masa mula-mula dia masuk. Berkat indera pendengarannya yang tajam, Blue menghampiri satu tong sampah berwarna hitam.

"Hiks! Hiks!"

Yup! Bunyi atau suara itu berasal dari dalam tong sampah. Blue membuka penutup tong sampah dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang pisau lipat.

1...

2...

3...

"... "

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now