*:..。o○Chapter 38○o。..:*

11 3 8
                                    

"Abang tak fahamlah. Apa yang berlaku sebenarnya ni?"

"Dalam permainan ini bukan abang saja yang perlu berfikir dan mencari jawapan. Tetapi kita semua" kataku tenang sambil menghirup air teh O panas.

"Apa lagi rahsia yang korang semua sembunyikan dari abang? Apa lagi yang abang tak tahu?"

"Satu-satunya perkara yang tidak diketahui oleh abang ialah kebenaran. Tapi tak mengapa, sebentar lagi abang akan tahu semuanya. Apabila masa itu sudah tiba, maka siapkan lah diri abang untuk jadi main character dalam permainan ini"

"Apa maksud adik? Permainan apa ni? Main character?"

"Bukankah adik dah beritahu abang kalau masa adik dah nak sampai? Ketika itu berlaku, abang perlu pastikan mental serta fizikal abang sudah utuh seutuhnya untuk gantikan dia. Kerana apabila semua dah terbongkar kebenaran yang abang nak tahu sangat tu akan melukakan abang sendiri"

"Kalau abang fikir abang adalah manusia yang paling terluka, cukup pusingkan kepala abang supaya abang dapat lihat mata biru dia. Dari situ abang akan sedar bahawa abang tak cukup hancur sepertinya"

"Kalau pertukaran nyawa adik akan membawa abang pada kebenaran maka abang menolak. Abang taknak tahu kebenaran yang membuatkan abang kehilangan satu-satunya adik abang"

"Malang sekali semua dah terlambat. Sangat lambat. Abang perlu ikhlas dengan perpisahan, redha akan pemergian, fokus pada kehidupan dan lindungi permata sehingga pengakhiran"

"Jangan risaukan adik. Percayalah adik akan bahagia disana dengan orang yang dicintai. Tapi sebelum kita berpisah boleh abang ajar adik tentang sesuatu?"

"InsyaAllah jika itu boleh menjamin kebahagiaan adik setelah ini, akan abang turuti"

Aku tersenyum bahagia.

"Tolong ajar adik tentang agama dan kenalkan adik pada yang Maha Kuasa"
.
.
.
.
.
.
.
,
.
.
.
,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
,
.
,
.
.
,
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Buk!

"Take off your dirty hands from my wife!" mata Blue spontan terbuka ketika mendengar suara garau yang dikenali.

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now