*:..。o○Chapter 51○o。..:*

17 3 22
                                    

"Choose it, hubby..."

"Me or your family"

Aren menggenggam kuat senjata yang berada di tangan. Itu bukan pilihan melainkan perangkap.

Walau apa pun pilihan Aren, dia tetap akan kehilangan orang yang dia sayang. Antara Vivy dan Blue, mereka berdua sama-sama penting dalam hidup Aren.

Aren tak boleh korbankan kedua-duanya tetapi tidak juga berpeluang untuk selamatkan kedua-duanya.

Aren buntu.

Tolong lah hamba-Mu yang dalam kesulitan ini, Ya Rabb... Hamba tidak mampu kehilangan mereka berdua, Wahai Tuhan Yang Maha Agung. Berilah hamba-Mu ini petunjuk, Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Doa Aren dalam hati.

"Don't be too cruel, Agent Blue. He's your husband. Kamu tak patut buat anak kamu begitu, dia masih kecil" Inspektor Hanif cuba memujuk.

"I think you should worried about your own business. Ada sebuah bom dalam balai polis. Cuba lah cari dan hentikannya. Call Mirza untuk minta tolong" cadang Blue.

Inspektor Hanif mengetap rahang.

"Apa yang kau dah buat dengan Ejen Blue, Miss Foxy!?" Marah Inspektor Hanif.

Ini semua pasti angkara perempuan kejam itu. Dia mesti sudah menghasut Blue untuk berbuat yang demikian.

Miss Foxy yang dimarah secara tiba-tiba tersentak.Helo? Dia diam je dari tadi sambil bermain dengan kuku sendiri. Salah dia juga ke?

"Hey! Tolong sikit eh? Aku yang diam pun kena marah ke?" Protes Miss Foxy.

"Kau bernafas pun dah salah" celetuk Blue.

"Amboi kau... Cili mulut tu karang"

Aren dan Inspektor Hanif dibuat bingung dengan telatah kedua musuh itu. Mengapa mereka terlihat akrab?

"Segala kebahagiaan dan kasih sayang yang telah saya berikan kepada awak... adakah semuanya masih kurang?"

"Huh?" Blue kembali memfokuskan diri kepada Aren.

Lelaki itu hanya tunduk bersama tangan yang menggempal. Senjata yang tadi dipegang sudah pun menyembah tanah.

"Selain kesalahan tidak memberitahu kebenaran tentang kondisi Aria, apa lagi kesalahan berat yang saya dah lakukan?" Lirih Aren.

"Dosa apa yang saya buat pada awak sehingga awak hukum saya begini, Airella Alayna?"

Blue membisu. Sejujurnya dia merasa agak pilu melihat Aren seperti orang hilang semangat. Hatinya tersayat mendengar lirihan Aren menyebut namanya.

"Saya cuma minta satu perkara sahaja. Saya nak awak berada di sisi kami (Aren dan Vivy) dan jangan tinggalkan kami. Berat sangat ke permintaan itu?" Aren terus-menerus menyoal.

"Permintaan itu tidak berat tetapi tidak dapat ditunaikan" ujar Blue.

"Kenapa?"

"..."

"Sebab awak terlalu selfish untuk memahami hati orang lain?"

"Sebab awak terlalu degil untuk menerima perkara baharu yang mungkin menjadi sumber kebahagiaan awak?"

"Atau sebab awak menolak untuk keluar dari masa lalu dan menjadikannya alasan atas perbuatan awak sekarang?"

Bam!

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now