*:..。o○Chapter 31○o。..:*

17 3 24
                                    

*Aku dah keterlaluan ke?*

"Huh..... aku rasa tak sedap hati. Lebih baik aku cari Vivy dan minta maaf" Monolog Aren sendiri ketika berada di depan kereta.

Niatnya tadi nak main-main saja dengan Vivy. Dia nak tengok bagaimana gadis kecil itu memujuknya. Tetapi entah kenapa hatinya merasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Eh Tuan Aren, mana Vivy dengan Puan Ela?" Tanya Ayah Min.

"Ayah Min tolong simpan pokok-pokok ni, Aren nak pergi cari Ela, Vivy dan Wopy. Aren tak sepatutnya tinggalkan mereka" Ucap Aren.

Ayah Min mengangguk.

Namun belum sempat melangkah, dua orang lelaki dewasa itu melihat Wopy yang ditunggang Vivy berlari kearah keduanya dengan riak gelisah.

"Hiks hiks" Isakan si kecil terdengar.

"Hey sweetie what's wrong? Wopy where is Ela?" Soal Aren seraya mendukung Vivy yang masih terisak.

"Wuff wuff" Wopy menolak badan kekar Aren dan Ayah Min untuk masuk ke kereta.

Kemudian dia menolak pintu pemandu agar tertutup manakala untuk pintu automatik di bahagian belakang pula Wopy menggerakkan kepala ke arah kanan sebagai isyarat supaya Aren menutup pintu dengan segera.

Untung Aren faham. Lalu dengan keadaan keliru dia menurut apa yang disuruh binatang peliharaan isterinya itu.

Daripada cermin kereta, Aren melihat Wopy berdiri tegak di hadapan pintu dengan muka bengis. Sekali-sekala sang serigala itu akan berjalan mengelilingi kereta mereka.

"Ada apa ni tuan?" Tanya Ayah Min yang turut keliru.

"Entah Ayah Min, Aren pun tak tahu. Shh... Shh... Shh.... stop crying sweetheart. Apa yang dah jadi sebenarnya? Mana mama hm?" Soal Aren lembut pada Vivy sambil berusaha menenangkan gadis kecil tersebut.

Daripada isakan bertukar tangisan. Oh... tolong jangan buat Aren semakin risau. Dah lah kelibat isterinya masih belum terlihat, Vivy pula tak henti menangis. Ada apa ni ya Allah?

"Papa.... Hiks save mama.... " Lirih Vivy.

Lantas badan Aren mengejung. Apa maksud Vivy selamatkan mama? Kenapa dengan Ela?

"Tell me what happens sweetie, where is your mother?" Soal Aren serius.

Vivy menceritakan apa yang terjadi kepada Aren sambil sedaya-upaya menahan isakan. Aren yang mendengar cerita Vivy terus dilanda perasaan risau dan serba salah.

*Kau memang bodoh Aren. Kalau ada apa-apa terjadi pada Ela aku takkan maafkan diri sendiri*

"Ayah Min, tolong jaga Vivy" Aren memindahkan Vivy di kerusi penumpang hadapan.

"Tuan nak pergi mana?" Soal Ayah Min.

"Help my wife"

Malang sekali, baru saja membuka pintu kereta, Wopy sudah berada disitu untuk menghalang Aren. Muka bengisnya bertambah menakutkan apabila sang serigala menggeram sambil menunjukkan taring.

Kecut juga lelaki itu apabila melihat keadaan menyeramkan serigala, yelah selama ni muka dia tenang je. Malah Aren sempat berfikir kalau Wopy ni tak reti membunuh orang seperti serigala lain yang Aren lihat di tv.

Tapi disebabkan rasa cinta yang terlalu besar terhadap si pemilik mata biru telah mengelabui seluruh minda dan jiwa Aren, dia jadi tak peduli lagi dengan semua itu.

Mati pun matilah, yang penting Ela selamat.

"WUF!"

"Wopy tepi!"

Moongirl:Healer Full With Secrets [Rewrite]Where stories live. Discover now